Menurut satu kajian yang dilakukan di Bangladesh, perkahwinan seangkatan ialah sejenis penyatuan antara keluarga, dan ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua individu yang mempunyai pertalian darah seperti sepupu kedua atau lebih rapat.
Tidak dinafikan terdapat beberapa kebimbangan menyelubungi isu ini kerana perkahwinan antara saudara terdekat berpotensi menimbulkan risiko dan memudaratkan kesihatan zuriat yang akan datang.
Mengapa Ada Yang Kahwin Dengan Saudara Dekat?
Sudah tentu, terdapat beberapa sebab kenapa orang ramai berkahwin dengan saudara sendiri. Antara faktor yang terlibat adalah:
- menyambung keturunan
- ekonomi keluarga
Kesan-Kesan Terhadap Kesihatan
Sekiranya ada di antara ahli keluarga Mama sedang merancang atau terfikirkan untuk melangsungkan perkahwinan ahli keluarga dengan saudara terdekat, pastikan mereka tahu dengan kesan-kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:
- Sistem imun lemah
- Kecacatan pada janin
- Gangguan mood
- Lelangit sumbing
- Peningkatan kes mandul
Kesan-kesan di atas adalah sangat bahaya untuk kesihatan anak-anak yang bakal dilahirkan nanti. Mama Siti tidak menafikan, perkahwinan saudara terdekat atau sepupu memang berisiko tinggi untuk menyebabkan kecacatan pada janin kita.
Malah, si ibu juga berkemungkinan tinggi akan jatuh sakit akibat daripada perkahwinan yang sama itu. Sistem imun mereka juga kan menjadi lemah, dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Tambahan pula, risiko kemandulan juga perlu dipertimbangan kerana kadarnya akan menjadi lebih tinggi apabila kita berkahwin sesama saudara.
Jika ada yang masih ragu-ragu mengenai perkahwinan sepupu atau saudara terdekat ini, ikuti penjelasan Dr Khairul Hafidz yang sering kongsikan tentang, keibubapaan, kesihatan dan hal-hal rumah tangga kepada pengikutnya.
Perkahwinan Antara Sepupu, Apa Hukumnya?
Perkahwinan antara lelaki/perempuan dengan anak saudara adalah dilarang dalam Islam. Akan tetapi dalam Islam, perkahwinan antara sepupu dibenarkan.
Walau bagaimanapun, dalam perubatan, kami tidak menggalakkan perkahwinan dengan saudara terdekat (consanguineous marriage).
Mengapa kami tak galakkan? Kerana perkahwinan antara saudara terdekat berisiko untuk mendapat penyakit genetik (genetic diseases).
Dalam kajian disebut frekuensi penyakit genetik yang akan didapatkan oleh anak hasil perkahwinan antara saudara terdekat adalah 2x ganda dari perkahwinan yang tiada pertalian saudara.
(Merten, 2019: Hamamy, 2012)
Apa Solusinya?
Jadi, adalah sangat digalakkan untuk berkahwin dengan mereka yang tiada pertalian saudara. Kalau kahwin dengan anak jiran sebelah rumah, tak apa. Nak beraya nanti pun tak pening kepala.
Banyak info Dr Khairul kongsikan pada kita kali ini! Semoga bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga. Lebih banyak pengetahuan kita tentang ini, lebih banyak awareness pada orang nanti!
Pesan Mama Siti:
Dalam Islam memang hukumnya harus, tetapi kalau boleh elakkan supaya anak-anak tidak menanggung akibatnya pada hari kelak. Ingat Mama, apa yang jadi akan ada kesannya. Dengan itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati!