Asalnya resepi sotong bakar sumbat ini menggunakan isi udang. Tetapi dengan kebijaksaan Chefharez Bin Baharudin, beliau mengolah isi sotong tersebut dengan bahan lain.
Walaupun menggunakan bahan yang berbeza dari resepi asal, menurutnya, rasa sotong bakar ala thai ini pun tak kurang enaknya. Atas sebab itulah, Mama Siti beriya-iya nak kongsi dengan Mama resepi sotong bakar thai ini.
Manakala untuk sos thai nya pula, Mama Siti berkenan sungguh dengan resepi dari Puan Lia Dahlia menerusi perkongsiannya di laman Facebook beliau. Bagi Mama Siti, cara pembuatan sos thai pedasnya sangat ringkas dan praktikal.
Apa tunggu lagi, mari kita sediakan bahan dan masak resepi sotong bakar sumbat dengan sos pedas thai ini.
Resepi Sotong Bakar Thai
Resepi oleh: Chefharez Bin Baharudin & Lia Dahlia
Bahan-Bahan Utama
- Sotong Bersaiz Besar
Bahan-Bahan
- Tauhu Lembut
- Telur
- Bawang Holland
- Bawang Putih
- Daun Sup atau Ketumbar
- Kiub Pati Ikan Bilis
Bahan-Bahan Sos Thai (Pedas)- Ditumbuk
- Bawang Putih
- Cili Padi
- Akar Ketumbar
- Gula Melaka
Bahan-Bahan Sos Thai (Pedas)
- Sos Ikan
- Limau Kasturi
- Daun Ketumbar
- Bawang Merah Kecil
- Air Suam
- Garam (Ikut Kesesuaian)
Cara-Cara Buat Sotong Bakar
- Cuci bersih sotong yang dibeli. Kalau ada telurnya, jangan dibuang pula ya.
2. Gaulkan sebati kesemua bahan-bahan yang disediakan sebelum ini.
3. Masukkan adunan bahan-bahan di atas ke dalam sotong dan kemaskan dengan lidi.
4. Tujuannya supaya isi dalam sotong tadi tak terkeluar semasa dibakar.
5. Sekarang kita akan bakar sotong di atas pan sehingga agak garing.
6. Akhir sekali, sotong kita dah boleh dihidangkan tapi sebelum itu jangan lupa sediakan juga sos Thai nya ya.
Cara-Cara Buat Sos Thai Pedas
- Sediakan bahan-bahan yang perlu ditumbuk.
2. Kemudian, campurkan air limau kasturi, sos ikan, bawang merah dan akar ketumbar ke dalam mangkuk.
3. Tambahkan garam jika perlu.
4. Tuangkan sos thai pedas di atas sotong bakar dan hidangkan.
Tips Memasak Resepi Sotong Bakar Thai
- Pilih sotong yang bersaiz besar kerana sotong akan mengecut apabila dibakar.
- Bagi penyediaan sos Thai, Mama boleh dapatkan di kedai atau buat sendiri. Terpulang mengikut citarasa masing-masing.
Ha, macam mana Mama? Rasa-rasa menjadi tak kalau cuba resipi ini?
Tapi kalau Mama masih belum berani nak cuba menu kita kali ini, apa kata Mama masak resepi sotong paprik ala thai ni. Alang-alang nak cuba resipi Thailand ni kan.
Apa-apa pun, Mama Siti doakan bagi Mama yang baru-baru nak belajar masak resipi sotong bakar ala thai ini agar tidak berputus asa. Tak apa lah kalau belum berjaya, lain kali cuba lagi, okay.
Mama juga boleh cuba pelbagai resepi lain dengan klik SINI!