Kelahiran bayi boleh mencetuskan emosi yang luar biasa, bukan sahaja keseronokan dan kegembiraan tetapi ketakutan dan juga kebimbangan. Beban emosi juga boleh mengakibatkan sesuatu yang mungkin Mama tidak jangkakan – iaitu kemurungan.
Mama Siti pernah berbual dengan rakan yang berpantang di pusat berpantang. Dia berasa sedih tetapi tidak dapat menjelaskan mengapa dia berasa begitu. Mujurlah, hanya beberapa hari sebelum dia mendaftar keluar, dia mengadakan sesi dengan kaunselor pelawat yang memberitahunya bahawa dia mungkin mengalami Masalah Kemurungan Melampau atau lebih dikenali sebagai Major Depressive Disorder (MDD).
Dia tidak menyangka bahawa keadaan emosi yang dialaminya adalah sejenis MDD.
Pada hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui tentang masalah kesihatan mental. Menurut The National Health Morbidity Survey (2015), kelaziman masalah kesihatan mental di kalangan orang dewasa adalah pada 29.2%. Persatuan Psikiatri Malaysia percaya statistik itu hanya sedikit sahaja kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan atau tidak dirawat.
Sebab itu pentingnya ilmu pengetahuan dan mengetahui perbezaan antara perubahan mood, Major Depressive Disorders (MDD) dan Generalised Anxiety Disorders (GAD) boleh membantu Mama menerima rawatan yang betul dengan segera.
Ambil perhatian tentang jangka masa
Apakah punca MDD dan GAD? Sebenarnya, doktor pun kurang pasti. Apa yang mereka tahu adalah ia boleh menjejaskan sesiapa sahaja, justeru ia bukan lagi satu topik yang ‘taboo’. Di samping itu, doktor juga percaya bahawa genetik dan persekitaran memainkan peranan penting dalam menjejaskan kesihatan mental seseorang.
Walaupun kita tidak tahu puncanya, tetapi kita tahu tanda-tandanya.
Tanda dan gejala kemurungan selepas bersalin berbeza-beza, dan ia boleh bermula daripada ringan hingga teruk. Kemurungan selepas bersalin ataupun Postpartum depression (PDD) ialah satu bentuk MDD yang biasanya muncul dalam dua hingga tiga bulan pertama selepas bersalin tetapi mungkin berlaku pada bila-bila selepas bersalin. Sesetengah wanita telah mengalami permulaan simptom kemurungan ringan walaupun sebelum melahirkan anak. PPD secara klinikal tidak dapat dibezakan daripada kemurungan, dan ia berlaku dalam satu daripada setiap tujuh wanita.
Kini, kemurungan tidak boleh disalah anggap dengan baby blues yang berlaku beberapa hari selepas bersalin dan hilang selepas maksimum dua minggu. Jika mood kemurungan dan ketidakupayaan untuk menjaga bayi Mama berterusan, ia berkemungkinan Mama menghidap MDD atau GAD.
Tidak menjadi diri sendiri
Mama mungkin perlu mempercayai nasihat orang lain (mungkin suami Mama) jika mereka mengatakan Mama tidak bertindak seperti diri Mama selepas bersalin. Permulaan MDD boleh kelihatan seperti kesan sampingan biasa dengan tanda-tanda ringan seperti masalah tidur dan perubahan selera makan. Ia perlahan-lahan boleh menjadi keletihan yang teruk dengan perubahan mood yang kerap.
Kebanyakan kita secara naluri akan berfikir, “Saya baik-baik saja”, tetapi jika mereka yang paling rapat dengan anda percaya sebaliknya, jangan ambil mudah dengan gelaja kemurungan yang mungkin Mama sedang alami.
Simptom lain yang mungkin diperhatikan oleh orang di sekeliling Mama termasuk:
- Takut
- Mudah marah
- Risau berlebihan tentang bayi Mama
- Tingkah laku obsesif
- Hilang minat dalam aktivti yang pernah mengujakan Mama
Tidak berasa seperti diri sendiri
Orang lain mungkin menyedari tanda-tandanya, tetapi ianya mungkin kelihatan lebih jelas kepada anda terlebih dahulu, terutamanya apabila ia melibatkan apa yang ada dalam pemikiran Mama. Ini adalah perkara yang tidak mudah dilihat dari luar, tetapi ia boleh memakan diri Mama sendiri, dari dalam.
Rasa kecewa sekali sekala adalah perkara biasa. Tetapi jika anda sering menangis, berasa tidak gembira kerana menjadi ibu bapa, atau Mama sering merendahkan diri Mama sebagai ibu, memikirkan bahawa Mama mungkin ibu baru yang paling teruk di dunia, ambil perhatian bahawa ini mungkin antara tanda pertama daripada MDD atau GAD.
Tanda-tanda Mama mula mengalami MDD dan GAD, ia mungkin dalam bentuk:
- Kurang fokus
- Rasa seperti hilang arah
- Rasa ketakutan
- Mempersoalkan setiap keputusan yang anda buat (tidak kira berapa minit)
- Rasa malu
- Kesunyian
- Benci pada diri sendiri
Jangan takut untuk mendapatkan bantuan profesional
Apabila bercakap mengenai MDD dan GAD, Mama tidak boleh mengambil ringan tentang perkara ini. Tak semudah mematikan suis dan voila, esoknya semua akan kembali kepada asal.
Jangan risau, penyakit mental semestinya boleh dirawat. Kami menasihatkan semua orang yang mengalami MDD dan GAD untuk menyingkirkan semua stigma, penafian atau penerimaan bahawa anda perlu hidup dengannya sepanjang hayat. Salah tu!
Paling penting, MDD dan GAD bukan sahaja memberi kesan kepada anda tetapi orang sekeliling juga. Kemurungan selepas bersalin yang tidak dirawat boleh berisiko untuk ibu baru dan anak-anak. Terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri atau bayi anda adalah tanda-tanda kemurungan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan psikosis selepas bersalin, penyakit mental yang jarang berlaku dan berbahaya.
Dianggarkan satu daripada tujuh wanita mengalami MDD atau GAD. Jika anda berasa tertekan selepas kelahiran bayi, anda mungkin keberatan atau malu untuk mengakuinya. Walau bagaimanapun, kami menasihatkan bahawa jika anda mengalami sebarang gejala kemurungan atau terfikir untuk memudaratkan diri anda atau bayi anda, dapatkan bantuan profesional untuk diri anda dengan segera. Hubungi doktor anda dan tetapkan janji temu. Percayakan pasangan atau orang tersayang anda dalam menjaga bayi anda kerana anda perlu menjaga diri anda – itu adalah yang paling penting!
Kesihatan mental harus dilindungi
Satu lagi elemen yang boleh menyumbang kepada ibu yang tertekan tidak mahu mendapatkan bantuan ialah kos.
Selepas mengendalikan bil bersalin dan pembayaran untuk pakej berpantang, perkara terakhir yang anda ingin belanjakan ialah sesi bercakap dengan seseorang tentang masalah anda (inilah pendapat kebanyakan orang tentang kaunseling).
Walau bagaimanapun, jika Mama memerlukan bantuan kesihatan mental, Allianz kini mempunyai perlindungan insurans PreciousCover dan BabyCover.
Ia menyediakan Perlindungan Kesihatan Mental untuk ibu yang didiagnosis dengan Major Depressive Disorders (MDD) atau Generalised Anxiety Disorders (GAD).
Mama boleh mengakses sokongan Allianz Careline untuk mendapatkan nasihat perubatan segera, sokongan telehealth yang boleh diakses oleh pemegang polisi PreciousCover dan/atau BabyCover.
Pegawai perubatan atau jururawat Sunway Medical Centre akan memberikan nasihat perubatan tentang kesihatan ibu dan kanak-kanak. Sokongan telehealth dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 10AM – 8PM (kecuali cuti umum). Hanya hubungi 1300 88 8822 atau WhatsApp ke 019 2212 398.
Ingat, apabila bercakap tentang kesihatan mental, tidak perlu ada pantang larang; hanya rawatan yang betul. Apabila Mama sihat (mental dan fizikal), bayi Mama juga akan sihat!
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.