Seperti yang kita tahu kes COVID-19 ni semakin hari semakin meningkat jadi ramai yang mengambil keputusan untuk duduk di rumah dan habiskan masa di rumah bersama pasangan dan anak-anak. Apa aktiviti Mama bersama keluarga hujung minggu ni? Atau masih tak tahu nak buat aktiviti apa? Ha..apa kata mama ajak si manja & papa baking bersama. Mesti best!
Anak-anak juga dapat belajar macam mana nak baking dan proses-prosesnya. Cuba bayangkan, betapa enaknya aroma biskut atau kek yang akan dibuat bersama si manja? Waaah, tak sabar kan!
Paling penting, anak-anak mesti akan rasa gembira dan teruja. Bukan selalu kita dapat luangkan masa bersama kan. Weekdays kita selalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa yang anak-anak pun perlukan masa dengan kita.
Okay, let’s get to the point! Mama Siti ada beberapa resepi yang pernah dicuba bersama si manja. Resepi yang Mama Siti nak kongsi ni sangat mudah untuk dilakukan bersama anak-anak dan tak rumit langsung! Tapi, paling penting Mama perlu guide si manja supaya tak ada perkara yang diigini berlaku di dapur ya!
3 Resepi Pencuci Mulut Yang Enak dan Mudah
#Resepi Baking 1 – Mufin Coklat-Chip
Klasik dan enak. Siapa yang tak suka mufin coklat chip? Mama Siti pasti ini ialah kegemaran kanak-kanak! Paling seronok, ianya sangat mudah untuk dilakukan dan tak sampai 1 jam untuk siap.
Bahan-Bahan:
- 250g tepung penaik
- 1 sudu besar soda bikarbonat
- 150g coklat chip
- 100g gula kastor
- 2 biji telur (dipukul ringan)
- 150ml yogurt
- 100g mentega
Cara-Cara
- Panaskan oven kepada suhu 180 darjah
- Sediakan loyang atau bekas mufin
- Campurkan tepung dan serbuk bikarbonat soda dalam mangkuk yang besar
- Kemudian, masukkan coklat chip dan gula
- Tambahkan telur, yogurt, mentega dan gaulkannya
- Isikan kesemuannya dalam bekas mufin yang telah disediakan. Tunggu selama 20-25 minit sehingga mufin keperangan.
#Resepi Baking 2 – Biskut Red Velvet
Semanis red velvet dan sangat crunchy! Biskut ni senang sangat nak buat dan paling best, boleh disimpan dan tahan lama. Kalau nak makan bila-bila dengan keluarga pun boleh.
Bahan-Bahan
- 175g mentega
- 200g gula perang
- 100g gula kastor
- 1 biji telur
- 2 tsp ekstrak vanila
- 1 ½- pewarna makanan merah
- 225g tepung
- 25g serbuk koko
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- 150g coklat chip putih
Icing Biskut
- 2 sudu besar krim keju
- 6 sudu besar icing gula
Cara-Cara
- Pukulkan mentega dengan gula bersama sehingga gebu
- Masukkan telur, vanila, pewarna makanan merah
- Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko
- Gaulkan sehingga sebati dan masukkan coklat chip sehingga menjadi doh
- Letakkan doh di atas kertas baking
- Bentukkan ia menjadi bulat-bulat kecil di atas bekas pembakar
- Bakar dalam 190 sudu darjah selama 13-15 minit sehingga rangup
- Setelah ianya siap, letakkan dan hias icing krim cheese yang telah disediakan awal tadi.
Pastikan untuk membakarnya dalam beberapa batch biskut okay! Jangan penuhkan bekas pembakar, nanti tak jadi pula!
#Resepi Baking 3 – Kek Swiss Roll Vanila Rasberi
Resepi klasik yang enak dan mudah untuk dibuat, dipenuhi dengan rasa manis vanila serta jam rasberi yang membuatkan anak-anak nak lagi dan lagi!
Bahan-Bahan:
Untuk Kek Sponge
- 3 biji telur
- 75g gula kastor
- 90g tepung
- Secubit baking powder
Untuk Filling Kek Sponge
- 1 sudu besar susu segar
- 125g gula icing
- 1 sudu besar perisa vanila
- 75g mentega
- 2 sudu besar jam rasberi
Cara-Cara
- Panaskan oven dalam 200 darjah celsius
- Gaulkan telur dan gula sehingga gebu dan tebal
- Campurkan tepung dan ulikannya secara lembut
- Ratakan doh dan terus masukkanya ke dalam bekas pembakar
- Bakar dalam 7-8 minit sehingga gebu
- Letakkan sedikit gula kastor di atas kek swiss roll yang telah dibakar
- Campurkan icing gula, perisa vanila, susu dan mentega di atas kek swiss roll
- Isikan kek swiss roll dengan jam rasperi
- Dan gulungkan kek swiss roll dengan berhati-hati.
Itu adalah top 3 resepi baking yang mudah dan enak untuk dilakukan bersama anak-anak. Yang pasti.. perut pun akan gembira! Kalau Mama nak tahu, baking ni banyak manfaatnya, dan ianya juga ialah kemahiran hidup bagi anak kita.
Anak-anak juga akan dapat belajar cara berkomunikasi dengan lebih berkesan dan baik. Si manja juga dapat menambah keyakinan diri mereka. Mama dan Papa harus kerap memberi dorongan dan pujian supaya mereka akan lebih berkeyakinan.
Yelah, siapa je tak suka dipuji kan? Manalah tahu, masa lakukan aktiviti ni, kita cungkil bakat anak-anak kita yang dalam diam berbakat dalam bidang baking! Haa, si manja juga akan lebih berimaginasi dan kreatif dalam melakukan aktiviti baking ni. Mereka akan ada idea yang bernas dan kreatif dalam menyusun corak atau bentuk-bentuk cookies.
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA 5 IDEA RESEPI LUNCH BOX MUDAH UNTUK ANAK-ANAK
Pesan Mama Siti
Mama Siti rasa, baking ni menyeronokkan dan aktiviti yang paling best nak merapatkan hubungan keluarga. Mama Siti harap, Mama di luar sana boleh lah cuba tips dan resepi yang dikongsikan ini supaya hujung minggu mama akan dimaniskan dengan kek dan cookies yang menyelerakan.. Selamat mencuba, Mama!