Adakah Mama tengah scroll-scroll nak masak menu apa harini? Haritu baru je beli sotong, apa kata Mama cuba Resepi Sotong Butter Telur Masin ni? Sedap makan dengan nasi panas-panas tau!
Resepi Sotong Butter Telur Masin
Bahan-bahan
Untuk sotong goreng:
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 2 sudu kecil serbuk lada putih
- 200 gram sotong putih
- 50 gram tepung gandum
- 20 gram tepung jagung
Untuk sos buttermilk telur masin:
- 75 gram mentega (unsalted)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 10-12 helai daun kari
- 3 biji cili padi (dicincang)
- 4 biji kuning telur masin (distim)
- 1 tin krimer sejat
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Untuk sotong goreng, pecahkan telur dan pukul bersama 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya dalam satu mangkuk. Masukkan sotong dan gaul hingga rata.
- Dalam mangkuk asing, masukkan tepung gandum, tepung jagung, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada putih dan garam secukupnya. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan sotong yang telah dicelup telur tadi ke dalam campuran tepung. Gaul sehingga kesemua sotong disalut dengan tepung.
- Goreng sotong atas api tinggi sehingga masak dan keperangan. Tos dan ketepikan.
- Untuk sos pula, dalam kuali yang panas, cairkan mentega. Masukkan cili padi, bawang putih dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan kuning telur masin yang telah distim dan dihancurkan. Gaul sehingga sos berbuih. Masukkan krimer sejat dan gaul sehingga sebati.
- Perasakan dengan garam secukupnya dan renehkan seketika.
- Masukkan sotong goreng dan gaul sehingga rata.
- Sotong Buttermilk Telur Masin sudah siap.
Fakta Menarik Tentang Telur Masin
Oleh kerana kita akan menggunakan telur masin dalam resepi ni, jom kita tengok fakta menarik tentang telur masin! Telur masin ni banyak kegunaannya dan fakta menarik tentang telur masin adalah:
- Kaya dengan vitamin
Telur masin mempunyai 6 jenis vitamin iaitu vitamin A15, B2, B5, B6, B9, hingga vitamin B15. Vitamin ini bagus untuk perkembangan anak kita. - Bagus untuk mata
Mengandung vitamin A dan B, telur masin adalah sumber nutrisi yang baik untuk mata kita. - Meningkatkan kekkuatan badan kita
Kalua Mama nak tahu, telur masin mengandungi fosfor, selenium, dan zat besi yang tinggi. Zat-zat ini sangat bermanfaat untuk meningkatkan kekuatan badan Mama. - Selamat untuk pesakit kanser
Telur masin dianggap sebagai makanan yang tidak sihat kerana kandungan kolesterol dan garam yang tinggi. Tapi telur ini juga mengandungi zat alkalin yang berguna untuk lambatkan pertumbuhan sel kanser. - Mengandungi kolesterol
Badan kita seeloknya tidak mengambil kolesterol lebih dari 300 mg sehari. Dalam telur masin, kolesterolnya di antara 300-600 mg, ia juga bergantung dengan cara pembuatannya.
Sekarang Mama pun dah tahu manfaat telur masin kan? Nanti cuba ya resepi ni, selamat mencuba Mama!
Dapatkan lebih banyak resepi di SINI!