Kalau nak ayam panggang yang garing di luar dan berjus di dalam macam selalu ada di bazar Ramadan tu, Mama sebenarnya boleh buat sendiri di rumah je tau.
Yang penting, bahan-bahan dan ketuhar kena ada di rumah sebelum Mama cuba buat sendiri Resepi Ayam Panggang ni. Jom kita lihat:
Resepi Ayam Panggang
Resepi oleh: Hajar Mohd
Bahan-Bahan
- Seekor Ayam
- Garam
- Bawang Putih
- Halia
- Bawang Besar
- Sos Tomato
- Kicap Pekat
- Kicap Lemak Manis
- Madu
- Stok Ayam
- Minyak Kelapa/ Minyak Sawit
Cara-Cara
#1 Sediakan seekor ayam yang belum dipotong. Cuci bersih bahagian dalam ayam dan toskan.
#2 Lumurkan dengan garam dan ratakan hingga keseluruhan ayam tadi. Tujuannya supaya dapat dapat mengeluarkan rasa ‘umami’ dari ayam.
#3 Kisarkan bawang putih, halia dan bawang besar hingga lumat dan tuangkan ke dalam bekas ayam tadi. Teruskan langkah dengan menggaul rata bahan kisaran di setiap bahagian ayam.
#4 Kemudian, tambahkan pula dua sudu sos tomato sebagai pelengkap rasa.
#5 Tibalah ke bahan-bahan penting. Masukkan dua sudu sos cili, satu sudu kicap pekat, dua sudu kicap lemak manis dan dua sudu madu.
#6 Bahan rahsia resepi ayam panggang kali ini ialah stok ayam atau kiub perasa ayam berserta dengan minyak kelapa ataupun minyak sawit.
#7 Bersedia untuk proses memanggang. Pertama sekali cucuk bahagian tengah ayam untuk memudahkan ia berpusing dalam oven nanti.
#8 Letakkan ayam dalam oven di bahagian tengah oven. Pastikan ayam digantung ya kerana langkah ini yang akan memastikan ayam masuk secara keseluruhan. .
Kredit gambar: Hajar Mohd
#9 Tetapkan suhu oven kepada 180℃ dan masa 40 minit.
#10 Ayam telah siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama nasi arab.
Betul tak cakap Mama Siti? Hampir semua bahan-bahan resepi ayam panggang kita kali ini ada di dapur rumah masing-masing je.
Kalau dah siap resepi ayam panggang ni, apa kata Mama cuba resepi ayam masak thai ‘simple‘ ni pula. Resepi yang mudah dan sedap. Campak-campak je orang kata.
Dapatkan lebih banyak resepi masakan di SINI!