Sebelum ini kita dah kongsikan resepi bersempena perayaan Deepavali Part 1. Mungkin tak kena dengan citarasa Mama, kali ni Mama Siti share lagi kumpulan resepi yang lebih menarik dan kena citarasa Mama. Antara resepi ini juga ada resepi Vegan tau Mama, boleh la kita cuba-cuba, buat raso-raso.
5 Resepi Istimewa Buat Deepavali Kali Ini
#1 Resepi Kerala Prawn Roast
Bahan-bahan
- 1 Bahan Bakar Udang Kerala 1 kg udang (diperap dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit)
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil rempah campuran Sheena, garam dan minyak kelapa (perap 30 minit)
- 2 bawang besar
- 2 cm halia
- 4 ulas bawang putih
- 4 cili padi (ditumbuk)
- 2 sudu kecil serbuk kari makanan laut oleh Sheena (atau apa-apa serbuk kari ikan lain)
- 2 sudu kecil serbuk cili kashmir
- 1 sudu kecil garam masala
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Beberapa daun kari
- Beberapa daun ketumbar
- 1 sudu besar jus asam jawa
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Memasak
- Panaskan 5 sudu besar minyak kelapa.
- Masukkan udang, goreng cetek untuk 3 jumlah untuk kedua-dua belah.
- Tapis minyak dan ketepikan.
- Panaskan minyak yang sama, masukkan halia, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Masukkan juga bawang besar .
- Tumis selama 2 minit.
- Masukkan semua rempah, tumis seminit.
- Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam.
- Kacau rata, masukkan air asam jawa dan serbuk lada hitam.
- Masukkan udang dan gaul sebati. JANGAN MASAK LEBIH DARI 1 minit.
- Masukkan daun kari dan daun ketumbar.
- Gaul rata dan tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Jom try sekarang Mama!
#2 Resepi Lamb Shank Masala
Bahan-bahan
- 2 keping batang kambing (diperap dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit, 2 sudu kecil serbuk cili dan garam)
- 3 cm halia
- 4 ulas bawang putih
- 4 cili padi (dikisar bersama)
- 2 biji bawang besar
- 2 cili hijau
- 2 cili merah
- 1 tomato (dikisar)
- Sedikit kari daun 1 kayu manis
- 4 buah pelaga
- 4 biji bunga lawang
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 4 sudu kecil serbuk cili Kashmir
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu kecil serbuk ketumbar
- Segenggam daun ketumbar
Cara Memasak
- Perap betis kambing selama 30 minit.
- Panaskan 2 sudu besar minyak sapi dan masukkan dalam batang kambing.
- Perangkan setiap sisi selama 5 minit, gunakan api sederhana.
- Tapis minyak dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi yang sama, masukkan kayu manis , bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bawang putih halia blend, pes cili padi.
- Tumis sekejap. Masukkan bawang besar.
- Tumis seminit lagi. Masukkan semua rempah ratus.
- Gaul rata dan masukkan tomato kisar.
- Gaul rata dan masukkan 3 cawan air.
- Masukkan batang kambing.
- Perasakan dengan garam.
- Tutup dengan api dan masak perlahan selama sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga batang kambing empuk.
- Buka penutup, masukkan daun kari, cili hijau, cili merah dan daun ketumbar.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
Jom try resepi di SINI.
#3 Resepi Biskut Kacang
Masa Penyediaan : 30 minit
Masak Memasak : 15-25 minit
Hidangan : 50 – 70 (ikut saiz bebola)
Bahan-bahan
- 250gm Kacang tanah(sangai, buang kulit)
- 250gm tepung gandum(ayak/tapis)
- 250gm gula aising (ayak/tapis)
- 220ml minyak jagung
- Garam secukupnya
- Kertas baking
Cara Memasak
- Sangai kacang tanah dan buang kulit seperti di dalam video.
- Ambil sedikit kacang tanah dan ketepikan untuk buat hiasan atas biskut nanti. Selebihnya kisar kacang tanah tu sampai betul – betul halus.
- Letakkan kacang tanah di dalam pinggan/ mangkuk, masukkan gula aising dan tepung gandum yang sudah di ayak/tapis.
- Tumbuk sedikit garam sampai halus dan masukkan juga ke dalam campuran tepung tadi. Gaul rata sehingga tiada gumpalan.
- Kemudian tapis lagi supaya kita dapat texture yang betul- betul halus. Kemudian gaul sebati.
- Lepastu, masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
- Bentukkan adunan menjadi bebola dalam saiz kecil dan susun di atas loyang yang sudah dilapik dengan kertas baking.
- Kemudian letak hiasan kacang diatas pada setiap bebola kacang . Tekan sedikit supaya biji kacang melekat pada bebola kacang.
- Bakar dalam oven selama 15 minit hingga 20 minit, dengan suhu 150°
- Keluarkan dari oven dan tengok tapak biskut dah masak sepenuhnya. Jika sudah masak, biarkan biskut kacang sejuk.
- Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh hidangkan untuk makan.
Dapatkan video resepi di SINI.
#4 Resepi Achu Murukku
Masa penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 15 minit
Hidangan : 20 pcs
Bahan-bahan
- 500gm tepung beras
- 3 sudu besar tepung atta (tepung capati)
- 1 cawan gula
- ½ sudu kecil garam
- 800ml santan cair
- 1 paket minyak masak
- Acuan achu murukku (kecil)
*disarankan acuan rendam dengan minyak satu hari sebelum guna
Cara memasak
- Sediakan mangkuk, masukkan tepung beras dan tepung atta. Kemudian tapis.
- Setelah tapis, tepung campuran itu masukkan kedalam mangkuk lain.
- Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan santan cai. Kacau sehingga sebati dan dapat texture adunan seperti didalam video.
- Kemudian, panaskan minyak, biarkan minyak betul- betul panas baru letak adunan tersebut.
- Bila dah panas, celupkan acuan di tepung dan goreng sehingga adunan tanggal pada acuan. Biarkan masak seketika.
- Boleh angkat jika achu murukku mula menjadi warna keperangan. Buat langkah yang sama sehingga adunan habis. Sedia untuk dimakan. Letakkan kuih achu murukku di dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup lebih lama.
Jom cuba resepi ini Mama klik link di SINI.
#5 Resepi Nei Urundhai (Bebola Ghee)
Masa Penyediaan : 10 minit
Masak Memasak : 50 minit
Hidangan : 12 bebola
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung kacang hijau (sangai dan ayak/tapis)
- ½ cawan gula aising (ayak/tapis)
- 2 sudu besar minyak sapi vegan
- 4 biji buah pelaga (kisar dan tapis)
- 2 sudu besar kacang gajus (potong kecil)
- 2 sudu besar pistachio (buang kulit, potong kecil)
- 2 sudu besar kranberi kering (potong kecil)
Cara Memasak
- Sangai tepung kacang hijau selama 30 – 45 minit kemudian tutup api, ayak/tapis tepung kacang hijau itu.
- Tapis/ayak juga gula aising. Kacau bersama tepung kacang hijau dan ketepikan.
- selepas itu, buang kulit pistachio dan potong kecil-kecil. Kacang gajus dan kranberi kering juga potong kecil-kecil.
- Sediakan kuali, masukkan minyak sapi vegan, bila minyak dah panas, masukkan kacang gajus, pistachio dan kranberi kering. Goreng seketika.
- Masukkan serbuk buah pelaga yang dah di kisar halus ke dalam kuali. kacau sebati.
- Kemudian tutup api dan tuang ke campuran tepung tadi. Kacau menggunakan spatula dahulu kerana masih panas.
- Apabila dah kurang panas, boleh terus menggunakan tangan dan gaul rata. Kemudian, buat bebola mengikut citarasa anda. Saya buat saiz bebola sederhana.
- Kemudian, sedia untuk dihidang.
Jom cuba resepi ini sekarang!
Untuk dapatkan lebih banyak resepi menarik, klik di SINI.