Berita baik untuk Mama dan sekeluarga! Kerajaan memperkenalkan skim Iltizam Anak Selangor 2022 bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang.
Pada tahun 2022, kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim Iltizam Anak Selangor untuk 30,000 orang anak-anak yang baru lahir. Iltizam Selangor Sihat (ISS) diperkenalkan yang merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini telah ditambahbaik.
Bagi permohonan yang berjaya, akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh lima tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022. Wow!
Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas. Dengan itu, anak Mama ada wang simpanan!
Kriteria-Kriteria Untuk Memohon
Mestilah ada syarat-syarat Mama! Tapi senang sahaja, jika ibu bapa dan anak memiliki kriteria ini, bolehlah Mama memohon! Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya:
Kriteria Untuk Anak
- Anak kelahiran bermula tahun 2022
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor
- Sedang menetap di Selangor
Kriteria Untuk Ibu Bapa/Penjaga
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Sedang menetap di Selangor
- Pengundi berdaftar di Selangor
Sampai bila permohonan ini akan buka?
Untuk pengetahuan Mama, permohonan program ini dibuka bermula 1 Ogos 2022 dan penutupan permohonan akan ditutup apabila program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor. So tunggu apa lagi Mama? Jom mohon sekarang!
Satu lagi, Mama boleh memohon secara online sahaja tau! Senang saja, boleh klik di link ini untuk memohon.
Untuk permohonan secara manual, Mama boleh dapatkan borang permohonan di pejabat DUN yang terdekat dengan rumah anda.
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa ingin memohon:
- Salinan sijil kelahiran anak.
- Salinan Mykad ibu/bapa/penjaga.
- Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR.
- Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan).
- Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu/bapa/angkat).
Untuk rujukan lanjut, Mama boleh layari laman webnya di SINI.
Haa, tunggu apa lagi Mama, hanya 30,000 pemohon sahaja, siapa cepat dia dapat! Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga.