Gigi perlu dijaga dengan rapi untuk anak-anak yang sedang membesar. Tanpa gigi, macam mana kita nak kunyah makanan kegemaran kita bukan? Si manja yang masih kecil pula mengharapkan Mama untuk menjaga kesihatan gigi mereka supaya gigi mereka tumbuh dengan sihat dan mereka dapat menikmati makanan tanpa rasa sakit.
Tahukah Mama gigi susu pun harus dijaga dengan rapi tau! Jika kita tidak cuci gigi si manja sehingga bersih, nanti plak akan menebal dan akhirnya bakteria akan terkumpul dan terjadinya gigi berlubang, gusi bengkak dan macam-macam lagi.
Risiko Tidak Memberus Gigi Si Manja
Jika si manja Mama berkata:
“Tak nak gosok gigi!”
Parah ni Mama! Mama Siti pesan awal-awal ya. Jika tidak memberus gigi, maka pelbagai jenis penyakit yang akan datang. Lain pulak jadinya nanti! Tanpa membersihkan gigi dengan tepat, bakteria dan kuman akan menyebabkan penyakit di dalam mulut, seperti:
1. Darah tersumbat
Malas gosok gigi? Disini lah plak berkumpul di dinding “blood vessels” dan akhirnya menyebabkan aliran darah lambat atau berhenti.
2. Strok
Bila dah tersumbat? Apa jadi? Aliran darah yang tersumbat boleh menyebabkan darah tidak mengalir ke otak hingga menyebabkan tidak cukup oksigen, dan berisiko terkena strok. Mama taknakkan dedahkan anak-anak Mama kepada risiko ini?
3. Gusi berdarah
Gusi berdarah berlaku apabila kita jarang membersihkan mulut dan ia menyebabkan jangkitan pada tulang yang menyokong gigi kita.
4. Pneumonia
Pneumonia atau radang pada paru-paru akibat jangkitan pada ‘blood vessel’ yang terjadi.
5. Sepsis
Apabila kita terkena jangkitan, ia akan menyebabkan pembekuan darah dan menjadi keradangan. Itu dipanggil Sepsis.
Adui, ngeri betul bila tak gosok gigi dengan betul ni! Mama Siti yakin, ramai Mama di luar sana yang masih keliru dengan penjagaan gigi anak mama.
“Lambat laun, gigi susu akan digantikan dengan gigi dewasa. Kenapa perlu beria menjaga kebersihan gigi mereka?”
Jangan begitu Mama. Mentaliti seperti ini akan menyebabkan kerosakan yang berpanjangan hinggalah mereka dewasa tau, Mama!
Mama Siti pasti ramai Mama yang ingat kalau anak-anak tak makan gula-gula pun, pasti tak ada kaviti. Malangnya, ada juga. Oleh itu, Mama harus tahu rahsia-rahsia ini untuk kesihatan gigi si manja Mama! Mama Siti nak share rahsia ni. Baca betul-betul ya!
5 Rahsia Penjagaan Gigi Si Manja
#1 Memberus Lidah & Bahagian Dalam Mulut
Tahukah Mama bahawa plak tumbuh pada lidah anda? Dekat situlah bau mulut berbau dan ada masalah kesihatan yang lain. Sambil-sambil gosok gigi dan gusi tu si manja, berus juga lidah dengan lembut dan bersih! Jangan kasar-kasar, lembut sahaja sudah memadai.
#2 Makan Buah-Buahan dan Sayuran Segar
Rahsia kedua adalah bagi si manja makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang rangup! Kenapa? Kerana ia mempunyai serat yang lebih sihat dan bagus untuk kesihatan gigi anak Mama! Buah-buahan seperti pear, epal, dan sayur timun adalah berkhasiat untuk gusi dan gigi anak Mama.
#3 Elakkan Makanan dan Minuman Bergula dan Berasid
Seterusnya, yang ni memang susah tetapi kita harus cuba untuk mengawal anak-anak daripada makan makanan bergula dan air manis.
Ini adalah kerana, makanan dan minuman manis ini mengikis enamel gigi. Asid pula akan menyebabkan gigi kita berlubang dan akhirnya berbau busuk. Alamak! Makanan seperti buah-buahan masam, teh dan kopi juga dapat merosakkan enamel gigi tau. Jika anak Mama ingin minum manis ini, jangan berikan terlalu banyak dan pastikan mereka menggosok gigi setiap hari sebelum tidur ya.
#4 Pemeriksaan Gigi Secara Berkala
Walaupun setiap hari kita memberus gigi si manja, tetapi Mama harus sentiasa bawa mereka berjumpa dengan doktor gigi. Sama seperti kita yang dewasa, anak-anak harus dibawa berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun.
Ini untuk memastikan mereka dapat checkup yang teliti serta kalau ada gigi berlubang, boleh la doktor merawat dengan segera.
Lagipun, Mama harus latih mereka berjumpa dengan doktor gigi supaya apabila mereka besar nanti, mereka tidak berasa takut dan familiar dengan suasana klinik gigi. Kadang-kadang, mungkin ia terlambat apabila Mama hanya membawa mereka semasa emergency sahaja dan mereka berasa takut untuk menerima rawatan.
#5 Menggunakan Ubat Gigi Yang Selamat Untuk Si Manja
Rahsia yang terakhir adalah yang paling penting untuk Mama take note! Pastikan Mama menggunakan ubat gigi dengan bahan-bahan yang selamat digunakan anak kecil. Mungkin Mama pernah dengar ubat gigi yang berfluorida dapat melindungi gigi kita serta menjaga kesihatan mulut kita, tetapi untuk si manja adalah lebih baik untuk Mama elakkan daripada memberi ubat gigi yang berfluorida.
Senang cerita, carilah ubat gigi yang selamat digunakan oleh si manja supaya boleh lindung gigi mereka daripada kaviti.
Sebab itu lah Mama Siti lebih selesa memilih ubat gigi MorningKiss Junior untuk si manja! Apa sebabnya?
Kesegaran Tanpa Had Bersama MorningKiss Junior!
Perkenalkan MorningKiss Junior, permulaan penjagaan kesihatan mulut anak-anak anda! Dengan menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi yang selamat digunakan, pasti penjagaan mulut anak Mama terjaga rapi!
Rangkaian produk penjagaan mulut MorningKiss memberikan pengalaman bersih dan menyegarkan. Sejak 1985, MorningKiss telah direka dan dicipta untuk anak Mama dan semua ahli keluarga Mama untuk memberus dengan lebih selesa dan penjagaan yang lebih baik.
Berus gigi MorningKiss Junior pula direka khas untuk tangan kecil. Berus gigi MorningKiss Junior memberikan penjagaan terbaik untuk gigi dan gusi halus anak Mama. Ia didatangi dalam pelbagai kombinasi warna dan reka bentuk. Dengan filamen yang sangat lembut dan bentuknya yang bulat, ia dapat membantu melindungi enamel dan gusi si manja!
Berus gigi ini juga untuk mereka yang mahu membina tabiat anak-anak agar mereka memberus gigi dari kecil terutamanya dari umur 3 hingga 6 tahun.
Kenapa ubat gigi MorningKiss Junior bagus untuk si kecil?
- Tidak mengandungi fluorida, tiada SLS dan tiada sakarin.
- Warna dan design yang menyeronokkan dapat menggalakkan kanak-kanak memberus gigi.
- Mempunyai perisa strawberi dan oren.
Semua ini penting untuk pastikan kesihatan mulut anak Mama dilindungi daripada kuman!
Mama boleh mendapatkan produk MorningKiss Junior di pasaraya berhampiran atau boleh dibeli secara dalam talian di Lazada dan Shopee. Barulah senyuman si manja lebih manis dan menawan dengan penjagaan gigi yang rapi.