Cuti sekolah pun dah bermula! Nak masak apa petang-petang ni? Dengan cuaca yang sejuk dan asyik hujan je ni, mesti sedap kalau dapat makan snek panas-panas kan?
Jom tengok resepi snek yang menarik yang Mama Siti dah kumpulkan ni~
5 Resepi Snek Mudah Untuk Anak-anak
#1 Resepi Crunchy Cucur Jagung Manis
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 5 sudu besar gula (boleh kurang or lebihkan ikut selera)
- 1 sudu kecil garam
- 2 cawan jagung
- 1 1/4 cawan air suam
Cara-cara
- Satukan semua bahan kecuali air. Kacau rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan ni tak boleh cair sangat dan tak boleh pekat sangat. Just nice je.
- Goreng dalam minyak panas api sederhana sehingga keperangan.
- Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.
Kredit: didapuryana
#2 Resepi Layer-layer Puding Trifle
Bahan-bahan
- Kek gulung (flavor pilihan masing-masing)
- 1 tin fruit cocktail (saya guna 836g punya)
- 400ml susu cair
- 400ml air
- 4 sudu besar tepung kastard
- 4 sudu besar gula
- 2 kotak serbuk jelly Nona
Cara-cara
- Kek tu potong ikut ketebalan yang korang suka. Susun kek dalam bekas. Mampatkan dia. Kalau boleh taknak ada lubang-lubang. Sikit-sikit tu okay je.
- Fruit cocktail tu asingkan air dan buahnya.
- Tuang or renjis-renjis sikit air fruit cocktail tu kat atas kek. Jangan banyak sangat. Ketepikan kejap.
- Sekarang kita buat sos kastard. Satukan susu cair, air, tepung kastard dan gula. Kacau sebati. Bila tepung dah sebati boleh masak atas api sampai jadi pekat.
- Tuang bancuhan kastard atas kek tadi. Ketepikan kejap bagi kastard mengeras sikit.
- Tabur fruit cocktail atas kastard tadi.
- Sementara tu boleh masak jelly. Jelly ni boleh refer kat kotak jelly. Lain brand mungkin lain caranya.
- Tuang jelly atas fruit cocktail tadi perlahan-perlahan.
- Bila jelly dah hilang panas boleh la simpan dalam peti sejuk. Dah sejuk baru makan.
- Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.
Kredit: didapuryana
#3 Resepi Puding Karamel Air Fryer
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 2-3 sudu besar gula
- 500ml susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Gula (untuk tabur atas puding)
Cara-cara
- Preheat airfryer.
- Satukan telur dan gula. Pukul sebati.
- Masukkan susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
- Tapiskan bancuhan.
- Masukkan bancuhan kedalam bekas kecil.
- Bakar dalam air fryer suhu 180 selama 10 minit.
- Keluarkan puding, tabur gula di permukaan atas.
- Bakar lagi 10 minit suhu 180.
- Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap.
kredit: didapuryana
#4 Resepi Roti Sangkaya Creamy Dan Gebu
Bahan-bahan
Pandan Kaya
- 8 helai daun pandan
- 1 cawan air
Kisar daun pandan & air, kemudian tapis.
- 1 biji telur
- 4 sudu besar gula
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 kotak santan
- Garam
Gaul sebati bahan-bahan diatas dah masak selama 2 minit.
Cara-cara
Roti kukus
- Potong roti dalam bentuk kiub
- Masukkan air dalam pengukus, dan kukus hingga gebu.
Kredit: wanwa.house
#5 Resepi Bebola Lemak Manis
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar gula pasir
- 3 sudu besar susu tepung
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 cawan air panas
- Gula perang
- Serbuk kayu manis
Cara-cara
- Didalam mangkuk masukan tepung gandum, gula pasir, susu tepung & garam, sebati.
- Masukkan air panas, kacau sebati doh. biarkan doh suam sikit.
- Lumur minyak pada tangan, bulat-bulat kan doh menjadi bebola kecil.
- Goreng hingga kuning keemasan
- Gaul bersama gula perang & serbuk kayu manis..
- Golekkan bebola yang telah sejuk.
kredit: eydaairtangan
Dapatkan lebih banyak resepi snek menarik dan resepi lain di SINI.