Wanita yang hamil boleh mengetahui jantina bayi dalam kandungan selepas beberapa bulan. Lebih-lebih lagi dengan teknologi yang canggih masa kini, lebih mudah untuk bakal ibu mengetahui jantina bayi.
Walau bagaimanapun, ramai wanita yang hamil kerap membuat andaian berkenaan jantina bayi mereka melalui tanda-tanda fizikal yang dialami oleh wanita yang hamil tersebut. Tak kurang juga ada yang mengetahui tanda mengandung anak lelaki mahupun perempuan, dengan mempercayai seratus peratus andaian atau mengikut petua orang lama.
Selalunya andaian atau ramalan adalah berasal dari kepercayaan zaman nenek moyang kita. Tetapi benar atau tidak? Boleh dipercayai atau tidak?
Kalau setakat untuk mencuit hati Mama takpelah kan. Jom lihat tanda mengandung anak lelaki yang sering dijadikan ‘panduan’ sejak zaman nenek moyang kita ketika mereka mengetahui jantina bayi tanpa scan seperti zaman sekarang.
Ingat, baca boleh, percaya seratus-peratus, jangan tau!
Tanda Mengandung Anak Lelaki Yang Sering Dipercayai
Antara tanda-tandanya adalah:
1. Garis panjang di perut
Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda. Ianya dikatakan sekiranya garis tersebut panjang ke bawah, ia menunjukkan tanda anda mengandung anak lelaki.
2. Perubahan personaliti
Sekiranya wanita tersebut berkelakuan kasar, mereka dikatakan akan mendapat bayi lelaki oleh kerana peningkatan hormon testosteron dalam badan mereka.
3. Mengidam makanan masin
Selain daripada itu, tanda mengandung anak lelaki yang menjadi kepercayaan orang-orang tua adalah apabila ibu hamil gemar atau mengidam makanan masin sepanjang kehamilan.
Hmm, betul ke?
4. Kulit lebih bersih dan ‘glowing’
Adakah kulit anda ‘glowing’ atau adakah kehamilan anda penuh dengan jerawat yang dapat menyaingi ketika anda remaja? Seperti kata pepatah, “anak perempuan akan mencuri kecantikan anda.” Oleh itu, jika wajah anda kelihatan lebih ‘glowing’ dan cantik ketika hamil, mungkin ia merupakan tanda anda sedang mengandung anak lelaki.
5. Kepekatan air kencing
Jarang sekali untuk kita melihat warna atau kepekatan air kencing ketika hamil, tetapi ini boleh menjadi tanda khusus. Jika air kencing anda berwarna lebih gelap, maka anda mungkin sedang mengandungkan bayi lelaki.
6. Perut kecil
Banyak yang percaya, jika perut anda tidak terlalu besar ketika hamil, ia menunjukkan anda sedang hamil anak lelaki.
7. Suami anda tidak bertambah berat badan
Orang tua-tua kata, jika si suami dapat mengekalkan fizikalnya dengan baik – tiada pertambahan berat badan – ketika anda hamil, berkemungkinan besar si isteri sebenarnya sedang hamil anak lelaki.
Seronoknya encik suami ye!
Walaupun ada antara tanda-tanda ini yang tidak disedari dan tidak diketahui, diingatkan sekali lagi, tanda awal kehamilan anak lelaki ini bukanlah sesuatu yang tepat dan pasti.
Rujuk dengan doktor untuk mengetahui jantina sebenar.
Sama juga seperti tanda mengandung anak perempuang yang ingin dikongsikan di bawah.
Tanda Mengandung Anak Perempuan
Ha, nak tahu jika anda sedang mengandung anak perempuan pula? Antara tanda-tandanya adalah:
1. Garis gelap di perut
Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda. Ianya dikatakan sekiranya garis itu pendek, anda sedang mengandung anak perempuan.
2. Perubahan personaliti yang menjadi lebih lembut
Sekiranya wanita tersebut berkelakuan lembut, mereka dikatakan sedang hamil bayi perempuan.
3. Mengidam makanan masam
Jika masakan masin merupakan salah satu tanda mengandung anak lelaki, untuk bakal ibu yang dikatakan mengandung bayi perempuan pula, mereka TIDAK mengidam makanan yang masam mahupun masin sepanjang kehamilan.
Sama seperti tanda-tanda mengandung anak lelaki di atas, tanda hamil anak perempuan ini juga tidak harus dipercayai bulat-bulat ye Mama. Dengar boleh, percaya jangan.
Yang lebih baik adalah untuk merujuk doktor pakar untuk mengetahui jantina sebenar bayi yang bakal dilahirkan. Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat sepanjang kehamilan.
Bagi mereka yang beragama Islam, anda boleh juga mengamalkan beberapa zikir dan doa mudah bersalin sebagai salah satu amalan untuk menenangkan dan mempersiapkan diri semasa bersalin nanti. InshaAllah.