Baru beli fresh kerang daripada pasar raya? Nak masak apa hari ini? Jom try masak Kerang Bakar dengan hanya menggunakan Air Fryer sahaja! Resepi yang sangat mudah dan Mama juga boleh belajar cara-cara untuk membuat sos cili Thai sendiri!
Sebelum itu, mari kita lihat dulu apa sebenarnya khasiat kerang ini dan boleh ke makan dengan jumlah yang banyak? Mama juga perlu baca sampai habis tau sebab Mama Siti ada juga kongsikan tips untuk makan kerang!
Kandungan Mineral dan Vitamin Dalam Kerang
- Omega-3
- Zat besi
- Vitamin A
- Vitamin B12
- Vitamin C
- Kalsium
- Kalium
- Mangan
- Selenium
Ternyata banyak juga vitamin dan mineral dalam kerang ini. Mari kita lihat pula apa manfaat semua vitamin dan mineral pada kerang ini!
Manfaat Kerang Pada Kesihatan
- Bantu merawat anemia – Zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin, iaitu protein yang membawa oksigen dalam darah ke seluruh badan kita.
- Menjaga kesihatan jantung – Kerang membekalkan omega-3 yang tinggi dalam satu bahagian kerang segar.
- Membina otot – Zat gizi yang penting dalam membentuk otot dan juga merawat daripada kerosakan sel.
- Menjaga sistem imun – Zink yang terkandung di dalam kerang dapat bertindak sebagai antioksidan yang melindungi badan daripada keradangan.
- Baik untuk kulit – Zink juga dapat membantu memulihkan kulit dengan meningkatkan kolagen. Kolagen sangat penting untuk struktur kulit terutamanya apabila semakin meningkat usia.
- Meningkatkan tenaga – Vitamin B12 dapat meningkatkan tenaga dan mengubah makanan yang dimakan untuk menjadi tenaga.
- Meningkatkan fungsi otak – Kerang adalah sumber yang kaya akan Vitamin B12, Omega-3, dan Zat Besi, yang bermanfaat untuk fungsi otak kita.
Banyak khasiat dan manfaat makan kerang ni. Namun, peringatan untuk Mama supaya jangan makan kerang dengan jumlah yang banyak tau. Ini adalah kerana, kerang mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol pada kerang terlalu tinggi dan berisiko memberi kesan kepada kesihatan jantung kita.
Tips Makan Kerang
Bila makan seafood ni, ramai orang mempunyai alahan terhadapnya. Jika Mama berasa alergik seperti gatal, ruam, mual, muntah, cirit birit, susah untuk bernafas, atau rasa bengkak, Mama harus berhenti makan dan segera mengambil ubat alahan.
Seterusnya, jangan makan kerang jika ia masih tertutup rapat. Ini adalah kerana, kerangnya sudah mati sebelum dimasak. Kerang yang sudah mati sangat cepat bau busuk dan rasanya tidak sedap lagi.
Haa, sekarang Mama dah tahu manfaat dan tips untuk makan kerang. Untuk menikmati menu ini, jom lihat cara membuat kerang bakar dengan hanya menggunakan air fryer sahaja.
Resepi Kerang Bakar Menggunakan Air Fryer
- Masa Penyediaan: 15 minit
- Masa Memasak: 3+10 minit
- Hidangan: 2 orang
Bahan-Bahan
- 700mg kerang
- 1 biji cili merah (Dihiris)
- 3 biji bawang merah (Dihiris)
- ½ cawan sos cili Thai
- 1 biji limau kasturi (Diambil jus)
- 1 pokok daum ketumbar (Diracik)
- 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
Cara Memasak
- Mula-mula, bersihkan kerang dan tuskan.
- Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
- Kemudian, masukkan kerang, cili merah dan bawang merah ke dalam Air Fryer.
- Masakkan selama 10 minit.
- Untuk sos, gaul sebati sos cili Thai, jus limau kasturi, daun ketumbar dan bawang putih di dalam mangkuk.
- Akhir sekali, hidangkan bancuhan sos bersama kerang bakar.