Resepi rendang daging merupakan antara menu yang telah pun menjadi satu kewajipan hidangan yang perlu ada terutamanya ketika musim perayaan.
Menu yang sangat sedap ini sentiasa menjadi kegemaran semua orang dan pastinya rindu akan keenakannya apatah lagi jika dinikmati bersama dengan ketupat dan lemang.
Mungkin bagi sesetengah orang daripada kita merasakan penyediaan rendang daging ini sangat renyah dan mengambil masa yang lama.
Tetapi sebenarnya bahan-bahan yang diperlukan tidaklah susah untuk diperoleh dan Mama juga tidak perlu menghabiskan masa yang panjang di dapur kerana rendang ini boleh dibiarkan mereneh dan hanya perlu dikacau sekali-sekala sahaja.
Dalam perkongsian ini, Mama Siti telah kongsikan resepi di mana Mama boleh ikuti panduan cara memasak rendang daging yang simple tetapi lazat untuk dinikmati di bawah ini.
Jom cuba masak!
Resepi Rendang Daging Versi I & Versi II
Resepi Rendang Daging Sutera Versi I
Bahan-bahan
- 3kg daging
- 1kg santan
- 10 batang serai
- 3 inci halia
- 3 inci lengkuas
- 10 biji bawang besar
- 3 labu bawang putih
- 4 sekawan secukupnya
- 20 tangkai cili kering
- 3 sudu besar kerisik kasar
- 3 sudu besar kerisik halus
Cara-cara memasak:
#1. Kisar serai dan lengkuas dan buang airnya supaya rendang tidak mudah basi.
Panaskan minyak dan tumis serai dengan lengkuas sehingga naik bau dan pecah minyak.
#2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula empat sekawan dan masak sebentar.
#3. Seterusnya masukkan cili kering yang telah dikisar halus. Masak sehingga tumisan kering dan pecah minyak barulah dimasukkan daging bersama secawan air.
Masak sampai air daging hampir kering.
#4. Seterusnya tambahkan dua sudu kicap pekat dan dua sudu besar kicap lemak manis. Masukkan juga santan.
Perasakan dengan tiga sudu besar gula dan garam secukup rasa.
#5. Setelah kuah hampir pekat, masukkan kerisik halus dan kerisik kasar.
Perlahankan api dan masak sampai pecah minyak. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Rendang Daging Versi II
Bahan-bahan
- 1kg daging batang pinang
- 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
- Air asam jawa
- Gula melaka
- Garam
- Santan
- Kerisik
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil ketumbar
- Daun limau purut
- Daun kunyit
- 1 ulas bawang merah dihiris halus
Bahan dikisar:
- 1 ulas bawang besar
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 3 inci kunyit hidup
- 5 batang serai
- 15 tangkai cili kering
Cara-cara memasak:
#1. Panaskan minyak dan tumis empat sekawan dan bawang yang dihiris sehingga naik bau, tuangkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang telah disangai dan ditumbuk ke dalam tumisan.
#2. Kemudian masukkan daging, masak sehingga daging lembut.
#3. Setelah daging empuk masukkan kerisik dan santan.
Biar sehingga daging kering dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
#4. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebentar. Tutup api.
Tips Menyediakan Resepi Rendang Daging Ini
- Pilih daging jenis daging pejal atau daging batang pinang untuk mudahkan bahan-bahan menyerap masuk dan membuatkan daging menjadi lebih sedap.
- Untuk dapatkan masakan yang lazat, Mama perlu menggunakan bahan kisar yang banyak dan seimbang dengan kuantiti daging yang digunakan.
- Pastikan Mama memasak rendang menggunakan api yang kecil untuk sekatakan daging agar ia masak sempurna dan empuk. Mama boleh gunakan kuali bertutup atau periuk yang bertutup.
- Boleh gantikan santan dengan susu cair jika suka.
Semoga perkongsian resepi ini dapat membantu Mama menyediakan rendang daging yang lazat untuk keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung raya nanti!
Mama boleh juga lihat pelbagai resepi masakan menarik yang lain di SINI!