Kadangkala pergaduhan yang terjadi antara suami isteri boleh diselesaikan dengan mudah jika ada tolenrasi dari kedua belah pihak untuk berbincang. Jika anda mengelak untuk menyatakan pendapat atau menegur pasangan, perang yang pada mulanya kecil boleh meletus hingga menyebabkan penceraian. Tidak semua suami pandai berbicara, lebih-lebih lagi apabila timbul masalah dalam rumah tangga. Ramai yang mengambil jalan mudah untuk berdiam diri, mengelak dan berharap masalah akan selesai begitu sahaja. Jadi, pesanan untuk suami, tegurlah isteri dengan cara baik walau pun isteri bersalah atau seorang yang panas baran. Tegur itu tanda anda masih sayang padanya, atau nak selamat anda boleh ikut beberapa tip ini.

- Sebagai lelaki yang dikurniakan banyak akal, anda perlu berdepan dengan apa jual masalah. Jangan berdiam diri. Ajak isteri berbincang, walaupun pada mulanya isteri akan membantah atau tidak mahu. Itu memang perangai semulajadi mereka walaupun sebenarnya mereka inginkan sangat jawapan. Tenangkan diri kemudian berbincang dengan baik.
- Terus ke dapur ambil segelas air dan minum. Minum air ketika sedang marah atau dalam kegusaran boleh menenang kan diri. Kemudian terus berdepan dengan isteri untuk berbincang.
- Bawa isteri anda keluar ke tempat yang sedikit tenang atau tempat kegemaran isteri. Mula teguran dengan nada yang perlahan walaupun ketika itu anda dalam keadaan marah.
- Elakkan menegur ketika anda berdua sedang makan, di depan anak-anak dan sebagainya.
- Boleh tegur secara bertulis menerusi whatsapp, e-mel, surat atau nota. Selitkan kata-kata romantis. Pasti si isteri lembut hati dan cuba berubah.
- Tidak perlu ikut semua kata isteri kerana ini akan membuat isteri ‘naik tocang’. Sebagai suami anda perlu tegas dan ada ciri kepimpinan.
Sumber: Internet