Mama Siti sangat gembira dan tak sabar apabila tibanya bulan Ramadan – lain viba bulan Ramadan ni. Memang sangat istimewa pada kita umat Islam, dan Mama Siti yakin untuk ramai umat Islam di luar sana juga.
Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Mama Siti nak kongsikan doa buka puasa yang lengkap dan beberapa amalan/tips yang boleh dilakukan semasa berbuka.
Doa Buka Puasa Secara Bersendirian
‘Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin’
“Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”
Doa Buka Puasa Ramai
‘Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin.’
“Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.”
Adab Semasa Berbuka Menurut Sunnah
- Banyakkan berdoa ketika menunggu waktu berbuka kerana ia merupakan salah satu waktu mustajab doa.
- Membaca doa sejurus azan Maghrib berkumandang.
- Menyegerakan berbuka puasa.
- Berbuka dengan buah kurma atau air kosong.
- Segerakan solat Maghrib.
- Berbuka puasa secara sederhana dan makanan yang berkhasiat.
- Menjamu makanan bagi orang yang berpuasa.
Perbezaan Iftar di Malaysia VS Luar Negara
Di Malaysia, jangka masa untuk kita berpuasa adalah lebih kurang 13 ke 14 jam. Untuk pengetahuan Mama, terdapat beberapa negara yang mempunyai tempoh puasa yang sangat lama; sehingga 20 jam lamanya! Contohnya seperti:
- Murmansk, Rusia (21 jam 41 minit)
- Lulea, Sweden (20 jam 20 minit)
- Reykjavik, Iceland (19jam 57 minit)
- Fairbanks, Alaska (19 jam 47 minit)
- Oslo, Norway (19 jam 6 minit)
Lama bukan tempoh masa berpuasa di negara-negara ini? Perkara ini berlaku kerana perbezaan garisan lintang dan bujur bagi setiap negara menyebabkan sesebuah negara itu mengalami tempoh berpuasa yang berlainan antara satu sama lain. Maksudnya, umat Islam yang tinggal di hemisfera utara akan berpuasa lebih lama berbanding mereka yang tinggal di negara yang berada hampir dengan garisan Kutub Selatan. Menarik bukan?
Apa-apa pun, syukur kita mampu untuk berpuasa sepanjang tempoh masa bagi negara kita. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan selamat berpuasa Mama Siti ucapkan!