Semenjak baru menjadi mama ni, bila anak sakit mesti mama rasa risau je. Sebab tu mama boleh dapatkan nasihat daripada kawan-kawan mama atau orang-orang yang lebih tua. Tapi jangan terlalu mengikut pengalaman ibu bapa yang lain, lebih baik dapatkan nasihat dari pakar perubatan yang lebih profesional.
Seorang ibu di China memberi amaran bahawa ubat demam kuning membahayakan adalah tidak tepat, walaupun dia berniat baik memberi nasihat. Dalam post Facebook, yang telah dikongsi lebih 19,000 kali dalam masa dua minggu, ibu ini menceritakan pengalaman pahit beliau.
Menurut ibu, dia telah membawa bayinya ke hospital kerana komplikasi selepas dia memberikan jus anggur segar. Beberapa orang tua-tua menyarankannya untuk memberi bayinya serbuk mutiara atau jus segar untuk untuk rawat demam kuning. Tapi sebaliknya yang berlaku, demam kuning anaknya semakin teruk.
Ditambah pula, bayinya sukar untuk menghadam jus anggur itu, walaupun selepas minum beberapa hari. Bayinya telah dimasukkan ke ICU dan dimasukkan intravena drip dan tiub di perut.
Apa yang Mama Papa perlu tahu tentang bahaya ubat demam kuning?
Semasa di hospital, jus anggur itu ditemui dalam perut bayi. Doktor bertanya kepada ibu kenapa memberikan jus anggur sedangkan bayinya hanya perlu diberikan susu ibu, bukan susu segar. Ibu itu berkata dia mengaku ada orang tua yang tak dikenali melarangnya memberi serbuk mutiara kepada bayinya tapi dia tidak dengar. Dia menyatakan yang dia memberikan bayinya jus anggur atau serbuk mutiara. Ibu itu yang hanya mahu memberi amaran kepada orang lain supaya tidak mendengar kata orang tua-tua bila ia untuk rawatan demam kuning kerana ia sangat merbahaya. Berita baiknya adalah si bayi telah kembali pulih.
Bayi yang kena demam kuning, kulitnya akan sedikit kekuningan, termasuk bahagian putih mata mereka. Ia adalah perkara biasa bagi lebih dari 50 peratus daripada semua bayi yang baru lahir. Ia adalah disebabkan oleh jumlah bilirubin atau pigmen kemerahan yang berwarna kuning yang terhasil daripada pecahan darah merah. Tetapi ia sering muncul pada bayi pramatang dalam minggu pertama dilahirkan.
Walaupun demam kuning cenderung dirawat sendiri, ia masih perlu rundingan doktor, terutama apabila ia mungkin disebabkan dari bahaya ubat demam kuning.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penyusuan sehingga enam bulan. Memberikan jus kepada bayi sebelum mereka bersedia boleh menimbulkan kesan yang serius. Bagi mama-mama baru, ia boleh mengelirukan, terutamanya dengan jumlah yang besar maklumat di hujung jari mereka pada masa kini. Cara yang terbaik adalah dengan berjumpa doktor sebelum memberikan anak mama sebarang ubat tak kira umur. Jika bayi mama mengalami jaundis, terdapat ubat semula jadi yang tidak melibatkan pemakanan yang tidak selamat. Guna je cara yang lebih selamat ni!
1)Menjemur bayi anda seketika dibawah cahaya matahari.
Fototerapi disyorkan kepada sesetengah bayi, tapi ramai doktor menyarankan lebih masa diluar rumah. Tetapi perlu diingat bahawa ia adalah penting untuk tidak mendedahkan bayi kepada cahaya matahari secara langsung untuk mengelakkan terik matahari. Cukup hanya sekadar memegang bayi dilengan mama semasa di dalam bilik yang disinari cahaya matahari hangat. Tanggalkan lampin bayi tetapi pastikan tutup badan bayi sejurus selesai menjemurnya untuk mengelakkan bayi sejuk.
2)Pastikan bayi anda cukup makan untuk penghadaman yang bagus.
Penyusuan yang kerap akan mengakibatkan lebih banyak pergerakan usus yang boleh membantu menghilangkan lebihan bilirubin melalui najis bayi anda. Secara purata, bayi akan menyusu 8 hingga 12 kali sehari semasa beberapa hari dilahirkan.
3)Tambahan penyusuan boleh membantu menangani isu penyusuan ibu.
Jika mama mempunyai kesukaran menyusukan bayi atau jika berat anak mama turun, sesetengah doktor akan mengesyorkan susu formula atau susu yang diberikan dengan sudu atau syringe yang bertindak sebagai makanan tambahan penyusuan susu ibu. Ia bergantung kepada pertimbangan doktor. Mama perlu mendapatkan pendapat kedua jika mama rasa nak lebih selamat.
Jaundis boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian. Walaupun ia akan hilang sendiri, namun adalah lebih baik jika tidak mengambil risiko dengan memastikan tahun pertama bayi mama sihat dan bahagia!