Rambut ialah mahkota wanita. Mana mungkin kita mengabaikannya bahkan ianya termasuk dalam rawatan penting selepas penjagaan wajah.
Kita akan risau apabila rambut mulai menipis disebabkan keguguran rambut. Jadi, kita mula mencari tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.
Bagi Mama yang masih keliru tentang cara paling berkesan untuk melebatkan rambut, mari Mama Siti kongsikan.
Kali ini Mama Siti senaraikan 15 cara melebatkan rambut bermula dengan cara penjagaan, urutan hinggalah pemakanan.
15 Cara Melebatkan Rambut Yang Berkesan
#1 Rutin Mencuci Rambut
:focal(349x0:351x2)/shampooinghair_0-c2486479c0d8433abc158456f79183d5.jpg)
Masalah keguguran rambut berkait rapat dengan kekerapan seseorang mencuci rambutnya. Ingat ya Mama, kita tak perlu basuh rambut setiap hari. Pendedahan berlebihan terhadap bahan kimia dalam syampu kurang baik untuk kesihatan rambut.
Oleh itu, jarakkan tempoh syampu rambut kira-kira dua hingga tiga hari seminggu. Selain itu, gunakan syampu anti gugur dan akhir sekali, cuci rambut dengan pergerakan lembut.
#2 Elak SIkat Rambut Basah

Elakkan sikat rambut yang masih basah. Perbuatan menyikat rambut selepas mandi mengganggu kadar hidrasi rambut. Ya, rambut memerlukan air supaya ia kekal sihat.
Mesti ada Mama yang rasa “tak selesa lah Mama Siti, rambut berselirat, nanti kusut macam mana”
Ha, caranya ialah semasa mencuci rambut, Mama urutkan rambut dan sekali sekala luruskan rambut yang berpintal.
#3 Cara Melebatkan Rambut Dengan Melindungi Kepala

Faktor persekitaran juga menyumbang kepada kesihatan rambut. Kalau nak rambut sihat dan lebat, Mama kena ikut tips macam dekat bawah ni tau.
- Pakai topi ketika berada di bawah panas matahari
- Di kawasan dengan pencemaran udara yang tinggi, gunakan selendang atau apa-apa penutup kepala
- Semasa berenang, pakai topi renang agar air tidak terdedah klorin
#4 Minyak Pati

Minyak pati mampu melebatkan rambut dengan cara meningkatkan bilangan folikel. Ia sekaligus memberikan kesan voluminous atau ketebalan rambut.
Antara minyak pati yang boleh diaplikasikan ialah Rosemary, Thyme, Cedarwood, Lavender dan Peppermint.
Kesannya, rambut gugur semakin berkurangan dan pertumbuhan rambut semakin meningkat. Tambahan pula, penggunaan minyak pati hanya memberikan sedikit sahaja kesan sampingan berbanding dengan minoxidil.
#5 Aloe Vera
:max_bytes(150000):strip_icc()/aloe-vera-hair-mask-5194908_06_edit-1b622978e6c0457489ecb53ad6dc8e3d.jpg)
Aloe vera memang kaya dengan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk kesihatan seseorang. Vitamin C, E dan A, asid folik dan vitamin B12 menggalakkan pertumbuhan rambut.
Cara untuk melebatkan rambut paling praktikal bagi Mama Siti. Sebabnya, kosnya tercapai oleh kebanyakan individu dan senang untuk diaplikasikan.
Caranya adalah dengan;
- Oleskan gel aloe vera ke kulit kepala
- Tunggu selama 30 minit
- Kemudian, bilaskan dengan air bersih
#6 Cara Melebatkan Rambut Dengan Santan

Tahukah anda santan merupakan bahan tambahan di dalam beberapa jenis syampu dan condisioner di pasaran. Jangan tak sangka, kita pun boleh DIY masker santan sendiri di rumah tau.
Caranya ialah dengan;
- Panaskan santan di dalam periuk hingga menjadi sedikit hangat
- Letakkan di kulit kepala dan urut untuk kira-kira 15 minit
- Tutup rambut dengan tuala atau shower cap dan tunggu sehingga 45 minit
- Kemudian bilaskan dan bersihkan rambut dengan syampu
Untuk kesan yang lebih ketara, Mama lakukan secara rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali.
#7 Campuran Santan + Aloe Vera
Kalau nak lagi ‘power’, Mama gabungkan santan dan aloe vera sekali gus. Caranya begini;
- Campurkan aloe vera dengan santan. Sukatannya pula tak perlu tepat pun, hanya ‘agak-agak’ ikut rasa Mama sahaja
- Lumurkan di keseluruh rambut termasuk kulit kepala sekali tau.
- Waktu mengaplikasikannya ialah sebelum atau selepas syampu rambut. Biarkan selama 20 minit dan bilaskan dengan air bersih.
#8 Minyak Kelapa Dara

Khasiat minyak kelapa dara untuk rambut ialah melembabkan kulit kepala dari akar, melindungi protein dan melindungi rambut dari cuaca persekitaran.
Mama kena lakukan secara konsisten agar rambut cepat lebat. Pertama, tuangkan sedikit minyak kelapa dara ke tapak tangan.
Seterusnya, pastikan mintak kelapa dara meliputi semua bahagian rambut Mama termasuklah kulit kepala. Tujuannya supaya akar rambut mempercepat proses melebatkan rambut Mama.
Langkah ketiga pula ada dua pilihan. Mama boleh pilih samada nak biarkan sahaja rambut dengan minyak kelapa dara atau bilas rambut dengan air bersih.
#9 Cara Melebatkan Rambut Dengan Minyak Zaitun

Disebabkan kandungannya kaya dengan Omega 3 maka ia memberikan kelebihan melebatkan rambut dan merawat masalah kelemumur.
Ikuti langkah rawatan ini untuk agar rambut Mama lebih tebal.
- Panaskan minyak zantun hingga 36
- Seperti biasa, urutkan rambut Mama dengan lembut
- Kemudian tunggu 30 hingga 45 minit
- Bilas dengan syampu atau biarkan semalaman
#10 Gadget – Suhu Rendah
Ketika menggunakan alat rias rambut, gunakan suhu yang paling rendah. Haba panas melemahkan dan merosakkan helaian rambut.
Satu lago tips dari Mama Siti, ketika mengeringkan rambut perahkan sahaja air berlebihan yang ada di rambut. Kemudian, balutkan dengan tuala kering.
Walaupun ia mengambil lebih banyak masa, tetapi cara sangat baik demi melebatkan rambut Mama.
#11 Cara Melebatkan Rambut Dengan Biotin

Salah satu dari kumpulan vitamin B kompleks. Biotin menukarkan makanan kepada tenaga serta menggalakkan pertumbuhan rambut.
Setiap hari, manusia memerlukan 30-100 mcg biotin supaya metabolisme berada dalam keadaan optimum. Oleh itu, kita perlu memperbanyakkan sumber biotin seperti kuning telur, pisang, kobis bunga, cendawan dan kekacang.
Kacang dengan sumber biotin
- Kacang soya
- Kacang tanah
- Kacang badam
- Kacang walnut
#12 Daun Bunga Raya

Seterusnya, cara untuk kita melebatkan rambut ialah dengan memanfaatkan daun dan bunga raya. Buat Mama yang ada menanam daun bunga raya jangan sia-siakan cara yang satu ini ya.
Cara-caranya ialah;
- Tumbuk daun dan bunga raya hingga mengeluarkan lendir
- Campurkan lendir dengan satu biji telur ayam dan satu sudu madu
- Gaul rata hingga menjadi pes
- Oleskan di rambut dan balut dengan tuala
- Tunggu selama 10 minit kemudian bilas dengan air bersih.
#13 Asid Lemak Omega 3
Amalkan makan makanan bersumberkan ikan dan kacang. Contohnya, ikan salmon, sardin, ikan kembung, flax seed dan walnut.
Banyakkan makan ikan sama ada dijadikan lauk atau sebagai makanan tambahan atau suplemen dalam bentuk pil.
#14 Minoxidil
Minoxidil ialah bahan kimia untuk mengurangkan keguguran rambut. Apabila rambut semakin kuat, rambut pun jadi semakin lebat kan.
Bahan ini diaplikasi dengan mengoleskannya pada keseluruhan rambut termasuk kulit kepala.
Namun begitu, minoxidil ada kesan sampingan kepada orang tertentu terutamanya yang mempunyai alahan.
#15 Pengurusan Tekanan

Pertumbuhan folikel rambut dipengaruhi oleh keadaan emosi seseorang. Stres berupaya mengakibatkan keguguran rambut sekaligus menipiskan rambut.
Justeru, Mama boleh amalkan meditasi, latihan pernafasan, bersenam dan tidur yang secukupnya.

Sekarang, kita dah tahu 15 cara nak lebatkan rambut. Bila rambut tebal barulah seronok nak gayakan dengan macam-macam styling kan.
Nak rambut lebat dan tebal, kita perlu jaga pemakanan, perhatian cara cucian dan pengeringan rambut. Kalau ada cara yang tak sesuai, Mama boleh cuba cara yang lain kan.
Paling penting, Mama kena sabar sepanjang merawat rambut. Jangan lupa untuk lakukan secara rutin ya untuk kesan yang efektif.
Ikuti pelbagai tips penjagaan muka dan petua kecantikan yang lain khas untuk Mama DI SINI.