Wah tak sabar rasanya kan Mama nak pilih nama anak sebelum melahirkan ini? Mama Siti bantu senaraikan nama anak lelaki huruf Y yang jarang sekali dijumpai menjadi pilihan Mama Papa. Senarainya pun terhad kali ini. Mama Siti cuba sehabis yang baik mengumpulkan semua nama anak bermula huruf Y bagi anak lelaki di sini untuk panduan Mama semua.
Panduan pemilihan nama dalam Islam
Sebelum itu Mama Siti kongsikan sedikit panduan pemilihan nama berdasarkan kitab Tarbiyatul Aulad karya Syeikh Abdullah Nasih Ulwan.
1. Elakkan nama yang terus merujuk kepada Allah
Mama harus perhatikan supaya tidak memberi nama anak yang secara langsung merujuk kepada Allah seperti nama Khaliq (pencipta). Mama digalakkan memberi nama yang lebih kepada maksud hamba Allah seperti Abdullah (hamba ALLAH), Abdul Rahman (hamba Allah yang Maha Pemurah), Abdul Rahim (hamba ALLAH yang Maha Mengasihani) dan sebagainya.
2. Jangan letakkan nama anak merujuk kepada hamba atau tuhan agama lain
Mama juga perlu waspada supaya tidak tersalah memberi nama anak yang merujuk kepada hamba atau tuhan dalam kepercayaan agama lain. Kerana sebagai orang Islam kita dilarang mengiktiraf kewujudan tuhan lain selain Allah.
3. Elakkan nama yang bermaksud terlampau
Mama perhatikan setiap nama, dan jauhkan pemilihan nama yang membawa makna melampau meskipun ia membawa makna yang baik seperti Khairunnisa iaitu sebaik-baik wanita.
4. Elakkan nama bermaksud buruk
Ramai Mama hari ini sudah mempunyai kesedaran tentang nama-nama yang biasa digunakan namun tidak membawa maksud yang baik. Antara contoh lain adalah nama anak yang membawa makna buruk seperti lemah dan sebagainya. Kerana nama adalah doa.
5. Elakkan nama tidak fitrah
Apakah maksud elakkan memberi nama anak yang membawa makna tidak selari dengan fitrah Islam? Iaitu nama yang membawa kepada peperangan dan sebagainya. Seperti nama Harb (peperangan dan keganasan).
6. Pilih nama tokoh Islam
Mama sangat digalakkan untuk memilih namaKeenam: Memilih nama tokoh hebat dalam sejarah Islam terdiri daripada sahabat Rasulullah SAW dan juga alim ulama yang berjuang menegakkan Islam. Mengambil nama dalam kalangan nabi dan rasul yang terdapat dalam al-Quran juga digalakkan.
7. Nama yang baik
Tidak semestinya semua nama anak mestilah berasal daripada bahasa Arab. Mama boleh sahaja memilih apa apa bahasa asalkan maksudnya membawa kebaikan dan tidak memalukan anak kita apabila dewasa nanti.
Nama anak lelaki huruf Y
Tak banyak nama anak lelaki bermula huruf Y yang Mama Siti dapat kumpulkan. Mama Siti cuba senaraikan yang terbaik supaya nama-nama yang Mama akan pilih nanti adalah berkualiti dan bermaksud baik.
- Yaab – Berjaya
- Yaafay – Tinggi
- Yaafir – Pelukis
- Yaaqut – Delima
- Yahya – Nama yang disebut dalam Al-quran
- Yakta – Unik
- Yamaan – Dirahmati
- Yaala – Kemuliaan, tinggi
- Yadiy – Tangan
- Yafat – Kelebihan
- Yafi ‘- Mulia, dihormati, tinggi
- Yaariz – Penulis
- Yaarub – Mahir bahasa arab
- Yaasaj – Anak panah
- Yaawer – Pembantu
- Yaazer – Penulis
- Yajri – Mengalir, berlari
- Yamam – Merpati
- Ya’mar – Kehidupan
- Yameen – Kanan, benar
- yameeni – Yang kanan
- Yamin – Yang berkat
- Yareeq – Terang
- Yaqeen – Pasti
- Yaqeez – Yang memberi perhatian
- Yaqoot – Permata yang berharga
- Ya’qub – Nama seorang Nabi dalam Al-Quran, disebut 16 kali dalam Al-Quran. Kejayaan, pewaris
- Yaquta – Sebiji batu permata
- Yaqzan – Yang berwaspada
- Yar – Sahabat, teman
- Yaroq – Putih, bijak
- Ya’rub – Berbicara dgn bahasa Arab
- Yaasiin – Ayat pertama surat yaasiin
- Yas – Bunga
- Yasaal – Susunan bunga
- Yasaman – Bunga Melor, simbolik wnagian indah
- Yasar – Kemewahan, tidak susah
- Yaseer – Mudah, dirahmati, kehidupan baik
- Yashal – Memberi manfaat kepada orang lain
- Yaslam – Yang selamat, berserah
- Yassaar – Kekayaan, kemewahan
- Ya’sub – Pemimpin kaum
- Yasykur – Bersyukur
- Yatim – Yang sangat berharga, tidak bandingannya
- Yawar – Pengawal peribadi
- Yazdan – Belas kasihan
- Yaasir – Mudah, orang kanan, nama sahabat
- Yazar – Nama sebuah tempat
- Yazeed – Bertambah kebaikan
- Yunus – Nama seorang nabi yang disebut dalam Al-Quran
- Yusayri – Kesenanganku
- Yusr – Kelembutan dan mudah
- Yusran – Kesenangan
- Yusri – Kekayaan, tidak memerlukan bantuan, mudah
- Yusrullah – Mendapat kemudahan daripada Allah
- Yusron – kemudahaan
- Yusuf – Nama seorang nabi yang disebut 27 kali dalam Al-Quran, nama surah dalam Al-Quran
Nama yang biasa digunakan
Dalam senarai nama anak lelaki huruf Y di atas ini, ada nama-nama yang kerap digunakan seperti Yusuf, Yaakob dan Yunus iaitu nama-nama nabi yang disebut dalam Al-Quran. Mama perhatikan baik-baik senarai ini dan jika mahu gabungkan nama pastikan Mama cuba dapatkan nasihat ahli bahasa arab ya?
Jika Mama mahu melihat banyak lagi artikel mengenai nama-nama bayi ini Mama boleh rujuk terus di sini. Selamat memilih, semoga dijumpai nama yang terbaik!