Mama Siti percaya, apabila Mama sudah mula menyusukan si manja, Mama sangat perlukan breast pump yang memudahkan kerja Mama. Untuk pengetahuan Mama, terdapat Pelepasan Cukai bagi peralatan penyusuan, termasuk breast pump tau!
Dalam Bajet Malaysia 2017, ia memberi peluang kepada ibu-ibu yang membayar cukai untuk mendapat perlepasan cukai sehingga RM 1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan. Ini termasuk breast pump manual atau breast pump elektrik, bekas penyejuk, bekas pengumpulan dan barangan penyimpanan susu. Bagus bukan?
Mujurlah ada pelepasan cukai, Mama dapatlah beli breast pump yang berpatutan dan yang penting, berkualiti! Buat ibu baru, tidak dinafikan bahawa harga pam susu yang berkualiti tinggi boleh mencapai sehingga ribuan ringgit. Tetapi Mama Siti ada rahsia tau! Ada juga pam susu yang juga sama bagus tapi dijual pada harga yang jauh lebih murah.
Kalau Mama nak tahu dengan lebih lanjut, jom tengok senarai ini!
Top 3 Breast Pump Elektronik Untuk Mama
1. MEDELA Swing Single Breast Pump
Kalau Mama nak tahu, Medela Swing Single Breast Pump ini dianugerahkan sebagai antara pam susu elektrik terbaik yang berada di pasaran. Bukan sahaja untuk Mama yang suri rumah, tetapi Mama yang bekerja pun sangat sesuai untuk digunakan. Ia dapat menjimatkan masa Mama yang sentiasa sibuk dengan hal-hal rumah dan juga yang bekerja.
Pam susu ini offer keselesaan dan mengurangkan waktu pengepaman. Bukan itu sahaja, ia mudah dan selamat digunakan untuk semua mak-mak kerana ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
2. TOMMEE TIPPEE Closer to Nature Breast Pump
Untuk Mama yang mempunya kulit sensitif kerana menggunakan pam susu yang tidak sesuai dengan kulit Mama, jangan risau! Jom cuba breast pump daripada Tommee Tippee ni!
Kenapa jenama ini istimewa? Kerana ia direka menyerupai cara penyusuan bayi Mama tau! Dengan ini ia dapat membantu menambahkan kuantiti susu yang dipam. Pam ini menggunakan cawan silikon dan mempunyai empat level yang boleh diubah mengikut keselesaan Mama semasa mengepam susu.
3. Spectra S1 Plus Hospital Grade Double Electric Breast Pump
Memang tidak dinafikan, memang Mama akan rasa tidak selesa malah malu menggunakan pam elektrik sebab bunyinya yang dihasilkan ia mungkin akan menganggu orang di sekeliling. Spectra S1 ini dapat solve all your problems Mama!
Bunyi pun tak bising dan pam susu ini juga selamat digunakan. Mama risau susu akan back flow? Ia direka dengan perlindungan mengelakkan back flow tau!
Yang lebih menarik, ia memiliki double breast pump! Mama boleh guna satu ataupun dua, ikut suka Mama. Lebih banyak susu Mama, lebih kenyang la si manja.
Jom Buat Pilihan Yang Bijak!
Ini adalah antara the best of the best untuk Mama, disyorkan oleh Mama Siti! Memang terdapat pelbagai jenis breast pump untuk Mama, harap-harap senarai ini dapat membantu Mama buat pilihan yang betul dan bijak. Jika Mama perlukan lebih banyak lagi info dan maklumat tentang breast pump terbaik, boleh klik di sini!