Pernah tak Mama risau dan tertanya-tanya jika anak-anak tidak membesar dengan berat badan yang sepatutnya dan saiz yang ideal? Sekali-sekala, ada datang kegusaran dan was-was di dalam diri sama ada Mama Siti sudah memberikan makanan dan suplemen yang mencukupi untuk anak-anak membesar dengan sihat dan cerdas.
Mama Siti menjadi lebih risau apabila hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019: Kesihatan Ibu dan Anak menunjukkan sebanyak 21.8%, iaitu 1 dalam 5 kanak-kanak Malaysia di bawah lima tahun dilaporkan terbantut, di mana ia menunjukkan satu peningkatan yang agak ketara; daripada 17.7% pada tahun 2015 dan 16.6% pada tahun 2011.
Namun begitu, lebih 50% ibu bapa di Malaysia masih tidak peka tentang isu tumbesaran dalam kalangan anak-anak kita. Tak boleh macam tu ye Mama! Pengambilan nutrisi yang mencukupi adalah sangat penting buat anak-anak.
Ibu bapa digalakkan mencuba untuk memberikan makanan berkhasiat dan diet yang lengkap kepada anak-anak. Diet yang lengkap termasuklah bahan tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Di samping itu, setiap kanak-kanak juga memerlukan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk tumbesaran.
Siapakah Yang Memerlukan Vitamin dan Mineral dalam Makanan Tambahan?
Ibu bapa seharusnya mencuba untuk memberi diet dan pemakanan yang lengkap dan sihat untuk anak. Walaupun kebanyakan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak mudah didapati di dalam diet harian, masih ramai kanak-kanak yang tidak mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi untuk tumbesaran yang optimum.
Dengan masa yang terhad, kebanyakan ibu bapa yang bekerja sama ada di pejabat atau bekerja dari rumah, tidak mampu atau mungkin akan tergesa-gesa untuk menyediakan masakan home-cooked yang sihat dan lengkap setiap kali waktu makan. Oleh sebab itulah, pakar kanak-kanak menasihatkan pengambilan makanan tambahan atau suplemen bagi membantu melengkapkan keperluan badan anak supaya membesar dengan sihat.
Vitamin dan mineral dalam bentuk suplemen ini digalakkan pengambilannya terutamanya bagi kanak-kanak yang disenaraikan seperti berikut:
- Kanak-kanak yang memilih makanan dan enggan untuk mengambil semua jenis makanan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kanak-kanak yang gemarkan makanan ringan, makanan segera dan snek-snek lain.
- Kanak-kanak yang hanya makan sayur-sayuran sahaja, atau juga dikenali sebagai vegetarian atau vegan.
- Kanak-kanak yang gemar minum minuman berkarbonat dan soda yang boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral ke dalam tubuh badan anak-anak.
Ramai pakar pediatrik yang mencadangkan pengambilan suplemen atau makanan tambahan dalam membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh anak. Namun begitu, adalah digalakkan untuk Mama berbincang dengan doktor sebelum memberi vitamin dan mineral tambahan untuk anak-anak. Pastikan suplemen yang diberikan kepada anak-anak mempunyai pengiktirafan dan pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjamin keselamatan anak.
Produk suplemen yang dikeluarkan VitaHealth dihasilkan dengan menitikberatkan keperluan dan kehendak kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat vitamin dan mineral yang selengkapnya dengan senang hati. Mama Siti ingat lagi betapa payahnya Mama Siti terpaksa ‘berperang’ dengan anak ketika meminta mereka makan produk suplemen yang dibeli dari farmasi. Tetapi, apabila Mama Siti menukar kepada produk suplemen VitaHealth, mereka ternanti-nanti waktu untuk mengambilnya. Malah ada yang meminta lebih dari yang sepatutnya, hingga Mama Siti terpaksa memantau pengambilan produk suplemen mereka.
Mama Siti sangat mencadangkan Mama untuk mencuba produk suplemen VitaHealth kerana terdapat pelbagai manfaat untuk kesihatan anak-anak.
VitaHealth Kids Gummies with Calcium & Vitamin D3
Seperti yang kita sedia maklum, kalsium adalah mineral penting yang wajib untuk badan terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar kerana mereka memerlukan tulang dan gigi yang kuat untuk kekal sihat dan cergas. Vitamin D3 pula diperlukan untuk membantu tulang dan gigi menyerap kalsium yang ada di dalam badan.
VitaHealth Kids Gummies with Calcium & Vitamin D3 adalah satu hasil inovasi dan kajian yang mendalam oleh pakar-pakar R&D VitaHealth yang menggabungkan dua unsur penting untuk tumbesaran kanak-kanak iaitu kalsium dan vitamin D3. Ia membantu menguatkan tulang dan gigi, melancarkan pergerakan dan pengecutan otot serta meningkatkan tahap imunisasi kanak-kanak. Ia juga membantu mempercepatkan pembekuan darah serta menghalang risiko penyakit riket yang menyebabkan tulang lembut serta mudah patah dan berbahaya untuk kanak-kanak.
Kekurangan kalsium dan vitamin D boleh menyebabkan kuku dan gigi mudah reput, rosak dan patah. Ia juga akan merendahkan metabolisme anak dan membuatkan anak kurang bertenaga dan sentiasa letih. Ada juga kanak-kanak yang kekurangan kalsium dan vitamin D3 ini mengadu sakit dan lemah otot.
VitaHealth Kids Gummies with Calcium & Vitamin D3 sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. Ia juga tidak mengandungi sebarang laktosa yang mana sesuai untuk anak yang menghadapi intoleransi laktosa mengambilnya. Ia juga tidak mengandungi sebarang alergen atau pengawet tambahan.
VitaHealth Kids Multivits Jellybean
Antara produk VitaHealth lain yang Mama boleh cuba juga ialah VitaHealth Kids Multivits Jellybean. Jellybean berperisa epal ini mengandungi 12 jenis vitamin dan mineral utama yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran badan serta minda yang sihat dan cerdas. Ia juga memberi tenaga tambahan kepada kanak-kanak serta meningkatkan tahap imunisasi badan.
Antara mineral penting yang terdapat dalam VitaHealth Kids Multivits Jellybean termasuklah iodin yang diperlukan untuk penghasilan hormon tiroid bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Ia juga penting untuk membantu perkembangan otak anak-anak agar membesar dengan cerdik. Vitamin A, C, E dan zink membantu meningkatkan pertahanan badan manakala vitamin D dan K1 meningkatkan kesihatan tulang. Vitamin B adalah penting untuk penghasilan tenaga anak-anak.
VitaHealth Kids Menjadi Kegemaran Anak-anak
Mama Siti yakin yang kedua-dua produk VitaHealth Kids ini akan menjadi vitamin ‘favourite’ anak-anak kerana ia memang meletakkan keutamaan untuk melengkapkan diet kanak-kanak dengan cara yang menyeronokkan. Yang pentingnya, produk ini mempunyai penutup rintang kanak-kanak supaya anak-anak tidak boleh mengambilnya tanpa pengetahuan Mama.
Mama boleh melayari laman web VitaHealth jika Mama perlukan maklumat lanjut berkenaan dengan produk-produk VitaHealth Kids yang lain. Baru-baru ini, VitaHealth telah memperkenalkan beberapa karakter harimau iaitu Gogo, Emma, Loki dan Paco untuk menghiasi pakej dan bekas suplemen VitaHealth Kids. Maskot-maskot ini sangat comel dan pasti akan memudahkan Mama menarik minat anak untuk mencubanya.
Mama juga boleh muat turun sticker WhatsApp maskot ini untuk menyerikan perbualan dengan ahli keluarga dan kawan-kawan.
Jangan lupa untuk mendapatkan suplemen VitaHealth Kids di CARiNG Pharmacy, AA Pharmacy dan juga farmasi-farmasi utama yang lain, atau secara atas talian di Motherhood.com.my hari ini.