Sedapnya sambal sotong! Kalau masak lauk ni, tak perlu sambal belacan ke apa dah. Dah cukup rasa semuanya. Menu berkuah tak ada pun okay je.
Gaul-gaul sambalnya dengan nasi panas, dengan daging sotong yang kenyal, memang menaikkan selera kan? Tambah pula semasa bulan puasa ni, lagi cepat je habis!
Jom cuba!
Resepi Sambal Sotong
Bahan-bahan
- 400 gram sotong bersih
- 5-6 sudu besar cili kisar
- 1 biji bawang besar dihiris kasar
- 2 sudu besar gula perang
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1-2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- Suku cawan santan pekat
- 1 senduk minyak masak
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris sehingga layu dan naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan sambung tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian, tambahkan gula dan biarkan ia caramelized, barulah kacau-kacau dan masukkan sotong.
4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau-kacau.
5. Bila dan agak pekat sambalnya, tuang santan dan kacau sebati.
6. Masak lagi sehingga sambal nampak dah pecah minyak elok, siap untuk dihidangkan!
Resepi oleh: Cookpad
Tips Masak Sambal Sotong
- Penggunaan gula perang berbanding gula putih dapat membuatkan sambal rasa lebih enak dan warnanya lebih cantik berkilat.
- Kalau Mama nak guna gula nisan kerek/gula melaka pun sesuai.
Campak-campak je, dah siap satu lauk untuk makan beramai-ramai. Selamat mencuba resepi sambal sotong ini Mama! Pasti ‘terangkat’!
Kalau nak masak menu ikan, apa kata Mama cuba ikan kembung bakar yang sedap dan sihat ni?