Bila dah lama duduk di rumah waktu COVID-19 ni, anak dah terbiasa dengan rutin di rumah. Jadi nak menyesuaikan diri dengan bangun pagi dan rutin persekolahan yang baru sangatlah rumit bagi mereka. Ada sesetengah anak-anak amat mudah untuk menyesuaikan diri dengan kelas online learning, tapi ada sesetengah pula masih tak boleh nak fokus.
Kalau Mama nak tahu, kanak-kanak pun merasai anxiety, stress dan macam-macam. Bukan senang nak berhadapan dengan guru-guru dan rakan-rakan melalui kelas online je! Ada juga kanak-kanak yang masih tak boleh terima dengan kaedah kelas online ni. Tetapi Mama jangan lah marah anak pula, berikan mereka sikit masa untuk menyesuaikan diri.
Mama Siti nak berkongsi beberapa tips untuk memudahkan dan membantu si manja untuk siap sedia kelas online secara fizikal dan mental!
5 Tips Mama Boleh Lakukan Untuk Bantu Anak Bersedia Kelas Online
1) Pastikan mereka mendapat tidur yang secukupnya
Ada sesetengah sekolah yang mulakan kelas online lebih awal daripada biasa. Jika kelas anak Mama mula pada pukul 8 pagi, pastikan anak Mama dapat tidur yang secukupnya. Ada sesetengah kanak-kanak yang tidur lambat akan hadapi kesukaran nak bangun pagi.
Jadi, mereka akan mengantuk dan tak bersedia untuk belajar online seawal 8 pagi tu! Si manja perlukan tidur yang cukup dalam 8-9 jam tau! Jadi ini akan membantu mereka untuk lebih fokus dan cerdas untuk belajar.
2) Komunikasi dengan anak-anak
Salah satu punca si manja tak bersedia untuk ke sekolah ialah tiada dorongan daripada Mama Papa. Kalau Mama nak tahu, anak-anak sentiasa perlukan sokongan dan dorongan yang cukup daripada kita. Mereka sering perlukan kata-kata semangat daripada orang yang boleh dipercayai dan Mama Papa lah tempat mereka meluahkan perasaan.
Mama kenalah selalu tanya tentang perasaan mereka, jangan sampai mereka pendam! Jika mereka pendam perasaan mereka, ini akan membuat kan mereka mungkin akan terasa murung. Kita kalau boleh nak anak-anak kita lalui kelas online dengan baik dan tenang.
3) Diet Yang Seimbang
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, amatlah penting bagi untuk kita sebagai Mama Papa untuk memenuhi nutrisi mereka dengan secukupnya! Diet yang seimbang amat penting untuk anak-anak kita bersedia untuk menghadapi kelas online. Bila anak-anak selalu dimanjakan dengan fast food, mereka akan mudah penat dan mengantuk tau! Yelah, fast food kan mengandungi banyak lemak.
Jadi, apa yang Mama perlu buat? Mama boleh bantu anak-anak dengan sediakan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan. Kalau anak berada di antara ‘break’ kelas, Mama boleh sediakan buah-buahan yang lazat untuk mereka!
4) Pastikan suasana ‘online class’ selesa
Ini amatlah penting untuk anak-anak rasa sedia untuk ke kelas online. Kadang-kadang, tempat yang bising dan sempit tak sesuai untuk si manja belajar. Suasana ini akan mencetuskan rasa stres dalam diri si manja lalu mereka tak akan rasa bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan.
Mama boleh juga asingkan tempat pembelajaran si manja jauh daripada gangguan TV atau ruang makan. Ruang yang selesa dan bersih akan membuatkan mereka bersedia secara mental dan fizikal!
5) Beri Ganjaran Kepada Si Manja Jika Rajin Dalam Kelas Online
Siapa yang tak suka hadiah kan? Kadang-kadang, si manja perlukan motivasi dan ianya boleh jadi dalam bentuk hadiah yang mereka mahukan. Jika anak Mama susah untuk menghadapi kelas online sekolah, Mama boleh memberi motivasi dengan menawarkan mereka hadiah yang mereka mahu.
Contohnya, “kalau adik pergi rajin kelas online, Mama belikan mainan kegemaran adik!” Haa, mudah kan? Mereka pasti akan siap sedia untuk bangun awal, siapkan kerja sekolah dan banyak lagi. Sudah pastinya mereka akan lebih bersemangat!
6) Sediakan Alat Tulis dan Buku Secukupnya Untuk Kelas Online
Haaa, jangan lupa ya Mama untuk sediakan bahan penting ini. Walaupun duduk di rumah dan belajar online, mereka masih perlukan alat tulis dan buku yang secukupnya. Kedua-dua bahan ini akan menyiapkan diri mereka secara mental dan fizikal tau. Si manja akan lebih bersedia bila lihat alat tulis yang lengkap dan buku yang cukup!
5 Ayat Yang Mama Tak Harus Katakan Kepada Si Manja!
- “Awak ni budak lagi pun stress ke?”
- “Alah, sekolah je pun! Bukan apa sangat”
- “Kalau awak tak pergi sekolah, Mama rotan awak!”
- “Online class je pun, duduk depan laptop tu pun susah ke?”
- “Jangan nangis! Awak ni baby ke?”
Mama Siti nak pesan, jangan sesekali sebut ayat-ayat ini dekat si manja. Kita tak tahu kesukaran mereka bagaimana. Sebagai Mama Papa yang bertanggung-jawab, kita kenalah menjadi yang terbaik untuk mereka. Kita lah yang mereka harus percayai dan tempat bergantung!
Jadi, harapnya tips ini dapat memberi Mama pencerahan bagaimana nak bantu anak sediakan diri secara mental dan fizikal.
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA 5 TIPS UNTUK MAMA BANTU SI MANJA MINAT BELAJAR
Pesan Mama Siti
Walau macam mana sekali pun jangan sesekali paksa anak. Kita kena selalu bagi dorongan dan semangat supaya anak yang dengar pun akan rasa teruja dan seronok nak lakukan sesuatu.