Habbatussauda ialah tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Namun kini, tumbuhan yang juga dikenali sebagai jintan hitam ini sudah boleh diperolehi di Eropah, Afrika dan Myanmar.
Kegunaan habbatussauda bermula sejak dari dahulu lagi. Beratus-ratus tahun sebelum ini, habbatussauda menjadi salah satu herba tradisional terkenal untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Dahulu kala, habbatussauda digunakan untuk merawat diabetes, kanser serta mengurangkan berat badan. Kajian lebih terperinci hari ini mendapati habbatussauda mempunyai sekurang-kurangnya 12 khasiat untuk lelaki dan perempuan.
Mama Siti harap Mama baca artikel ini sampai habis okay. Sebabnya banyak lagi khasiat habbatussauda yang Mama Siti nak kongsikan dengan Mama semua. Semestinya sangat membantu Mama, Ayah dan anak-anak.
12 Khasiat Habbatussauda
1. Penyakit Asma
Cara alternatif rawatan penyakit asma ialah dengan mengamalkan habbatussauda. Terpulang kepada Mama tentang cara pengambilannya.
Mama boleh makan biji habbatussauda, minyak ataupun jenis kapsul. Paling penting jangan abaikan ubat yang telah ditetapkan doktor ya.
2. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Mineral yang ada dalam tumbuhan ini mampu mengawal tekanan darah dalam badan. Kandungan kalsium dan kalium dalam habbatussauda bertindak sebagai komponen anti-hypertensi.
Maksudnya, makanan tambahan ini dapat merendahkan, mengawal tekanan darah dan mengawal pergerakkan otot.
3. Penyakit Diabetes
Dalam satu artikel oleh Journal of Endocrinology and Metabolism, minyak habbatussauda membantu membina semula sel-sel dalam kelenjar pankreas.
Hasilnya, insulin dirembeskan secara semulajadi dan sekaligus dapat mengawal paras gula dalam badan.
4. Kulit Lebih Cantik
Kali ini cara penggunaannya habbatussauda bukan sebagai makanan tetapi sebagai air rendaman. Ada juga rupanya khasiat untuk kita kaum mak-mak ni.
Orang yang mengamalkan tumbuhan ini memiliki kulit yang sihat dan kurang jerawat. Selain itu, habbatussauda juga boleh mempercepatkan penyembuhan kulit.
5. Badan Langsing
Impian setiap wanita nak kan bentuk badan yang langsing. Lebih-lebih lagi lepas melahirkan anak, kan Mama.
Kita tak nak lah kurus dengan cara ekspress dengan tips yang bukan-bukan kan. Jadi, apa kata Mama amalkan habbatussauda sehari sekali kerana ia dapat mengurangkan selera makan. Macam orang dulu-dulu kata ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’.
6. Agen Antioksidan
Tumbuhan ini melawan radikal bebas dari persekitaran dan bahan kimia. Bahasa mudahnya, kulit anda tidak mudah rosak walaupun terdedah di bawah cahaya matahari.
Ya lah kan, mungkin Mama antara yang perlu bekerja di lapangan seperti kawasan pembangunan. Jika Mama mengamalkan habbatussauda selalu, insya allah kulit Mama kekal sihat.
7. Anti Kanser
Kita pun tahu, kanser tidak ada ubat lagi setakat ini. Apa yang diusahakan oleh pihak hospital ialah agar kanser tidak merebak ke bahagian lain.
Justeru, sebelum sel kanser membentuk dalam badan lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga sebab habbatussauda ada thymoquinone (TQ) yang dapat mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.
8. Untuk Kesuburan Lelaki
Khas untuk lelaki di luar sana, menurut kajian, habbatussauda ialah kaedah terbaik untuk mengatasi masalah sperma tidak normal.
Antioksidan dalam habbatussauda menangani masalah tersebut dan membantu lelaki di luar sana mendapatkan zuriat.
9. Penghadaman dan Kesihatan Perut
Walaupun penemuan saintifiknya masih awal, tapi apa salahnya kan kalau kita makan makanan yang baik. Habbatussauda dikatakan boleh membantu masalah gastrik dan ketidakselesaan perut.
10. Menyihatkan Kardiovaskular
Thymoquinone (TQ) dalam tumbuhan ini boleh menurunkan kolesterol, menstabilkan tekanan sistolik dan diastolik. Hasilnya, jantung Mama menjadi lebih sihat dengan kadar dengupan yang normal.
11. Melembutkan Rambut
Ini merupkana khasiat habbatussauda dari segi minyaknya. Ekstrak minyak habbatussauda yang dioleskan di rambut memberikan kesan rambut yang lebih lembut, bagai membuat rawatan di salon rambut!
12. Membunuh Bakteria
Selain itu, jintan hitam ini juga bertindak sebagai antibakteria dan dapat mengubati tubuh badan. Sekiranya kita tak sihat atau dijangkiti penyakit-penyakit ringan, khasiat daripada habbatussauda ini dapat menghalang daripada penyakit tersebut menjadi lebih teruk.
Sebab itu disarankan untuk kita mengamalkan sumber makanan tambahan yang terbaik ini setiap hari, sama ada untuk diri sendiri, suami, mahupun anak-anak sejak usia muda lagi.
Habatus sauda terbukti masih lagi relevan hingga ke hari ini. Malahan penggunaannya semakin meluas di pelbagai aspek.
Bukan sahaja menyelesaikan masalah kesihatan walhal masalah kecantikan pun boleh di atasi. Jintan hitam rupanya memang boleh diambil oleh lelaki dan perempuan. Semoga dengan mengamalkan tumbuhan ini, kita mendapat manfaat daripanyanya.
Tapi jangan lupa dapatkan nasihat doktor juga ya. Sebab badan kita ada tindak balas yang berbeza, doktor akan bantu kita sama ada sesuatu makanan itu baik atau tidak untuk tubuh badan kita.