Resepi nasi ayam yang sedap ini merupakan menu wajib yang Mama patut cuba kerana ia pasti dapat memenuhi citarasa terutama sekali anak-anak.
Nasi ayam merupakan hidangan yang sangat terkenal tidak kira peringkat umur. Walaupun menu ini tampak simple, tetapi rasanya sangat sedap tambah-tambah lagi jika dinikmati bersama sayuran seperti tomato, daun salad dan juga timun.
Menu ini langsung tidak jemu dimakan terutama buat kanak-kanak yang sangat menggemarinya. Kalau Mama nak tahu, terdapat banyak versi untuk menyediakan hidangan ini. Salah satunya adalah seperti yang Mama Siti kongsikan di bawah.
Jom lihat menu ringkas tetapi penuh lazat ini!
Resepi Nasi Ayam
> Untuk Nasi
Bahan-bahan
- 1 ketul kiub pati ayam
- 1 ekor ayam
- 2 sudu planta
- 2 inci halia dihiris nipis
- 2 helai daun pandan
- 2 ulas bawang besar dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih dihiris nipis
- 2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
- Rempah 4 sekawan
Cara-cara
#1. Mula-mula Mama panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan hirisan dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
#2. Kemudian, masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan ayam dan rebus selama 20 minit, apabila ayam sudah masak angkat dan ketepikan.
Kemudian panaskan planta di dalam kuali, masukkan halia dan daun pandan. Tumis sehingga berbau wangi.
#3. Cuci beras dan toskan air, tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk bersama beras.
Masukkan bahan tumisan ke dalam beras dan masukkan sedikit garam dan pewarna kuning.
#4. Taburkan daun sup dan bawang goreng di atas nasi yang telah masak.
> Untuk Ayam
Bahan-bahan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kiap manis
- 2 sudu besar kicap kipas udang
- Secukup rasa
- 4 sudu besar madu
Cara-cara
#1. Lumurkan ayam yang telah direbus tadi dengan bahan perapan dan perap selama 2 jam.
#2. Ayam yang siap diperap, Mama bakar menggunakan oven.
Setelah masak, Mama boleh potong ayam mengikut citarasa Mama.
> Sos Cili
Bahan-bahan
- 5 tangkai cili merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili padi
- Gula
- 5 sudu sos cili
- 1 cawan air
Cara-cara
#1. Masukkan cili merah, bawang putih, cili padi, gula dan air ke dalam pengisar.
Kisar semua bahan sehingga lumat.
#2. Kemudian, Mama masukkan pula sos cili dan didihkan di atas api sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
> Kuah Kicap
Bahan-bahan
- Sos tiram
- Kicap manis
- Kicap pekat
Cara-cara
#1. Ambil air rebusan ayam, panaskan dan masukkan kicap manis, sos soya, kicap pekat, masukkan kiub ayam dan air bancuhan tepung jagung.
Bahan hiasan:
- Tomato
- Salad
- Timun
Akhir sekali hidang kesemua bahan yang telah dimasak.
Mama cuba dulu sekali, kemudian lihat bagaimana menu ini menjadi kegemaran anak-anak. Mama juga boleh cuba resepi nasi ayam hainan one-pot yang dikongsikan SuperDaddy ini.
Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.