Ramai Mama Papa dah ambil berat tentang jaga kesihatan diri sebelum hamil di zaman ni kan. Tahu tak, bayi dalam rahim kita akan membawa paras kesihatan Mama dan Papa.
Dan yang paling banyak pastilah daripada kesihatan diri Mama sendiri. Jadi bila As ready, As mula dengan jaga kesihatan diri sebelum hamil. Sangat best fasa hamil nanti jika kita dah sihat sebelumnya lagi. Jangan lupa ajak suami sekali tau!
Ada rakan sekuliah As dulu, beliau adalah Pensyarah Dietetik. Selalu pesan kepada pelajarnya supaya menjaga kesihatan sejak bujang lagi.
Kerana kesihatan anak akan bergantung kepada kesihatan emak terutamanya dan ayahnya sejak bertahun sebelum disenyawakan. Macam tu lah besar impak dia.
Kalau Mama tak percaya, Mama boleh baca lanjut artikel proses kehamilan ini. So, kita cuba ya?
Jom As kongsi sedikit apa yang As cuba ubah perlahan-lahan bila dah rasa ready nak hamil.
Ubah Gaya Hidup Untuk Kesihatan Sebelum Hamil
Jika kita baru berkahwin dan bercadang untuk hamil anak pertama, boleh cuba analisa gaya hidup seharian kita dalam proses persediaan kesihatan sebelum hamil.
As dulu kan lambat sedikit dapat anak pertama, jadi agak panjang masa untuk jaga kesihatan sebelum hamil. Kalau ada yang nak cuba cara As, awak boleh buat satu senarai perubahan gaya hidup yang awak boleh cuba seperti:
#1 Tidur Awal
Pastikan tidur paling lewat sebelum jam 11 malam untuk merangsang hormon wanita yang stabil, termasuk kawalan hormon stres dan juga jam biologi badan kita.
Selain itu, banyak proses healing berlaku ketika tidur malam. Tambahan pula, tak baik tau kalau setiap malam tidur lambat. Tidur lambat setiap hari boleh menyebkan pelbagai masalah kesihatan dalam jangka masa yang lama.
Bangun awal takpe, yang penting mesti tidur awal pada waktu malam.
#2 Pemakanan Bernutrisi Tinggi
Zaman bujang dulu As memang dah biasa amal makanan fast food, manis-manis dan berwarna-warni. Bila dah berkahwin, ada kesedaran yang kita akan bertanggungjawab kepada satu lagi nyawa, As pun mula slowly ubah.
Yang penting sekali adalah ambil makanan sebenar yang tinggi nutrisi seperti daging merah, ikan, hati ayam, buahan bermusim, minyak kelapa, susu grass-fed dan sebagainya. Nanti, mudah juga kita hendak menanamkan rasa suka kepada makanan bernutrisi pada anak-anak.
#3 Kurangkan Stres Harian
Sebagai seorang Muslim, belajar cara untuk handle stress dengan lebih tenang iaitu banyak bersama Al-Quran dan zikir. Tidak dilupakan solat malam.
Langkah pertama adalah buang stressors luaran yang tak perlu seperti personal care komersial yang tinggi bahan kimia seperti pewangi, make-up, mandian dan shampu.
Kulit adalah organ terbesar, mudah menyerap bahan kimia pengganggu hormon. Hormon hay wire ni yang kita jadi mudah trigger nak meroyan tau. Hehe.
Selain itu, As juga amalkan untuk at least seminggu sekali keluar daripada suasana pejabat dan rumah, dan dekatkan diri dengan alam semula jadi.
Tengok burung, lihat awan, berkebun, brisk walking, dengar alunan ombak dan lain lain. Ini sangat bagus untuk kesihatan mental kita.
#4 Rawat Diri Sebelum Hamil
>> Trauma
Rawat diri daripada kesan trauma ketika kita membesar, trauma emosi dan fizikal diri. As dulu pernah trauma di sekolah berasrama, sejak tu memang kesihatan agak merudum. Jadi caranya adalah berdamai dengan trauma ini, terima segala perasaan.
Berbicaralah dengan kaunselor yang boleh membantu mendengar. Kadang kala kita hanya perlukan listening ears yang takkan judge kita, kan? Trauma ini akan terbawa kepada emosi ketika hamil, dan membesarkan anak nanti. Jadi, jom kita break the cycle.
>> Recharge diri daripada kepenatan fasa lepas
Mungkin kita adalah ibu yang baru sahaja selesai fasa menyusukan anak. As dulu selepas berhenti menyusukan anak kedua, As ambil sedikit masa untuk diri sendiri recharge balik sebelum hamil kembali.
Rejuvenate kesihatan diri, enjoy kehidupan tanpa anak kecil dengan hadiri kelas-kelas, kuliah, bantu komuniti, keluar dengan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Just do what you once, love!
Masa nilah As nourish balik badan yang banyak dah kena serap zat dan mineral kan. Makan sihat ni sedap sebenarnya. Just eat real food. Insya Allah you will be fine.
Take Care of Yourself
Tu saja key dia – jaga diri sendiri. Samalah macam mana kita sayang kereta kan. Make sure minyak yang betul atau jenis yang sama, kotor sikit terus cuci atau lap, elakkan calar dan langgar apa apa.
Sama juga dengan badan kita. Bila diri kita fully recharged, kemudian kita boleh nourish nyawa lain dengan lebih baik. Penuhkan cawan kita dahulu, baru kita boleh kongsi dengan orang lain. Apapun, you, do you okay! Kita cuba sama-sama.
Love,
As