Anak-anak mempunyai pelbagai personaliti dan juga pendirian. Ada masa, anak-anak ni sangat susah nak mendengar kata Mama kan? Jenuh bercakap, membebel, tak tahu dah nak buat apa.
“Kenapa anak saya ni susah sangat nak dengar kata dan nasihat saya?”
Tahukah Mama, ada kemungkinan anak-anak menjadi degil dan keras kepala akibat daripada didikan atau perilaku Mama dan Papa sendiri terhadap anak.
Kalau itu yang Mama tertanya-tanya, mari kita lihat perkongsian daripada seorang doktor ini.
Dr Taufiq Razif faham akan masalah Mama. Melalui Facebook akaun nya, Dr Taufiq kongsikan sebab-sebab mengapa seorang anak itu jadi degil dan keras kepala.
5 Penyebab Anak Jadi Keras Kepala
1. Hypercritical
Bila ibu bapa terlalu suka kritik setiap perbuatan anak:
- Anak buat salah sikit, kena kritik
- Anak cuba buat sesuatu, kena kritik
- Anak cuba bantu, kena kritik
2. Labelling
Bila ibu bapa suka label batang tubuh anak:
- Awak ni PEMALAS
- Awak ni DEGIL
- Awak ni NAKAL
3. Permissive
Bila ibu bapa terlalu ikut cakap anak dan dikuasai anak-anaknya sendiri:
- tak mampu tengok anak menangis langsung
- tak tahan bila anak merengek nak sesuatu
- semua permintaan anak ditunaikan
- biarkan anak buat sesuka hati mereka
- takut dengan anak sendiri
4. Negligence
Anak yang merasa diabaikan biasanya mempunyai tangki emosi yang kosong jadi dia akan guna apa sahaja cara untuk mendapatkan perhatian ibu bapanya kembali dengan cara:
- memberontak
- melawan
- protes
- bersikap kasar
5. Punitive Discipline
Bila ibu bapa terlampau menggunakan hukuman dalam membentuk dan mendidik anak
Ada 2 jenis cara untuk disiplinkan anak:
- Punitive discipline – gunakan hukuman
- Restorative discipline – lebih banyak gunakan tunjuk ajar, teguran, galakan, pujian dan sokongan
Hukuman ni umpama garam dalam masakan. Ianya diperlukan untuk menyedapkan makanan tetapi jangan sampai berlebihan.
p/s: Tolong simpan ilmu ini dan kongsikan pada pasangan masing masing juga sebab ilmu ni sangat sangat penting untuk didik anak masing masing.
Berusaha Dan Tawakal
Perkongsian ini amat membantu para Mama diluar sana. Banyak info Mama boleh belajar sebab apa anak kita degil daripada Dr Taufik seperti ibu bapa kritik, label, permisif, abaian dan disiplin.
Kadang-kadang, bukan sebab apa, mungkin cara parenting kita yang membuatkan anak itu keras kepala. Tetapi no worries, Mama! Ada masa lagi untuk membentuk mereka, menasihati mereka. Jangan putus harapan!
Fahamkan keadaan mereka sebelum bertindak lebih lanjut dan amalkan kata-kata positif untuk memberi semangat. Semoga berjaya ya Mama!
Pesan Mama Siti:
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak kita ni Mama. Mama juga boleh amalkan doa-doa serta zikir untuk membantu Mama mendidik anak-anak. Berusaha dan tawakal. Semoga dipermudahkan urusan.