Suri rumah sering mendapat hakim dengan tidak bekerja sebagai pekerjaan sepenuh masa. Tetapi mereka adalah wira sebenar di sebalik anak yang sihat. Untuk memastikan kanak-kanak sihat, gembira dan mempunyai makanan yang seimbang, adalah penting bagi seorang suri rumah untuk merancang semuanya, untuk memastikan rumah tangga terkawal.
Suri rumah juga memerlukan ruang untuk meluahkan perasaan mereka tentang kesusahan dan situasi bukan selalu happy go lucky dalam membesarkan anak. Ibu bapa juga turut rasa bersalah jika mempunyai perasaan seperti benci dan rimas dengan anak.
Perkongsian Puan Syahirah pasti membuat Mama terfikir. Dia mencurahkan isi hatinya untuk memberitahu para suri rumah bahawa mereka tidak bersendirian dan mereka tidak sepatutnya merasa bersalah mempunyai perasaan kerana mereka juga manusia biasa.
Jom kita baca.
Realiti Seorang Suri Rumah
Saya sebenarnya kagum bila membaca kisah Hanis Zalikha yang sangat lemah lembut, pandai mendidik anak anak. Saya suka tengok perkembangan anak-anak beliau. Bijak dan mempunyai akhlak yang baik. Mana yang baik dan sesuai saya cuba ikut.
Selalu saya baca yang kita perlu ada ilmu parenting, perlu luangkan masa dengan anak, perlu ada bonding dengan anak supaya bagus perkembangan anak-anak. Positive parenting la senang cerita.
Harini saya nak tulis sesuatu yang realiti sebagai seorang ibu. Sebab ini yang kita semua lalui. Mustahil setiap hari kita tersenyum, cakap lemah lembut, semuanya tenang tenang. Ya mustahil. Tak positif mana pun kita ni.
Begini,
Ada masa, perkara yang paling saya happy nak buat adalah habiskan masa saya dengan anak-anak.
Dan ada masanya, saya lansung taknak duduk dekat dengan anak-anak. Pendek kata saya nak lari jauh dari anak anak.There are times when you don’t want to connect. Langsung!
Rasa nak tutup pintu duduk dalam bilik sorang-sorang. Selalunya jadi begitu bila saya rasa terlalu penat dengan kerenah anak-anak. Saya terlalu letih bercakap dengan anak tanpa henti, sampai rasa nak selotep mulut dia. Sedangkan waktu besarkan kakak dia dulu, paling saya ternanti-nanti adalah untuk berbual dengan Lana.
Itu belum part bergaduh, bercakar sesama mereka. Hmmmmm. Cuma kita manusia. Kita semua ada limit kita. Bila terlalu all out untuk keluarga dan rutin harian, kita tak siuman jadinya.
5 Tips Membantu Mama De-Stress
Jadi, ini ada beberapa tips yang mungkin kita boleh cuba kalau mula rasa tak best, rimas dengan anak-anak atau pasangan.
- Cari masa untuk diri sendiri.
Saya selalu lepas mandikan anak, saya buka tv cartoon favourite dia, kemudian saya berkurung dalam bilik baring, atau jauhkan diri sekejap dari dia. Duduk jauh seorang diri. Dapat 15 minit pun jadilah. Ada beza anak yang terlalu melekat dengan kita dengan anak dan pandai urus diri sendiri. Mak-mak yang anak mereka masih kecil, yang memerlukan extra perhatian memang struggle nak dapatkan masa untuk diri sendiri. Selalunya saya akan main handphone, atau mandi lama sikit. Kalau dia tidur saya makan benda sedap sikit. Itu cara saya manjakan diri sendiri. Jadi kalau suami nampak isteri habiskan masa main Facebook, add to cart di shopee tu biarkan sekejap dia bertenang. Kalau dia nak makan burger ke, kek ke, coklat ke, layankan jelah. Simpan stok kat rumah makanan yang sedap. - Jangan letakkan harapan terlalu tinggi pada pencapaian anak-anak.
Jangan bandingkan pencapaian anak orang lain yang kita tengok di media sosial dengan anak kita. Bila kita mula bandingkan, kita down. Di media sosial ni semuanya indah indah belaka. Sangatlah mustahil mak yang positif sangat tu tak pernah sekalipun sedih, kecewa dengan anak mereka. Takkanlah mereka lansung tak tinggikan suara pada anak.
Pasti mereka juga pernah menyorok sekejap hanya untuk bernafas dengan normal dan curi-curi makan coklat. Pasti mereka juga ada rasa gerammmm dengan anak mereka. Jadi jangan bandingkan diri kita yang begini dengan mereka. Tak semua orang nak cerita ketidakwarasan mereka di sini. - Maafkan diri kita.
Setiap kali kita rasa begini maafkan diri kita, pujuk diri kita. It’s ok untuk rasa begini. Bukan bermakna kita ibu paling teruk dalam dunia. Kita cuma perlukan sedikit masa untuk recharge energy kita semula. Sebab kita manusia, memang tak sempurna. Setarzan mana sekalipun kita di siang hari. Saya pasti waktu mereka tidur lena perlahan-lahan kita peluk mereka. Rasa bersalah menebal dalam diri. Bukan tak sayang, sayang amat sebenarnya. Bukan tak syukur anak sihat tubuh badan, kita cuma penat saja. - Selalu bercakap dengan pasangan minta sedikit ruang untuk diri kita.
Musim pandemik ni sangat mencabar bila uruskan keluarga, bekerja dari rumah. Ada masa kita perlukan bantuan mereka jadi berbincanglah. Jangan terlalu independent sampai tak berbagi kerja. Orang lelaki ni jangan berkias. Mereka tak faham bahasa planet kita. Buat yang membesarkan anak-anak dengan sendiri, saya memang kagum dengan kalian. Serius tak mudah. Been there, done that. - Yang terakhir dan paling penting, selalu minta pada Allah supaya kita dapat solat awal waktu.
Kemudian mohon pada Allah supaya sentiasa beri kesabaran, dan kekuatan untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik dari semalam.
Perkongsian yang amar bermakna daripada Puan Syahirah. Semoga Mama dapat mengambil ikhtibar dan juga manfaat daripada perkongsiannya.
Jaga diri ya Mama!
Kredit: Syahirah Omar
Mama perlukan tips kesihatan untuk diri sendiri? Klik di SINI!