Resepi gulai sotong sangat sedap walaupun hanya dimakan bersama nasi putih sahaja. Apatah lagi jika nasi tersebut masih panas. Terdapat pelbagai versi masakan gulai sotong mengikut tempat dan citarasa masing-masing. Ada yang suka menggunakan santan dan ada yang lebih menggemarinya tanpa santan.
Apa yang pasti resepi ini sangat enak walau dimasak dengan versi mana sekalipun, selain menjimatkan masa dan tidak memerlukan bahan yang banyak malahan semua ramuan yang diperlukan untuk memasaknya sangat mudah didapati.
Bagi memudahkan aktiviti memasak, di sini Mama Siti kongsikan resepi gulai sotong tanpa menggunakan santan paling sedap untuk rujukan Mama.
Resepi Gulai Sotong
Bahan-bahan
- 1 kg Sotong
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu besar halba campur
- 1 biji tomato (dibelah 6)
- 2 pek rempah kari ikan
- 3 biji ubi kentang
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak masak
- 1 tangkai daun kari
- 10 tangkai cili padi
Cara-cara
#1. Mula-mula hiris bawang besar dan bawang putih. Potong tomato menjadi 6 bahagian.
Lurutkan daun kari dari tangkainya dan camprkan 1 sudu besar halba campur ke dalam semua bahan tadi.
#2. Panaskan minyak di dalam kuali secukupnya. Tumiskan semua bahan tadi setelah minyak panas.
Kacau dan biarkan tumisan layu dan bewarna kekuningan serta berbau wangi menggunakan api sederhana.
#3. Kemudian, masukkan serbuk kari ikan dan kacau seketika sehingga bangkit bau rempahnya.
Selepas itu, tuangkan 2 cawan air dan masukkan, ubi kentang. Biarkan ia mereneh dan pecah minyak.
#4. Sementara menunggu ubi empuk panaskan kuali yang lain dan masukkan sotong setelah kuali sudah panas.
Kacau seketika, biar air sotong keluar, tutup api dan toskan sotong tersebut.
#5. Apabila ubi sudah empuk, masukkan sotong, cili padi, seterusnya perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa Mama. Biar seketika, padamkan api.
Tips/Petua Menyediakan Resepi Gulai Sotong
- Boleh tambahkan sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna kuahnya.
- Campurkan sedikit serbuk cili bagi mengurangkan rasa muak jika memasaknya menggunakan santan.
Diharap dengan perkongsian resepi masakan sotong ini dapat memudah dan memberi semangat kepada Mama untuk mencubanya. Jom cuba resepi nasi ayam padu ni pula!
Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.