Ibu-ibu yang sedang menunggu due date mesti kadang-kadang confuse berapa hari sebenarnya cuti bersalin yang dibenarkan kan? Tidak kiralah anda bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta.
Cuti bersalin ini sangat penting untuk kita tuntut daripada majikan masing-masing. Ia sangat penting untuk kita berehat, memulihkan sistem tubuh badan, dan juga bonding bersama bayi yang baru lahir.
Kali ini, saya ingin kongsikan mengenai cuti bersalin bagi kedua-dua sektor yang ada di Malaysia ini.
Berapa Hari Cuti Bersalin Yang Dibenarkan?
#Sektor Swasta#
Bagi yang bekerja untuk sektor swasta:
Cuti bersalin adalah 90 hari. Pelaksanaan Pekeliling Cuti Bersalin Swasta: Pekerja Wanita Dapat 90 Hari mengikut akta kerja atau akta buruh terbaru dan terkini.
Jika majikan anda berdegil dengan tidak memberikan hak anda untuk mendapatkan cuti selama 90 hari, anda boleh melaporkan kepada pihak berkuasa.
Kakitangan Swasta:
- Majikan wajib membenarkan anda untuk cuti bersalin selama 90 hari dan sekiranya tidak mengikuti perkara yang terkandung dalam Akta Kerja 1955, majikan boleh diambil tindakan.
- Apa yang telah diumumkan sebenarnya adalah mengikut kepada standard antarabangsa.
- Tidak mengambil kira pangkat gaji, semua pekerja layak untuk mendapat keistimewaan ini.
- Jikalau anda bersetuju, tidak usah risau dengan risiko diberhentikan kerja kerana sepanjang cuti bersalin anda itu adalah menepati undang-undang di bawah akta kerja/akta buruh.
- Cuti tahunan pekerja swasta ini tertakluk kepada maksimum 5 orang anak sahaja.
- Jikalau usia kandungan sudah mencecah 22 minggu dan ke atas, anda layak untuk menikmati cuti bersalin.
- Para suami juga akan mendapat 3 hari cuti dengan gaji berjalan seperti biasa.
#Sektor Kerajaan#
Bagi yang bekerja untuk sektor kerajaan:
Kerajaan beri 360 hari cuti bersalin melalui pekeliling dan pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam JPA yang terkini.
Kakitangan Kerajaan:
- Setiap kakitangan kerajaan wanita berhak dan layak untuk merasai tempoh cuti bersalin penjawat awam dan kakitangan kerajaan selama 360 hari, sepanjang tempoh berkhidmat dengan kerajaan Malaysia.
- Jadi tidak kisah mahu mengambil berapa hari dengan syarat kelayakan, cuti bersalin kakitangan kerajaan mestilah sekurang-kurangnya 60 hari hingga 90 hari maksimum untuk setiap kelahiran.
- Mama boleh minta untuk mula bercuti 14 hari lebih awal dari jangkaan tarikh kelahiran bayi mama.
- Anda akan menerima bayaran gaji penuh sepanjang anda bercuti.
- Apabila cuti anda telah habis digunakan, anda juga akan tetap dibolehkan untuk bercuti tetapi tanpa menerima gaji.
- Anda akan diberikan cuti dengan syarat anda telah hamil sekurang-kurangnya 22 minggu.
- Sekiranya anda telah bersalin dalam tempoh anda mengambil cuti belajar, cuti bersalin anda tidak akan dikira atau tersentuh.
- Walau bagaimanapun, jumlah cuti yang akan diluluskan adalah bergantung kepada keadaan semasa tempat kerja anda.
Cuti untuk Bapa
Kebanyakan majikan telah menyediakan kelebihan ini apabila undang-undang rasmi telah menggubal bahawa seorang suami juga layak mendapat paternity leave.
Penjawat awam Malaysia sebenarnya berhak untuk cuti teman isteri bersalin selama 7 hari dan ada juga sesetengah kerajaan negeri membenarkan suami mengambil cuti bersalin sehingga 14 hari.
Bagi syarikat swasta pula, ada yang membenarkan satu hingga tiga hari paternity leave bagi suami, namun ia bergantung kepada syarikat masing-masing.
Nasihat Mama Siti untuk anda yang menantikan kelahiran cahaya mata adalah lebih baik untuk anda usul periksa dengan HR mengenai cuti bersalin untuk mendapatkan lebih kepastian dan mengelakkan salah faham.
Namun begitu, jika cuti yang diberikan adalah tidak sama seperti yang termaktub dalam undang-undang di Malaysia, anda boleh melaporkan kepada pihak berkuasa.