Eh, esok sekolah ke? Atau ditutup? Anak-anak harus belajar secara online semula? Atau adakah sudah mula cuti sekolah?
Wabak COVID-19 yang tidak pernah berakhir menjadikan anak-anak dan ibu bapa sentiasa dalam keadaan rungsing dan tidak pasti!
Ditambah pula dengan kebebasan yang terbatas, ada yang boleh, ada yang tidak, pastinya menambahkan rasa tertekan kepada kita, terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dari rumah.
Setelah lebih dari satu tahun tinggal di rumah, kebanyakan daripada kita sudah kehabisan idea dengan perkara-perkara menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak kita.
Eksperimen sains?
Hmm…dah pernah buat dah.
Bercerita atau storytime?
Dah pernah buat juga.
Berkebun?
Mungkin tidak berjalan seperti yang dirancang.
Tetapi nanti dulu Mama. Sebelum anda fikir anda telah lakukan kesemuanya, aha, Cartoon Network ada satu kejutan buat anda dan seisi keluarga!
Dengan 150 aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan bersama anak-anak, program ini terlalu bagus untuk tidak dikongsikan!
Lihat Cartoon Network Best Summer Ever: Home Adventures!
Aktiviti Di Rumah
Tidak suka anak-anak anda menatap skrin selama berjam-jam? Penyelesaiannya ada di sini!
Cartoon Network telah menyediakan aktiviti dalam talian yang hanya mengambil masa beberapa ketika sahaja, dan tidak lama kemudian, percayalah, anak-anak sendiri akan ‘melarikan’ diri daripada skrin secara sukarela.
Bagaimana?
Terokai laman web https://bestsummerever.cartoonnetworkasia.com/ dan menikmati lebih daripada 150 aktiviti rumah di dalam talian dengan senang sahaja. Pasti si manja lebih seronok dan gembira!
Anak Mama hanya perlu selesaikan cabaran digital yang disediakan untuk mendapatkan e-ganjaran eksklusif seperti hiasan latar mudah alih, stiker dan sijil Home Adventurer yang diperibadikan!
Sebagai permulaan, Mama boleh biarkan anak Mama mencuba Bermain: Craft Creek bersama Looney Tunes. Permainan ini dipenuhi dengan aktiviti yang membantu meningkatkan kemahiran kreatif seisi keluarga. Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah mengadun resipi yang enak, melakukan aktiviti kraf D.I.Y dan banyak lagi.
Tidak Boleh Pergi ke Luar?
Hanya terperap di rumah boleh memberi tekanan kepada anak-anak (dan Mama Papa!). Anak-anak mempunyai banyak tenaga yang tersimpan, dan mereka pasti akan tertekan sekiranya tidak dapat berbuat apa-apa untuk melepaskannya.
Bagaimana Mama boleh selesaikan masalah ini?
Jom cuba senaman yang menyeronokkan di rumah!
Mama dan anak-anak haruslah melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung secara sihat walaupun berada di rumah! Bersenam secara konsisten dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu melawan jangkitan. Bersenam juga membolehkan sel-sel imun berfungsi dengan berkesan – meningkatkan aliran darah, mengurangkan tekanan dan keradangan, dan juga menguatkan antibodi.
Pastikan anak-anak anda memenuhi kuota latihan mereka untuk hari tersebut dengan melakukan aktiviti di Pergerakan: Gymsville bersama Tom and Jerry, dimana ia boleh membuatkan jantung anak anda berdegup kencang dengan set video senaman rahsia Tom.
Daripada aktiviti mengemas rumah yang membosankan diubah menjadi suatu permainan seperti Jam Dunk kepada pertandingan Cat-Mouse-Ton yang menyeronokkan, anak-anak Mama pasti akan bersenam sehingga waktu malam dan seterusnya akan tidur lena dan nyenyak.
Do Re Mi, Nyanyikan Bersama-sama!
Ramai ibu bapa mungkin menganggap bahawa aktiviti nyanyian tidak sesuai buat anak-anak. Namun begitu, jangan risau. Muzik dan nyanyian sebenarnya memberi inspirasi kepada anak anda untuk lebih kreatif dan cerdas.
Nyanyian mengajar anak-anak untuk meluahkan emosi dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. Fikirkan tentang seberapa cepat anak anda dapat menangkap jingle dari iklan atau lagu tema kartun kegemaran mereka.
Mama boleh bersama-sama dengan mereka untuk belajar satu atau dua lagu dan mengadakan konsert keluarga dengan We Bare Bears. Lihat Muzik: Toon Tunes Valley bersama We Bare Bears.
Tetapi sebelum itu, jangan lupa untuk sediakan mikrofon dan beberapa kostum berwarna-warni dan bergelipan sebelum naik ke pentas. Dalam sekelip mata sahaja Mama pasti terpegun melihat paduan suara anak Mama dan mengikut rentak lagu-lagu tersebut.
Masa Kualiti Bersama-sama
Daripada Mama katakan “Haa, tak boleh tengok kartun lagi lepas ni!” apabila anak Mama tidak berkelakuan baik atau buat perangai, apa kata Mama luangkan sedikit masa berkualiti bersama dengannya, menonton kartun kegemaran bersama-sama.
Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak cara untuk memahami jalan cerita kartun tersebut, terutamanya buat anak-anak yang masih terlalu muda untuk memahami jalan cerita sebenar.
Ibu bapa yang menceritakan dan menanyakan soalan berdasarkan kartun yang ditonton oleh anak-anak sebenarnya membantu mereka untuk lebih berinteraksi dan berfikir secara kritis. Tambahan pula, menonton kartun kegemaran mereka bersama-sama juga membantu merapatkan hubungan silaturrahim seisi keluarga.
Cuti sekolah ini, Cartoon Network menyajikan lapan minggu siri kartun original kegemaran semua orang termasuk siri terbaru dari Looney Tunes, Ben 10 dan Adventure Time!
- Looney Tunes Cartoons, siri kartun dengan episod baharu yang ditayang setiap hari Jumaat, jam 5.30 petang di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD) yang membawa kepada pelancaran filem animasi Space Jam: A New Legacy yang memaparkan juara bola keranjang LeBron James dan pengembaraan epiknya bersama Bugs Bunny dan kru Looney Tunes. Filem yang dinanti-nantikan ini akan ditayangkan di pawagam pada hari Khamis, 15 Julai.
- Ben Gen 10 istimewa selama sejam di mana Ben perlu menyelamatkan dunia daripada Omnitrix yang mengalami kegagalan fungsi dan menjangkiti manusia dengan DNA asing, tayangan perdana pada hari Sabtu, 22 Mei, jam 11 pagi di Cartoon Network dan perkhidmatan penstriman HBO GO.
- Adventure Time: Distant Lands’, episod keempat selama sejam Together Again, yang kali pertama disiarkan pada Sabtu, 12 Jun, jam 9 malam di Cartoon Network dan HBO GO, di mana Finn dan Jake bersatu kembali untuk mengharungi pengembaraan paling penting dalam hidup mereka.
Jangan lepaskan peluang ini untuk meluangkan masa dengan anak-anak kerana kita tahu betapa cepatnya masa berlalu, dan mereka hanya muda sekali sahaja.
Lancarkan Kreativiti Anak Anda Untuk Memenangi Paparan TV
Kesemua kartun dan aktiviti bersama-sama di atas sebenarnya memberi peluang kepada anak anak untuk mempamerkan hasil karya mereka di kaca television dan juga memenangi hadiah istimewa!
APAAAAA?
Mama hanya perlu memuat naik gambar atau video pengembaraan yang dilakukan anak anda di rumah, untuk berpeluang melihatnya disiarkan di kaca TV. Bukan itu sahaja, keluarga anda juga akan berpeluang memenangi pek hadiah Cartoon Network bernilai lebih dari RM600 sambil mencipta kenangan musim panas yang terindah!
Tambahkan ‘Merchandise’ Cartoon Network Sebagai Koleksi Anda!
Ajak anak-anak anda untuk berpakaian dan bersedia untuk BEST SUMMER EVER!
Gayakan anak-anak anda dengan pakaian Tom dan Jerry dari Kidz World MY atau dapatkan kasut daripada Asadi Malaysia koleksi We Bare Bears eksklusif yang sangat selesa di Shopee atau Lazada!
Apa lagi yang tidak lengkap ya?
Ya, beg! Sangat diperlukan untuk anak-anak ke sekolah!
Beli koleksi We Bare Bears yang terbaik dan sangat comel oleh Zakkasg! Daripada plushies, beg galas, beg kantung dan banyak lagi, yang pastinya menarik perhatian anak anda (dan Mama juga!).
Sekarang, apa lagi yang diperlukan oleh anak-anak anda untuk diletakkan di dalam beg mereka?
Semestinya barangan kebersihan diri dan nyahkuman yang tidak boleh dilupakan sejak kebelakangan ini!
Jangan lupa untuk mendapatkan tisu muka Looney Tunes Royal Gold di semua pasar raya besar dan pasar raya terkemuka semasa membeli barangan keperluan harian anda!
Akhir sekali, pernahkah anda mendengar tentang kanak-kanak yang tidak menggemari mainan?
Sudah tentunya tidak!
Pergi ke Toys “R” Us untuk melihat koleksi Tom and Jerry yang lengkap di outlet terpilih. Sekiranya anak Mama berjaya mengatasi kehidupan norma baharu ini, mungkin sudah tiba masanya untuk Mama menghadiahkan mereka dengan beberapa koleksi mainan!
Istimewa: Peraduan Facebook bersama Motherhood
Unutk keseronokan BERGANDA, ini merupakan satu hadiah bonus untuk anda!
Apa yang Mama harus lakukan adalah, Mama hanya harus ke laman Facebook Motherhood.com.my dan cari post yang mempunyai soalan: If your kid could spend Summer with their favourite Cartoon Network character, who would it be and why?
Langkah-langkah menyertai peraduan ini:
- Jawab soalan di atas di bahagian komen.
- Jemput 3 ibu-ibu yang lain untuk menyertai keseronokan BERGANDA ini.
- Kongsi post ini dalam mod public dengan hashtag #CartoonNetworkBestSummerEver
Hantarkan jawapan anda di laman Facebook Motherhood dari 27 Mei hingga 13 Jun dan 10 jawapan paling kreatif berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa!
Khas untuk Pelanggan Astro!
Bersempena dengan sambutan Hari Raya, Astro memberi anda LEBIH banyak sebab untuk BERAYA!
Astro ‘membelanja’ SEMUA pelanggan Astro dengan pelbagai siri popular Cartoon Network bermula dari 26 Mei hingga 13 Jun di saluran On Demand dan di Astro GO, seperti “The Amazing World of Gumball” dan “Ben 10” kepada “We Bare Bears”, “Looney Tunes”, “Tom and Jerry Tales”, dan banyak lagi.
Barulah Mama dan anak-anak dapat menonton rancangan khas Cartoon Network’s Best Summer Ever yang sangat menyeronokkan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja!
Anda mungkin juga merupakan salah satu daripada 100 pelanggan bertuah untuk menonton “Cartoon Network’s Best Summer Ever Specials”. Sekiranya ya, tahniah Mama! Nantikan hadiah istimewa daripada Looney Tunnes dan Tom and Jerry!
Untuk maklumat lebih lanjut, layari promotions.astro.com.my.
Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk “the Best Summer Ever”?
Kongsikan berita baik ini dengan ibu dan ayah lain agar mereka juga dapat menikmati “Best Summer Ever” mereka! Satu emoji menyuarakan seribu patah perkataan, jadi sebelum anda melakukannya, jom muat turun sticker Whatsapp Rangkaian Kartun Best Summer Ever secara PERCUMA! Anda pasti akan menarik perhatian rakan-rakan!
Sementara itu, sambil menikmati aktiviti yang menyeronokkan tanpa henti dengan anak anda, jangan lupa untuk terus menonton Rangkaian Kartun (Astro Ch 615 HD) setiap hari pada pukul 11 pagi, untuk menikmati program percutian sekolah terbaik!
Sebagai alternatif, muat turun aplikasi HBO GO dari App Store atau di Play Store pada telefon pintar anda. Anda juga boleh mengakses HBO GO melalui Astro atau di https://www.hbogoasia.my/.
HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV – dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.