Negeri Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang terkenal sebagai negeri yang penduduk wanitanya gemar membeli dan memakai emas.
Tetapi bukan itu sahaja, negeri Kelantan sebenarnya sering menerima kunjungan pelancong dari luar kerana mempunyai banyak tempat-tempat menarik di serata daerah di dalamnya.
15 Tempat Menarik Di Kelantan
1. Pasar Siti Khadijah
Kalau ke Kelantan, anda mesti ke Pasar Siti Khadijah untuk shopping tau. Seperti one-stop-centre, di sini, semuanya ada.
Ada makanan ringan seperti kerepek pisang, rempeyek dan dodol; ada pakaian pelbagai fesyen seperti kain batik, kaftan, baju kanak-kanak, kain pelikat dan kain telekung; ada barang mentah, sayur-sayuran dan buah-buahan, malah di tingkat 2 pasar ini turut menyediakan pelbagai hidangan masakan negeri ini seperti nasi kerabu.
Alamat: Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin, 7.30 pg – 12.00 tghari | Selasa, 7.00 pg – 12.00 tghari
Tel: 017-914 6218
2. Pantai Cahaya Bulan
Seperti Terengganu, negeri Kelantan juga mempunyai banyak pantai. Antara yang popular dan sering menerima kunjungan pengunjung dan pelancong dari luar ialah, Pantai Cahaya Bulan.
Di sini, ada dijual layang-layang dan permainan kanak-kanak yang lain untuk bermain di tepi pantai. Di sepanjangnya, ada banyak gerai yang menjual aneka makanan dan minuman seperti udang celup tepung, air kelapa dan keropok lekor.
Alamat: Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kelantan
3. Pantai Irama
Seperti Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama turut sesak dengan pengunjung terutamanya ketika musim cuti sekolah. Antara keunikan di sini ialah anda boleh menunggang kuda, menaiki banana boat, menaiki ATV dan bermacam lagi.
Seperti pantai-pantai yang lain, ia turut mempunyai banyak gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman.
Alamat: Pantai Irama, 16300 Bachok, Kelantan
4. Gunung Stong
Buat penduduk di sini, Gunung Stong sering menjadi pilihan untuk mereka yang minat mendaki gunung dan merentas hutan. Bukan sahaja pemandangan cantik dari puncak yang menjadi target tetapi air terjunnya yang begitu indah juga.
Sekitar Gunung Stong juga terdapat banyak kedai yang menghidangkan masakan yang enak seperti mee udang galah di kedai Che Da Mee Udang Galah.
Alamat: Gunung Stong, Dabong, 18200 Kelantan
5. Warung Pak Mat Pulau Pisang
Anda pengemar teh tarik? Memang wajib ke Warung Pak Mat Pulau Pisang untuk rasa teh tariknya yang unik. Berbeza dengan teh tarik yang lain, teh tarik di sini menggunakan madu sebagai pemanis dan diletakkan buih madu bersama airnya. Cuba sekali, memang nak lagi.
Selain minuman bestsellernya ini, ia juga terkenal kerana sup kepala ikannya. Cubalah, memang terangkat!
Alamat: Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin, 8.00 pg – 4.30 ptg
Tel: 011-2933 4563
6. Pantai Sabak
Apa yang istimewanya pantai ini?
Di Pantai Sabak, kebanyakkan pengunjung dan penduduk setempat ke sini untuk menikmati hidangannya. Ada beberapa gerai di tepian pantai yang menjual mee celup, jeruk, keropok lekor, satar, otak-otak, kerabu maggi dan bermacam lagi.
Sambil menghirup bayu laut yang segar, bolehlah luangkan masa pada waktu petang di sini.
Alamat: Pantai Sabak, Jln Pantai Sabak 16100 Kota Bharu, Kelantan
7. Villa Danialla Beach Resort
Kalau destinasi anda di Bachok, Kelantan, Villa Danialla Beach Resort di Bachok antara tempat penginapan yang best kerana tempatnya yang cantik dan kedudukannya di tepi pantai.
Tengok je gambar-gambar resort ini, memang sesuai untuk seisi keluarga. Siap ada pool lagi tu!
Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan
Tel: 013-928 3878
8. Alemy Maggi Ketam
Antara menu yang disukai rakyat negeri Kelantan dan sering dicari pengunjung dari luar ialah maggi ketam. Alemy Maggi Ketam yang terletak di Cherang Ruku adalah kedai yang selalu menjadi pilihan.
Tanya sahaja mereka yang dah cuba. Maggi yang dihidangkan dalam sup air ketam di sini cukup untuk buatkan anda termimpi-mimpi selepas mencubanya!
Alamat: Unnamed Road, 16700 Cherang Ruku, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 8.00 mlm
Tel: +60199584657
9. Pantai Suri Floating Market
Pantai Suri ini bukanlah terletak di tepi jalan raya tetapi anda harus menaiki bot untuk ke sini tau. Dari jeti di Warung Pak Mat Pulau Pisang, anda akan dibawa merentasi sungai hingga ke Pantai Suri Floating Market ini.
Di sini, pelbagai makanan dijual di dalam perahu di tepian tebing air. Memang seronok kalau ke sini bersama keluarga.
Tel: 010 8230978
10. Pantai Kundur
Buat peminat budaya Korea, anda tentu rugi kalau tidak ke Pulau Kundur. Ia terletak berdekatan dengan Warung Pak Mat Pulau Pisang yang mempunyai taburan pokok ru yang begitu cantik, seakan-akan seperti berada di Nami Island.
Kemudahan lain seperti taman permainan kanak-kanak, kedai makan dan tandas juga ada di sini ya.
Alamat: Pantai Kundur, Jalan Pantai Kundur, 15350 Kota Bharu, Kelantan
11. Masjid Ar Rahman Pulau Gajah
Masjid ini terletak di dalam kawasan pedalaman berdekatan dengan Pantai Sabak. Ia terkenal kerana seni binanya yang begitu indah, tentu akan membuatkan anda tidak henti merakam momen di sini.
Kedudukannya yang dikelilingi hutan bakau lagi membuatkan ia lebih cantik, penuh dengan kedamaian dan keindahan alam. Terutamanya untuk yang beragama Islam, wajib ya singgah di sini?
Alamat: Masjid Ar Rahman Pulau Gajah, Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan
12. Suwarin Jinda Cafe
Tak sah kalau ke Kelantan tapi tak cuba masakan Siam kan? Antara menu yang best di kafe ini ialah Miang Pla. Ikan yang digoreng rangup, dimakan bersama bihun siam dan ulam-ulaman yang dicicah sos hijau khas. Pasti ia akan menjadi kegemaran anda juga!
Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin, 3.30 ptg – 12.00 mlm
Tel: 014-210 4995
13. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Kalau nak shopping barang pada harga bebas cukai, Pengkalan Kubor lah tempatnya. Di sini, anda boleh dapatkan coklat import, pakaian, makanan, barang mentah dan macam-macam lagi pada harga yang agak murah berbanding di tempat lain.
Alamat: Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 6.00 ptg
14. Bazar Tok Guru
Selain itu, ramai juga yang suka membeli-belah di Bazar Tok Guru. Seperti di pasar yang lain, bazar ini turut menjual pelbagai barangan dari makanan, minuman, pakaian, minyak wangi, buku dan bermacam lagi.
Alamat: 3, Jalan Padang Perdana, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari,8.00 pg – 10.00 mlm
15. Istana Jahar
Istana yang sering menjadi tumpuan pengunjung ini sememangnya mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia juga dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat, mungkin kerana Adat Istiadat Diraja Kelantan dari zaman berzaman yang dipamerkan di sini bersama alat perhiasan diri, tekstil, barang-barang tembaga dan lain-lain.
Bukan itu je, ramai yang ke sini juga untuk menghayati senibina melayunya yang tradisional dan melambangkan senireka dan hiasan istana kesultanan Kelantan.
Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari,9.00 pg – 4.30 ptg
Tel: 09-748 4477
Kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang
Jangan lupa untuk singgah di 15 tempat menarik di Kelantan ini ya? Moga-moga percutian anda di Kelantan penuh dengan momen bermakna.