Siapa dekat sini suka makan ikan bakar? Menu ikan bakar lebih enak kalau dicecah dengan air asam kan.
Sekali-sekala nak juga belajar buat sendiri macam dekat restoran. Mana tahu rasanya seakan sama, boleh cuba lagi lepas ni.
Mama Siti tak nak buang masa, jom kita sama-sama buat air asam ikan bakar yang simple hanya dengan bahan masakan yang ada di dapur Mama.
Cara buat air asam sebenarnya sangat mudah. Mama ada pilihan sama ada nak kisar atau nak potongkan saja. Ikut citarasa Mama dan keluarga ya.
Ayuh kita mulakan!
Resepi Air Asam Ikan Bakar
Resepi oleh: Afy AL Habibi
Bahan-bahan
Bahan-Bahan Kisaran
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Belacan (pilihan)
- Cili
- Limau Kasturi
- Air Asam Jawa
- Gula
- Garam
Bahan-Bahan Hirisan
- Bawang Merah
- Bawang Besar
- Cili
- Limau Kasturi
- Tomato
Cara Memasak
- Bakar bawang merah, bawang putih dan belacan hingga sedikit keperangan.
2. Seterusnya, kisarkan bahan yang dibakar dan bahan-bahan lain sekaligus.
3. Tambahkan bersama garam dan gula dalam pengisar hingga kesemua bahan sediti lumat.
4. Selepas itu, tuangkan bahan kisaran ke dalam mangkuk dan masukkan bahan hirisan.
5. Gaul rata dan air asam Mama sudah sedia untuk dihidangkan.
Tips
- Selain menggunakan pengisar, hiriskan saja kesemua bahan tadi dan kemudian baru tambahkan jus dari asam kasturi dan air asam jawa.
- Pelbagaikan cili dalam air asam seperti cili padi merah dan hijau untuk menyerlahkan warna dan rasa yang lebih pedas.
Akhirnya, air asam ikan bakar kita sudah sedia untuk di makan bersama ikan bakar. Mama Siti memang suka air asam ni. Kadang-kadang kalau tak sempat nak bakar, Mama Siti makan dengan ikan goreng.
Sedap juga tu kan. Apa-apa pun kalau percubaan kali pertama Mama kurang memuaskan, boleh cuba lagi lepas ni sampai pandai ya. Ayuh cuba resepi ikan cencaru sumbat sambal pula!
Selamat mencuba resepi air asam ikan bakar yang simple dan enak ini.