Semalam, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah mengesahkan penyakit taun atau kolera di daerah Petaling.
Khairy mengatakan dalam satu ciapan di Twitter;
Orang awam dinasihati hanya minum air dirawat/dididihkan, jaga kebersihan kendiri, jangan makan makanan mentah/tidak dimasak sempurna.
-YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia
Individu boleh mendapat Kolera dengan meminum air yang tidak dirawat dan memakan makanan yang tercemar dengan Kolera. Ia boleh merebak dengan pantas di kawasan rawatan kumbahan. Jangkitan tidak akan merebak terus dari satu orang ke orang lain.
Simptom Kolera
Untuk mengesan Kolera, ia akan mengambil masa dalam 2-3 hari selepas seseorang individu tersebut dijangkiti. Tetapi ia boleh juga dikesan dalam beberapa jam sehingga 5 hari. Selalunya jangkitan adalah ringan atau tanpa gejala, tetapi boleh menyusul menjadi lebih teruk. Kira-kira 1 dalam 10 orang yang dijangkiti akan mengalami gejala yang teruk seperti:
- Cirit-birit berair
- Muntah
- Kekejangan kaki
Individu yang kehilangan cecair badan dengan cepat akan mendapat dehidrasi dan kejutan. Tanpa rawatan, kematian boleh berlaku dalam beberapa jam.
Bagaimana untuk mengelak daripada Kolera?
- Minum air di dalam botol, yang dimasak, dirawat dan bekasnya tidak rosak.
- Air bergas mungkin lebih selamat diminum daripada air biasa.
- Elakkan air paip dan kiub ais.
- Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih, terutamanya sebelum makan atau menyediakan makanan dan selepas menggunakan bilik air.
- Makan makanan yang dibungkus atau yang baru dimasak dan dihidangkan panas. Jangan makan daging dan makanan laut mentah atau kurang masak, atau buah-buahan dan sayur-sayuran mentah atau kurang masak melainkan ia dikupas.
- Buang najis dengan cara yang bersih untuk mengelakkan pencemaran sumber air dan makanan.
Dapatkan Rawatan Segera!
Jika anda atau keluarga menghidap kolera, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Dehidrasi boleh menjadi cepat jadi penggantian cecair adalah amat penting. Jika anda mempunyai larutan rehidrasi oral ataupun Oral Rehydration Solution (ORS), anda boleh mengambilnya dengan segera kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa. Kemudian, teruskan meminum ORS semasa anda dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan.
Jika bayi mengalami cirit-birit berair, anda boleh teruskan penyusuan.