Angin dalam badan berpunca daripada dua perkara. Pertama, tertelan udara semasa makan dan minum. Kedua, sistem penghadaman yang lemah.
Oleh itu, masalah angin dalam badan boleh diselesaikan dengan cara pergerakan dan pergerakan badan. Contohnya makan sup panas dan yoga.
Penjelasan dan cara-caranya ada Mama Siti kongsikan dalam artikel ini. Selain itu, kita juga boleh mengambil langkah pencegahan angin dalam badan seperti lebihkan sayur dan buah dalam pemakanan serta makan perlahan-lahan.
Mari kita kupas lebih lanjut tentang cara paling berkesan dan mudah buang angin dalam badan.
7 Cara dan Petua Berkesan Buang Angin Dalam Badan
1. Rebusan Daun Betik
Rebus empat hingga lima helai daun betik dalam periuk. Apabila air mulai menggelegak, tunggu sebentar sebelum tutup api.
Seterusnya, tuangkan dalam cawan dan minum ketika air rebusan betik masih hangat atau suam.
2. Senaman Yoga – Relieving Wind Pose
Dalam posisi baring secara terlentang, tarik satu lutut ke arah dada dan tahan dengan kedua belah tangan. Ulang langkah tersebut untuk lutut sebelah lagi.
Bagi setiap sesi Mama boleh kira dari nombor satu hingga lapan. Senaman yoga ini dapat melepaskan angin yang tersekat di bahagian perut.
3. Makan Sup Panas
Baik, makan sup. Tapi nak makan sup apa?
Terpulang kepada Mama, lebih baik kalau makan lauk sup kegemaran. Sebenarnya apa yang kita mahukan ialah kesan panas dari sup tersebut.
Sensasi panas akan turut dirasai bahagian badan yang lain ketika menghirup sup panas tadi. Contoh sup yang dicadangkan ialah sup ayam, sup sayur, sup berkrim dan sup ikan.
4. Minum Air Halia
Terdapat tiga cara buang angin dalam badan dengan meminum air halia, iaitu:
- Pertama: Rebuskan air dan halia dalam periuk kemudian minum.
- Kedua: Campurkan beberapa hiris halia ke dalam minuman teh tanpa gula.
- Ketiga: Air teh, halia dan sesudu madu dikacau bersama kemudian diminum. Rasa manis dapat dirasai daripada madu tersebut.
5. Bersenam
Pergerakan fizikal mengaktifkan sistem pencernaan. Oleh itu, apabila Mama rasa tidak selesa di bahagian perut maka buatlah aktiviti senaman berintesiti ringan seperti joging dan berjalan laju atau brisk walk.
Sebaiknya jadikan aktiviti senaman ringan sebagai rutin setiap empat hingga lima kali seminggu.
6. Makan Bawang Putih
“Mama Siti, nak kena makan mentah ke? “
Ya, caranya adalah dengan bakar beberapa ulas bawang putih kemudian buangkan kulit dan makan.
Kalau Mama tak biasa makan bawang putih begitu sahaja, Mama boleh ditambahkan ke dalam masakan. Ketika menjamah lauk, makanlah sekali bawang putih itu, barulah tak terasa sangat kan.
7. Rendaman Kaki
Sediakan satu besen dan isikan dengan air panas. Jika air terlalu panas, Mama boleh laraskan ke suhu lebih rendah dengan menambahkan air biasa.
Mulakan rendaman dan biarkan selama 15 minit hingga 30 minit.
Apabila Mama mula sendawa dan kentut itu maknanya angin dalam badan sudah perlahan-lahan mulai keluar.
Simptom Angin Dalam Badan dan Perbezaan dengan Sakit Perut Biasa
#1 Kerap Sendawa
Mama akan kerap sendawa walaupun belum makan atau waktu makan telah lama berlalu. Selalunya, sendawa disebabkan angin dalam badan tidak berbau makanan yang dimakan beberapa jam sebelum itu.
#2 Kembung Perut
Simptom ini selalu dialami oleh golongan perempuan ketika di fasa premenstrual syndrome (PMS). Keadaannya lebih kurang sama. Perut terasa penuh dan sering rasa ingin kentut atau sendawa.
Perbezaan angin dalam badan dengan sakit perut biasa ialah kentut dan sendawa disebabkan angin dalam badan tidak berbau. Manakala kentut disebabkan sakit perut selalunya berbau.
Punca dan Tips Elak Angin Dalam Badan
1. Makan Perlahan-lahan
Apabila kita makan terlalu laju, secara tidak sengaja angin akan turut ditelan. Oleh itu dengan memperlahankan kunyahan, makanan dapat ditelan sempurna. Sekaligus, menambah baik proses penghadaman dan pencernaan.
2. Banyakkan Sayur dan Buah
Lebihkan sayur dan buah dalam diet seharian Mama. Kandungan vitamin C, membina ketahanan tubuh badan dan meningkatkan imuniti.
3. Aktif Aktiviti Fizikal
Antara faktor angin dalam badan ialah disebabkan penghadaman yang tidak lancar. Sistem usus tidak aktif dan bergerak perlahan.
Bagi mengelakkan angin dalam badan, kita perlu meningkatkan aktiviti fizikal. Contohnya, berkebun, bersukan dan bersenam.
Apabila kerap beraktiviti, ia mampu meningkatkan kelenturan otot dan menjadikan usus bergerak aktif.
Faktor masalah angin dalam badan salah satunya adalah disebabkan oleh tertelan angin tanpa sengaja semasa makan dan minum.
Bagi mempercepatkan proses pembuangan angin dalam badan, Mama boleh lakukan tujuh cara hilangkan angin dalam badan seperti yang dikongsikan Mama Siti di atas.
Selain itu, Mama juga perlu kenali simptom angin dalam badan dengan sakit perut biasa. Perhatikan bau angin dan kekerapan makan.
Mama juga jangan lupa untuk selalu lakukan tips mengelakkan angin dalam badan. Keadaan badan yang berangin memang tidak selesa. Jadi, selalulah bersukan dan elakkan makan dalam keadaan tergesa-gesa.
Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DI SINI.