Buat anda yang meminati seni bina dan estetika Melayu, tentunya design rumah kampung moden yang terkini mendapat perhatian dan tempat di hati anda.
Reka bentuknya kini merupakan antara pilihan popular buat mereka yang ingin bina rumah baru. Mana tak nya, moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan dan tradisional.
Ciri-Ciri Rumah Kampung Moden
Kalau tengok sekilas je, memang boleh nampak ciri-ciri reka bentuk rumah kampung moden ni. Rata-rata design nya, hampir sama. Cuma dibezakan dengan hiasan dan seni binanya sahaja.
Jom tengok, ciri-ciri rumah kampung moden ini:
1. Ada Tiang Rumah
Perasan tak, rumah kampung moden ini, reka bentuknya akan ada tiang? Ini memang wajib ya. Memang rumah kampung Melayu bukan dibina begitu je di atas tanah tetapi dibina dengan ruang di bawah dan bertingkat.
Jadi tianglah yang akan menyokong reka bentuk rumah kampung dan begitu juga dengan reka bentuk rumah kampung moden terkini.
2. Ada Tangga
Walaupun beberapa anak tangga je, akan ada juga tangga pada setiap rumah kampung moden. Yelah.. dah bertingkat dan bertiang. Mestilah perlu ada tangga kan?
Biasanya tangga ini akan menghadap ke arah main door.
3. Bumbung Berbentuk Segitiga
Dari segi reka bentuk bumbungnya pula, menurut Decco, ia menyerupai segitiga yang berasingan. Nampak macam bumbung rumah Melayu tradisional tetapi dengan bahan binaan yang berbeza.
4. Ada Beranda Di Luar
Di bahagian depan, tepi atau belakang rumah, pasti akan ada beranda di bahagian luar. Kalau orang Melayu dulu-dulu, di ruang beranda inilah mereka beristirehat selepas penat berkerja. Kadang-kadang, mereka berkumpul dengan jiran untuk minum kopi sambil bersembang.
Pada reka bentuk rumah kampung moden kini, feature ini dikekalkan dan dihiasi dengan pokok-pokok dan meja makan bersaiz sederhana untuk tea-time juga.
5. Ada Banyak Tingkap
Selain itu, di kebanyakkan sisi rumah kampung moden ini, akan ada tingkap. Jika anda tengok rumah Melayu tradisional pun, ini memang wajib kan?
Setiap bilik akan mempunyai tingkap yang dilengkapi dengan langsir. Ini pun antara ciri-ciri rumah kampung moden.
7 Inspirasi Reka Bentuk Rumah Kampung Moden
Jom kita tengok beberapa reka bentuk rumah kampung moden untuk dijadikan idea ini.
Mana tau kan, kalau-kalau ada rezeki nanti, boleh bina sebuah di kampung?
1. Konsep Minimalis
Umumnya, memang diketahui ramai yang konsep minimalis ini berpaksikan pada Less is More. Ia ringkas dan bersistematik tetapi lengkap dengan keperluan.
Walaupun rumah kampung moden minimalis ini nampak ringkas, ia masih mengekalkan ciri-ciri rumah Melayu pada seni bina dan reka bentuknya.
2. Konsep Moden
Rumah kampung moden jenis ini biasanya menggabungkan sentuhan moden dan tradisional. Sebagai contoh, bahan binaan utamanya mungkin kayu tetapi terdapat juga bahan binaan yang moden dan terkini seperti pintu kaca.
3. Konsep Kontemporari
Selain itu, konsep kontemporari pun tak kurang cantiknya. Ia mungkin dibina dengan bahan binaan batu-bata secara keseluruhan tetapi ciri-ciri pada bumbung dan tiang rumahnya masih menampakkan nilai estetika rumah Melayu.
Biasanya keluasan rumah kampung moden kontemporari tidaklah terlalu besar. Ia sederhana tetapi tetap ada tarikan tersendiri.
4. Konsep Rumah Panggung Moden
Ciri-ciri yang membezakan rumah panggung moden dengan yang lain ialah, ia mempunyai tangga, bumbung berbentuk vernakular dan berhias dan reka bentuk tingkapnya untuk pengudaraan.
Yang paling ketara, ia dibina di atas dan disokong oleh tiang-tiang dibawah. Jika rumah Melayu tradisional, tiang ini diperbuat daripada kayu tetapi untuk rumah kampung moden, biasanya daripada batu-bata.
5. Konsep Rumah Kontena
Sekarang bukan rumah je, resort-resort dan chalet pun banyak yang dibina berkonsepkan rumah kontena/kabin ini.
Saiznya biasa sahaja dan jika anda inginkan rumah kampung moden anda lebih besar, boleh tambahkan bahan binaan lain seperti papan, batu-bata dan simen.
Yang penting adalah, kreativiti anda dalam merealisasikan rumah kampung moden impian anda ini!
6. Inspirasi Negara Lain
Sebenarnya, banyak je negara lain yang reka bentuk dan seni bina rumah mereka ada persamaan dengan rumah kampung moden.
Sebagai contoh, negara Jepun. Dinding rumahnya diperbuat daripada kayu, di tingkapnya dipasang bidai buluh atau kayu yang biasa kita tengok di rumah-rumah tradisi Melayu.
Tetapi, digabungkan juga dengan bahan binaan moden seperti konkrit dan bumbung rata.
7. Konsep Kotej/Estetika Inggeris
Konsep ini pun semakin mendapat perhatian di Malaysia. Ramai pemaju dan pemilik resort memilih untuk membina rumah kampung moden yang berkonsepkan estetika Inggeris ini.
Sekali pandang pun akan jelas kelihatan nilai estetika Inggeris pada reka bentuk dan seni binanya. Kebiasaannya, ia diserikan dengan pemilihan cat dan wallpaper untuk ruang dalam rumah yang menampakkan lagi keunikannya.
Tak semestinya untuk bina rumah seakan-akan English Cottage, anda perlu menggunakan kayu sebenar. Sekarang dah ada banyak bahan binaan yang kelihatan seperti kayu yang boleh memberikan impak pandangan yang sama.
Rumah Kampung Yang Moden Tetapi Tradisional
Inspirasi binaan rumah kampung yang moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya ini memang menarik kan?
Kalau bukan di kampung, di bandar pun boleh bina. Pastinya unik dan berlainan dari yang lain!