Makanan yang diberikan kepada bayi mengikut usia mereka adalah sangat penting. Selain menambah nutrisi dalam badan mereka, ianya juga dapat memberi faedah kepada kemahiran pertuturan anak dan membantu mereka bercakap.
Ada sebab kenapa bayi sejak dari lahir tidak terus diberi makan seperti kita yang sudah dewasa. Malah, bayi kecil kita hanya diberi makan seperti puri, hanya ketika dia berumur 6 bulan. Makanan pelengkap yang diberikan kepada bayi dapat membantu menambah keperluan nutrien pada tubuh kecil mereka.
Tak percaya? Cuba tengok apa yang dikongsikan Pakar Diet, Puan Fizah Sobri, ini:
Harus Tukar Tekstur Makanan
Puan Fizah menasihatkan Mama tukar tekstur makanan mengikut usia si manja. Kenapa? Apa pula kaitan tekstur dengan skil anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
Dalam keadaan puri, bayi hanya:
- Merasa makanan dan telan.
- Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan.
- Transition dari susu ke makanan pelengkap.
- Jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup.
- Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu.
Dalam keadaan Lenyek:
Ketika makanan bayi berada dalam keadaan sudah dilenyek;
- Bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut.
- Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’.
- Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan.
- Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan.
- Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan.
Dari Lenyek ke Kisar pula;
- Kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan.
- Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah.
- Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan.
- Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan.
- Dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan.
Dari Potongan Kasar ke Potongan Kecil tapi Lembut
- Bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut.
- Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi.
- Kuantiti 5 – 7 sudu besar.
- Memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen.
Tambah Puan Fizah lagi, jangan risau kalau rumah bersepah atau banyak je makanan dekat lantai tu. Itu perkara biasa bila ada anak kecil. Nak kemas, senang je, nak bagi anak enjoy makan tu yang susah.
Tips dari Puan Fizah
Mama boleh ubah tekstur makanan si kecil secara perlahan, dan bukan secara mendadak. Ini untuk sesuaikan makanan yang baru tersebut dengan anak.
Contohnya:
- 1 kali makan lenyek + 2 kali puri
- 2 kali lenyek + 1 kali puri
- Dan yang terakhir ialah, 3 kali lenyek.
Tips-tips ini dikongsikan oleh Puan Fizah sendiri. Mungkin anak Mama lebih gemarkan cara yang lain, tapi ingat, untuk bayi di bawah umur satu tahun, jangan sesekali beri mereka makan makanan solid terus. Mulakan dengan puri dan makanan yang dipotong kecil dan bertekstur lembut.