“Mama, abang nak katil yang macam kereta lepastu dekat dinding ada kartun. Boleh kan Mama?”
Anak kecil kita ada sahaja permintaannya. Kita pula yang pening fikirkan cara hiaskan bilik tidur mereka terutamanya deco bilik tidur yang kecil. Tetapi elok juga mereka ceritakan apa yang mereka suka. Boleh dijadikan idea menghias bilik tidur bersaiz kecil mereka nanti.
Lebih-lebih lagi usia tiga tahun ialah waktu yang tepat untuk mengasingkan tempat tidur mereka dengan Mama dan Papa.
Mama Siti gigih perah otak dan cari inspirasi di internet cara menghias bilik anak. Akhirnya terhasil lah 10 idea deco bilik tidur kecil yang sesuai untuk kesayangan Mama.
10 Idea Deco Bilik Tidur Kecil Anak-Anak
#1 Ruang Bawah Katil
Setiap inci bilik tidur anak mesti digunakan sebaiknya. Contohnya dengan menyediakan ruang simpanan untuk meletakkan pakaian atau mainan di bahagian bawah katil anak-anak.
Selain beli katil yang ada build-in-storage, Mama juga boleh gunakan bakul bertutup dan kotak simpanan.
#2 Gantungkan Hasil Seni Anak
Buatkan satu ruang khas untuk mempamerkan lukisan dan hasil seni yang dihasilkan anak-anak. Memberi penghargaan di usia ini sangat penting kerana ia bakal membentuk keyakinan dan percaya diri anak-anak ketika dewasa.
#3 Floating Shelve
Jangan sia-siakan ruang dinding yang kosong. Pasang floating shelf untuk meletakkan perhiasan serta aksesori lain.
#4 Katil ‘Underbed’
Katil dua tingkat yang boleh disembunyikan apabila tidak digunakan. Saiznya boleh mencapai ukuran queen size. Manakala unit tilam yang berbeza boleh disesuaikan dengan minat anak yang berbeza-beza.
#5 Tangga Kecil
Satu lagi idea menarik untuk menyerlahkan lagi bilik kecil. Di setiap senggatan tangga itu, kita boleh letakkan barang-barang kecil seperti botol air, cermin mata dan mainan.
#6 Cat Putih
Melukis ialah lumrah manusia sejak dari zaman purba lagi. Kalau Mama nak anak pandai menulis dan melukis, apa kata jadikan dinding sebagai kanvas untuk merek berkarya.
Lagi pula warna pula menjadikan nuansa bilik lebih cerah apabila terkena cahaya matahari.
#7 Daybed
Sesetengah orang memanggil dengan nama sofabed. Merupakan perabot pelbagai fungsi iaitu gabungan sofa dan katil.
Di waktu siang, lipat semula daybed menjadi sofa supaya ada ruang untuk anak-anak main dan menyiapkan kerja sekolah.
#8 Penggantung Baju
Tambahkan ruang simpanan baju dengan memanfaatkan ruang atas bilik tidur kecil anak-anak. Ia boleh dijadikan tempat untuk menggantung pakaian sekolah mereka.
#9 Hiasan Fabrik
Langsir dan tapestries antara pilihan terbaik menghias bilik anak kesayangan. Apa kata Mama pasangkan langsir yang ala-ala kelambu seterusnya letakkan lampu hiasan di sekelilingnya.
Mana tahu anak Mama semakin betah tidur sendiri. Suasana seperti itu menaikan lagi mood ‘bedtime stories’ sebelum tidur.
#10 Tambahkan Warna
Tampalkan kertas dinding (wallpaper) atau cat bilik anak dengan pelbagai warna dan corak. Bilik yang kecil itu tidak lagi kelihatan membosankan dan suram.
Anak Mama mesti lagi suka kalau kita hiaskan dinding bilik mereka dengan warna kegemaran dan karakter kartun kesukaan mereka.
Jangan Sia-siakan Ruang Yang Ada
Ada beberapa kaedah menceriakan bilik tidur anak-anak. Paling penting idea-idea ini boleh disesuaikan supaya bilik anak nampak lebih besar.
Pemilihan warna dan karakter memang sangat penting untuk menggalakkan anak tidur sendiri di bilik mereka.
Daybed dan underbed menjimatkan ruang lantai yang hampir menyamai katil saiz ‘queen’. Kalau nak tambah tempat simpanan, Mama boleh guna bahagian bawah katil dan dinding ya. Jangan sia-siakan ruang yang ada.
Dapatkan idea dekorasi yang lain di SINI.