Pernah tak dalam fikiran Mama wujud persoalan apakah perbezaan dan tanda mengandung anak perempuan dengan lelaki? Sudah tentu apabila sudah disahkan hamil, Mama pasti tak sabar nak tahu anak lelaki ke atau anak perempuan yang Mama kandungkan.
Kalau ikut perubatan moden, jantina anak hanya boleh diketahui semasa pemeriksaan anatomi, iaitu melalui ultrasound scan. Itu pun pada minggu ke-20. Perlu menunggu untuk jangka masa yang sangat lama kalau nak tahu pun, sedangkan hati memang sudah tak sabar lagi. Tambah-tambah kalau ini adalah kehamilan yang pertama.
Oleh itu, melalui artikel ini jom kita kenali tanda-tanda Mama sedang mengandungkan anak perempuan melalui petua-petua orang terdahulu.
15 Tanda Mengandung Anak Perempuan Ikut Petua Orang Lama
Berikut beberapa ciri yang boleh menentukan sama ada Mama sedang mengandungkan anak perempuan iaitu:
1. Bentuk Perut Ketika Mengandung
Lihah bentuk perut ketika hamil adakah ianya lebih menonjol ke hadapan atau pun berbentuk lebar ke tepi. Jika Mama sedang mengandungkan anak perempuan, perut akan melebar ke tepi.
2. Degup Jantung Lebih Laju
Ciri-ciri yang kedua pula adalah degupan jantung Mama lebih cepat iaitu di antara 140 hingga 160 detik per minit.
3. Morning Sickness Yang Teruk
Selain itu, Mama juga mengalami morning sickness yang teruk terutamanya ketika di awal kehamilan. Ianya adalah disebabkan oleh kadar estrogen Mama ketika hamil anak perempuan sangat tinggi dan mengakibatkan rasa mual yang teruk.
4. Perubahan Mood Yang Ketara
Ciri-ciri yang seterusnya pula adalah, Mama sangat mudah terasa hati, cepat marah, suka menangis tanpa sebab, dan kadang-kadang cepat tersentuh hati.
5. Bentuk Payudara
Tanda lain pula adalah bentuk payudara. Jika payudara lebih besar di bahagian kiri berbanding dengan sebelah kanan, Mama sebenarnya sedang mengandungkan anak perempuan.
6. Rambut Kusut
Jika sedang mengandungkan anak perempuan, rambut akan kelihatan kusut dan kusam.
7. Warna Air Kencing
Perubahan warna air kencing juga boleh menunjukkan tanda hamil anak perempuan. Jika air kencing berwarna kuning kusam ianya menunjukkan Mama sedang mengandungkan anak perempuan.
8. Kulit Berminyak dan Berjerawat
Kulit menjadi tidak cantik, kusam, berjerawat dan berminyak juga menjadi salah satu tanda hamil anak perempuan.
9. Mengidam Makanan Manis
Selain itu, mengidam makanan dan minuman yang manis-manis juga menjadi salah satu ciri-ciri hamil anak perempuan.
10. Garis Hitam di Perut
Tanda hamil anak perempuan yang seterusnya pula adalah dengan munculnya garis gelap atau linea nigra pada permukaan perut. Ramai percaya jika Mama mempunyai garisan putus di bawah pusat, ianya tanda sedang mengandungkan anak perempuan.
11. Bau Badan Tetap Sama
Untuk mengetahui sama ada bau badan masih sama atau tidak, Mama boleh makan bawang putih, jika bau badan masih tidak berubah itu tandanya sedang hamil anak perempuan.
12. Posisi Tidur
Ciri-ciri yang ke-12 pula adalah dengan melihat posisi tidur. Jika Mama selalu tidur di sisi kanan, ianya salah satu ciri hamil anak perempuan.
13. Bentuk Hidung
Ketika hamil anak perempuan, ukuran dan juga bentuk hidung Mama tidak akan mengalami perubahan atau membesar.
14. Mudah Lupa
Selain itu, Mama juga akan mudah lupa sesuatu. Tambah-tambah ketika menyimpan sesuatu barang.
15. Suka Berdandan
Paling ketara adalah, sangat suka berhias diri dan pakai pakaian yang cantik-cantik.
16. Cramp Perut Awal Kehamilan
Perut Mama kejang di awal kehamilan dan semakin kerap terjadi sehingga dua minggu setelah menstruasi yang terakhir.
17. Cepat Penat
Apabila melakukan sebarang aktiviti terutamanya mengemas rumah dan sebagainya, Mama akan cepat penat secara berlebihan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Bagi Mama yang masih mencari nama yang sesuai untuk bayi perempuan, bolehlah klik di SINI!