Secara psikologi, kanak-kanak yang mendapat kasih sayang yang cukup daripada ibu dan ayah akan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi ekoran daripada keceriaan dan kebahagiaan yang dinikmati. Jadi bila sudah diberi peluang bergelar ibu, jadilah ibu yang paling terbaik untuk anak-anak. Curahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak tetapi jangan tersilap sayang sampai anak jadi anak manja.
- Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati kanak-kanak yang mendapat curahan kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada orang tuanya terutama ibu akan mempunyai ukuran otak yang lebih besar, sementara kanak-kanak yang mempunyai saiz otak lebih kecil dikatakan kurang mendapat belaian kasih sayang dan perhatian daripada si ibu.
- Ukuran otak kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan mental dan kecerdasan dirinya. Kanak-kanak yang memiliki otak sihat (sebelah kiri) lebih cerdas dan mungkin meningkatkan kemampuan sosialnya untuk berasa empati dengan orang lain apabila dewasa kelak.
- Kasih sayang seorang ibu memainkan peranan paling penting terhadap perkembangan minda anak. Tahukah anda kasih sayang ibu mempunyai banyak manfaatnya. Kanak-kanak yang dilimpahi kasih sayang daripada ibunya sejak awal kehidupan akan lebih mudah belajar perkara baru dan lebih cerdas serta berkeinginan untuk tahu banyak perkara.
- Sementara kanak-kanak yang sering diabaikan oleh ibunya, tidak mendapat belaian kasih sayang secukupnya daripada si ibu, berkemungkinan membesar sebagai kanak-kanak yang murung, pemarah, kurang cerdas dan terlalu nakal. Ini sekaligus mengganggu pertumbuhan minda mereka untuk menjadi anak yang cerdas.