Setiap kali rasa daging masak merah di restoran ala Thai, mesti ahli keluarga Mama Siti puji, sedap katanya. Lebih-lebih lagi kalau dihidangkan bersama-sama dengan kailan ikan masin.
Jauh di lubuk hati Mama Siti, teringin juga nak cuba buat sendiri. Nak cabar diri orang kata. Manalah tahu boleh setanding rasanya dengan masakan kedai Thai.
Tak boleh jadi, kita kena berusaha ni Mama!
Resepi Daging Masak Merah
Resepi oleh: Wan LuQman
Bahan-Bahan
- Daging lembu (Direbus)
- Sos labu
- Daun ketumbar
- Cili
- Cili kisar
- Bawang putih
- Sos tomato
- Sos cili
- Sos tiram
- Sos ikan
Bahan-Bahan Hirisan
- Cili merah
- Bawang besar
- Lada benggala
- Daun limau purut
Cara-Cara
#1 Rebuskan daging sehingga empuk bersama-sama dengan sos labu untuk mendapatkan warna merah pada daging.
#2 Apabila sudah empuk, angkat dan biarkan kering sebelum digoreng dalam minyak panas. Gorengkan daging sehingga permukaan luarnya garing.
#3 Angkat daging dari dalam kuali dan tunggu sebentar untuk mengurangkan suhu panasnya. Ketika daging sudah agak sejuk, hiris nipis.
#4 Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan cili padi hingga bawang menjadi kekuningan. Selepas itu, masukkan pula cili kisar dan dua sudu sos tomato, dua sudu sos cili, satu sudu sos tiram dan sedikit air.
#5 Kemudian, masukkan daging yang telah dihiris dan kacau-kacaukan. Apabila masakan mula mereneh, tuangkan satu sudu sos ikan dan sos labu.
#7 Tanpa tunggu lama, masukkan bahan-bahan hirisan dan gaulkan merata. Tutup api dan hidangkan.
Tips Resepi Daging Masak Merah
- Lebih lama hirisan daging dibiarkan mereneh, lebih meresap rasa masakan ke dalam daging.
- Bahan-bahan hirisan tidak perlu dimasak lama kerana teksturnya akan layu. Cukup tiga kali gaulan, tutup api dan angkat dari kuali.
Hari ini cuba masak daging masak merah, esok masak kailan ikan masin pula. Lama-lama, suami dan anak-anak pesan menu-menu restoran ala Thai dekat Mama saja.
Wah, pencapaian besar buat Mama. Tahniah Mama Siti ucapkan. Sedikit demi sedikit kita cuba lebih banyak lagi resepi ala Thai yang lain. Mudah-mudahan dapat membahagiakan seisi keluarga.
Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!