Kehilangan orang yang dicintai bukanlah satu hal yang mudah. Perasaan sedih dan hiba menyelubungi keluarga si mati.
Lanjut, apa yang boleh kita lakukan jika itu berlaku kepada sahabat, kenalan dan ahli keluarga kita yang lain?
Salah satunya ialah mengucapkan takziah melalui percakapan, mesej WhatsApp dan panggilan telefon.
Ucapan takziah pula tidak terhad kepada orang Islam semata-mata kerana kita juga wajar menyampaikan salam takziah kepada orang bukan Islam. Perbezaannya adalah dari segi susunan ayat dan pemilihan perkataan.
Untuk orang Islam, kita boleh sertakan dengan doa-doa yang baik untuk jenazah tetapi bagi bukan Islam cukup sekadar memberikan ucapan umum.
Ucapan Takziah Kematian Kepada Sesama Muslim
#1
*إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن*
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.
*اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ*
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia” Takziah buat keluarga arwah (si mati)
Semoga roh arwah (si mati) sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
#2
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجَاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
#3
Salam Takziah kepada (ahli keluarga si mati) atas kehilangan (si mati) tercinta hari ini. Semoga tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini. Semoga allahyarham/ allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin
#4
Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun
Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Amiin Amiin Amiin…
#5
Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham/ allahyarhamah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-Fatihah.
#6
Salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi dugaan Allah.
Darinya kita hidup. Dan kepadanya kita kembali.
#7
انا لله وانااليه راجعون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Takziah buat (nama waris) seisi keluarga. Semoga beroleh ketabahan & dipermudahkan segala urusan. Allahumma Aamiin
#8
Assalamualaikum, pada (tarikh kematian) saya mendapat berita tentang kematian salah seorang keluarga sahabat saya, (nama). Takziah atas pemergian insan tercinta. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
#9
Kami wakil dari (nama organisasi) ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian ibu/ ayah/ suami/ isteri kepada (nama). Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah diberikan kesabaran atas pemergian ini.
#10
Salam takziah buat ahli keluarga (si mati)
Sesungguhnya Allah telah menarik segala kesakitan yang dihadapi di dunia sepanjang beliau melawan sakitnya selama ini.
Sesungguhnya Allah berkehendak agar beliau berehat di negeri abadi. Semoga arwah tenang dan ditempatkan di dalam orang bertaqwa.
Buat ahli keluarganya, semoga tabah dan sabar dengan musibah kematian ini.
Apabila Seorang Islam Mengucapkan Takziah Atas Kematian Bukan Islam
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya, seorang Islam dibolehkan mengucapkan takziah jika ada kenalannya atau keluarga kenalan mereka yang meninggal dunia.
Selain itu, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menulis dalam blognya, mengucapkan simpati kepada orang bukan Islam kerana kematian itu dibolehkan asalkan mereka dari kalangan kafir zimmi atau dhimmi.
Jawapan itu berdasarkan kepada Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 dan riwayat Imam Nawawi;
Dibolehkan bagi seorang Muslim untuk mengucapkan takziah bagi orang bukan Muslim (zimmi) dan begitu juga bagi orang Muslim yang mempunyai kerabat bukan Muslim.
Ucapan Takziah Kematian Kepada Bukan Islam
#1
Semoga jiwanya dan jiwa-jiwa lain yang pergi sentiasa dirahmati Tuhan dan berehat dalam damai. Semoga tuhan menggantikan kehilanganmu dengan hal yang lebih baik.
#2
Saya sekeluarga turut berduka atas berita tragik ini. Kami bersimpati atas pemergian ahli keluarga (nama) dan didoakan agar kalian terus tabah menghadapi kesedihan dan kehilangan ini.
#3
Semoga tuhan memberikan kalian kesabaran dan digantikan kesedihan ini dengan perkara lebih baik. Terimalah ucapan belasungkawa kami untuk dia (si mati) yang akan selalu dirindukan.
#4
Wahai saudaraku, hanya doa yang dapat kami sampaikan untuk mengiringi kepergianmu. Salam takziah.
#5
Kami turut berdukacita atas kematian (si mati), semoga jiwanya diterima oleh Yang Maha Kuasa
#6
Kehilangan ialah satu ujian yang berat. Namun di sebalik semua itu, ini pasti salah satu rancangan tuhan untuk menguatkanmu.
#7
Salam takziah. Semoga kalian sentiasa diberi rasa ikhlas merelakan pemergian orang tersayang. Sesungguhnya, hanya dengan keikhlasan lah ketenangan akan hadir.
#8
Saya turut bersedih dan berduka sedalam-dalamnya. Sungguh, tak ada yang boleh aku sampaikan untuk saat ini.
#9
Mereka yang kita sayangi tidak akan pergi. Mereka berjalan di samping kita dalam hati dan kenangan kita. Salam takziah untuk anda sekeluarga.
#10
Ya tuhan, berilah ketabahan atas keluarga yang sedang melanda musibah. Setiap makhluk di dunia akan menemui saat menghadap kembali kepada Sang Pencipta. Semoga tuhan menerima saudara kami dengan tangan terbuka yang terbuka lebar menyambut di tempat terindah.
Kita memang wajar memberikan ucapan takziah kematian kepada saudara dan kenalan yang kehilangan ahli keluarga. Ucapan simpati itu pula hendaklah mengandungi kata-kata agar dia sabar dan menerima kejadian ini dengan baik sangka.
Begitu juga orang Islam yang ingin memberikan kata-kata takziah kepada orang bukan Islam. Jawapan dari dua orang agamawan yang diyakini ilmunya membenarkan tindakan tersebut.
Semoga dengan memberi ucapan takziah, kita sedikit sebanyak menyumbangkan sokongan emosi kepada keluarga si mati. Boleh rujuk artikel ini untuk belajar mengenai doa tahlil untuk arwah.