Yang pertama sentiasa berbekas di jiwa, apatah lagi yang pertama itu dikurniakan Ilahi selepas episod ujian demi ujian. Antara kita semua di sini yang melalui sendiri pengalaman pertama kali disahkan hamil, mungkin Allah hadirkan penerimaan dengan seribu rasa berbeza, kan Ibu?
Lumrah pasangan baru berkahwin, teringin hati As ni melengkapkan kasih sayang dan kebahagiaan dengan berita denyut jantung si kecil di alam rahim. Namun kadangkala pelangi tidak datang begitu mudah, hujan ribut dan badai yang melanda buatkan kita lebih menghargai hadiah kurniaan Ilahi yang begitu istimewa ini.
Penantian demi penantian
Membuat ujian kehamilan bulan demi bulan namun dihadiahkan Allah dengan penangguhan demi penangguhan, meninggalkan satu bekas rasa ibarat sakitnya putus cinta. Apa saja yang tak kita lalui, antaranya pembedahan rahim serta pelbagai prosedur demi prosedur dengan harapan hadirnya keajaiban dari Ilahi.
Akhirnya ia mendidik diri As faham tentang pemberian Tuhan ni ibarat anak panah, yang hanya datang at the right specific time khas untuk kita. Allah beri setakat kita mampu dan perlu pada waktu itu. Semua atas rahmat kasih-sayangNya ke atas kita hamba yang lemah ini.
After a while, kita telah ada sedikit kewangan, suami bertanya adakah mahu meneruskan prosedur IVF atau duit tu kita berdua gunakan untuk pergi menunaikan umrah? Siapa sangka pada saat itu soalan tersebut telah menjadi sangat sukar untuk dijawab.
Hati As berbelah bahagi sekali. Ilham Allah untuk gerakkan hati ini memilih umrah ke Haramain mencari diri serta membina ketenangan hanya dengan berserah sepenuh hati kepadaNya. Let go and let God.
Akhirnya double line!
Ketika itulah Allah bukakan banyak jalan kebaikan di atas ujian ini. As mula mengenali saranan menjaga kesihatan secara menyeluruh, dan kita bermula pada bulan Ramadhan. Bulan khas untuk reset kesihatan.
As dan suami ubah pemakanan dan gaya hidup, cuba memulihkan emosi dan belajar lebih mengenaliNya. Masya Allah pada bulan Syawal selepasnya kami dihadiahkan Allah double line yang dinantikan sekian lama! Allahuakbar.
Hadiah kehamilan secara natural tanpa perlukan sebarang ubatan mahupun prosedur perubatan yang telah kami jalani dan gagal sebelum ini. Bila Allah berkehendak, ia mudah saja bagiNya.
Ketika berita manis itu hari kami berdua puasa sunat Syawal, dan suami pulang daripada jemaah Subuh di masjid. I won’t forget the look in his eyes apabila mendengarkan berita confirm hamil ini. Masya Allah ia saat yang sangat indah, tak percaya dan tak terkata lagi.
Rezeki kehamilan telah ditakdirkan Allah
Setelah berterusan melihat episod kesedihan patah hati sang isteri dalam menantikan zuriat, itulah sebenarnya yang lebih melukakan hati beliau. Banyak kali suami sebut, mungkin Allah takdirkan kita hidup berdua kerana Allah tahu kemampuan kita. Teruji dapat pahala, terima nikmat pun berpahala. Asalkan dalam keduanya kita bersyukur padaNya.
As doakan Allah hadiahkan rezeki zuriat buat ibu-ibu yang telah sekian lama sabar menanti. Nice to meet you all. Remember, kita sama sama struggle dalam kehidupan seharian kita, tiada siapa lebih hebat daripada sesiapa.
Setiap kita terima ujian sesuai atas kemampuan kita. Jumpa lagi dalam perkongsian Diari Hati Ibu yang seterusnya, ramai yang menitiskan air mata dengan berita ini! Masya Allah. See you.
Love, As.