Masih tertanya-tanya apakah klinik pakar kanak-kanak di Denai Alam yang paling terbaik? Ikuti perkongsian Mama Siti di bawah ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Denai Alam seperti merupakan pusat perbandaran mewah di mana ia terletak kira-kira 10km di utara pusat bandar Shah Alam.
Kawasan ini yang berkonsepkan “Denai” sememangnya menyajikan permandangan yang menarik dan bukan itu sahaja, selain pembangunannya yang padat Denai Alam ini juga mempunyai banyak kemudahan-kemudahan awam termasuklah klinik.
Bercakap mengenai soal kesihatan, tentunya Mama dan Papa ingin tahu kan apakah klinik yang menyajikan rawatan terbaik buat kanak-kanak di sini?
Jom ikuti perkongsian di bawah untuk lihat senarai klinik pakar kanak-kanak terbaik di Denai Alam.
Senarai Klinik Pakar Kanak-kanak di Denai Alam
Berikut adalah beberapa klinik dan hospital yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian kes dan rawatan kanak-kanak serta bayi.
#1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Denai Alam
Alamat:
- J-25-1, Jalan Elektron U16/J, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
- Isnin-Jumaat: 9:00am-12:30pm & 5pm-8:30pm
- Sabtu-Ahad: 9:00am-12:30pm
Perkhidmatan:
- Rawatan komprehensif kepada kanak-kanak dan bayi
- Perkembangan kanak-kanak dan nutrisi
- Konsultasi pediatrik am bagi kanak-kanak seawal dari lahir
- Diagnosis dan rawatan perubatan am kepada kanak-kanak
No. telefon:
- 03-7832 3364/019-412 2300
Facebook/Website:
#2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Izzu
Alamat:
- 3-G-06 Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
- Isnin-Selasa: 9am-1pm & 5.30pm-8pm
- Sabtu & Ahad: 9am-1pm
- Rabu: Tutup
Perkhidmatan:
- Pemeriksaan dan penjagaan bayi baru dilahirkan
- Perkembangan serta tumbesaran bayi dan kanak-kanak
- Perkhidmatan vaksinasi/imunisasi
- Diagnosis penyakit am kanak-kanak
- Rawatan terhadap jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak
No. telefon:
- 03-7831 1181
Facebook/Website:
#3. Klinik Dr Arisah
Alamat:
- 11-1, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
- Isnin-Jumaat: 8.30am-10pm
- Sabtu: 9am -3pm
- Ahad & Cuti Umum: Tutup
Perkhidmatan:
- Menyediakan rawatan untuk keluarga, wanita dan kanak-kanak
- Konsultasi doktor
- Lain-lain rawatan
No. telefon:
- 03-7859 6816
Facebook/Website:
#4. Pakar Pediatrik – MSU Medical Center (MSUMC)
Alamat:
- Jalan Boling Padang 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
- Isnin-Sabtu: 9am-1pm & 2pm-5pm
- Ahad & Cuti Umum: Tutup
Perkhidmatan:
- Rawatan komprehensif kepada kanak-kanak dan bayi
- Perkembangan kanak-kanak dan nutrisi
- Konsultasi doktor
- Pediatric umum
- Rawatan untuk bayi baru dilahirkan
- Perkhidmatan vaksinasi/imunisasi
- Konsultasi penyusuan
- Diagnosis dan rawatan perubatan am kepada kanak-kanak
No. telefon:
- 03-5526 2600
Facebook/Website:
#5. Klinik Siti Denai Alam
Alamat:
- NO.59, Jalan Elektron U16/D Denai Alam 40160 Shah Alam Selangor Malaysia
Waktu operasi:
- Setiap hari: 8:00am – 11:00pm
No. telefon:
- 011-1120 2247
Facebook/Web:
Bagi Mama dan Papa yang berada di sekitar Denai Alam jangan lupa untuk save post ini sebagai rujukan di masa hadapan!
Lihat senarai klinik di kawasan lain di SINI!