Ubah suai bilik ini adalah aktiviti yang sangat menarik untuk dilakukan bersama si kecil Mama. Apabila kita ubah suai bilik mereka, mereka mesti akan rasa lebih gembira dan selesa dengan persekitaran mereka.
Jom kita lihat deko-deko yang must-have ini!
5 Barangan Menarik Untuk Brighten Up Bilik Si Kecil
1. Bean Bag
Asyik baring atas katil je, apa kata Mama hadiahkan anak-anak Mama dengan ‘bean bag’ ini! Jika mereka suka membaca pun, sangat sesuai. Mama boleh beli mengikut warna yang serasi dengan dekorasi bilik mereka. Confirm lepas ni bilik mereka selesa dan yang penting cantik!
2. Lampu Tidur Galaksi
Teringin nak stargazing ataupun nak ‘feeling-feeling’ stargazing di dalam bilik? Jom beli lampu bintang ini! Masa tidur adalah masa yang penting untuk anak-anak kita. Tidur yang cukup bermakna anak yang segar bugar di waktu pagi! Oleh itu, dengan kegunaaan lampu bintang ini, pasti anak-anak lebih nantikan waktu tidur mereka.
3. Jam Tidur Digital
Jika anak Mama mempunyai meja sisi katil, boleh la hias dengan jam digital ini. Jam digital ini mempunyai macam-macam rupa seperti beruang, arnab, harimau pun ada tau! Mama boleh lihat jenis jam digital ini dihujung jari sahaja! Pilih yang sesuai dengan tema bilik tidur mereka tau! Barulah naik seri.
4. Karpet
Mesti rasa tak lengkap jika bilik tidur tidak ada karpet kan? Untuk nampak lebih selesa, cuba cari karpet yang sesuai dan menarik untuk bilik si kecil tersayang! Warna memainkan peranan kerana ia akan tentukan bilik nampak sempit ataupun luas. Pilih warna-warna yang neutral, barulah mereka selesa dengan ruang tidur mereka!
5. Meja Belajar
Bagi Mama Siti, bilik tidur anak-anak harus dilengkapi dengan meja belajar. Meja belajar dapat motivasikan mereka untuk belajar dan membuat kerja sekolah. Sebagai ibu bapa, kita wajib menyediakan tempat belajar yang selesa untuk anak-anak, supaya lebih mudah untuk mereka fokus.
Dengan dekorasi baru ini, mesti anak Mama sengih sampai ke telinga! Pastikan Mama survey dahulu harga-harga barangan ini sebelum membuat pembelian dan jangan lupa untuk dapatkan diskaun! Barulah dinamakan pengguna bijak bukan?