Bila seharian Mama di pejabat dengan pelbagai urusan, perkara terakhir yang Mama harapkan adalah ketenangan apabila berada di rumah, bukan? Tapi, cuba bayangkan sedang asyik menyiapkan si comel, dimandikan, disapukan losen dan sebagainya, bila tiba waktu hendak memakaikan lampin, Mama terperasan bintat-bintat merah di kulit gebu si anak.
Mana pula datangnya nyamuk durjana yang berani mengusik si manja tercina? Mulalah Mama periksa setiap pelusuk rumah, untuk memastikan tidur anak tenteram tanpa gangguan dek gigitan nyamuk yang membisakan itu. Kesian kat anak, bila gatal digigit nyamuk, bukannya dia mampu untuk melawan malah mengadu.
Bila semua tempat sudah digeledah, Mama yakin bintat merah dek gigitan nyamuk itu sebenarnya datang dari rumah babysitter si manja. “Ah, sudah! Takkan nak pergi spray areosol kat rumah babysitter pulak?” detik hati Mama.
Ye, Mama Siti paham. Naluri ibu untuk melindungi itu sangat kuat, apatah lagi jika bayi berusia bawah 2 tahun dan belum mampu untuk berbicara. Masalah digigit nyamuk bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Mungkin ianya perkara biasa, tetapi, gigitan nyamuk pada bayi boleh membawa kepada risiko lebih besar berbanding dengan anak-anak yang sudah besar. Tambahan pula bila kes denggi dan sebagainya makin menjadi-jadi di negara kita ini. Mesti mama akan tambah risau.
Mama Siti rasa mesti banyak perkara tentang nyamuk yang pernah mama dengar bukan? Tapi, Mama tahu tak bahawa tak semua yang kita rasa kita tahu itu benar? Mama Siti nak kongsikan 3 mitos popular berkenaan nyamuk yang mungkin mama pernah tahu.
Jom kita bongkar fakta tentang mitos nyamuk:
#1 Nyamuk Menyerang Bayi Hanya Pada Waktu Malam
Kebanyakkan kita akan memastikan anak-anak tidak bermain di luar apabila menjelang waktu senja dan malam. Ini kerana nyamuk dipercayai nyamuk aktif dan menyerang pada waktu malam.
Hakikatnya, menurut badan bertanggungjawab USA Centers for Disease Control and Prevention (CDC), majoriti nyamuk yang membawa pelbagai penyakit berjangkit aktif dan menyerang mangsanya pada waktu-waktu yang berbeza.
Tahukan Mama yang nyamuk Aedes, penyebar virus Zika hingga menyebabkan demam denggi, selalunya akan menyerang di siang hari. Nyamuk Anopheles yang menyebarkan malaria serta nyamuk Culex yang menyebabkan bengkak di lengan, kaki atau celah kelangkang, lebih cenderung mencari mangsanya pada waktu malam.
Jadi, Mama jangan ingat dengan hanya menyembur racun serangga atau memasang ubat nyamuk pada waktu malam menjamin keselamatan yang si comel tidak akan diserang nyamuk di siang hari ya.
#2 Bayi Selamat Dari Gangguan Nyamuk di Bilik Berhawa Dingin
Mitos ini adalah fakta sahih! Jika bayi berada di dalam bilik berhawa dingin yang pintu dan tingkapnya bertutup rapat akan membuatkan risiko digigit nyamuk lebih rendah.
Namun demikian, nyamuk Aedes mempunyai kemampuan untuk membiak dan hidup di tempat-tempat lembab dan berair seperti di bekas pasu bunga dan mangkuk haiwan belaan yang ada di dalam rumah.
Maka dengan itu, walaupun kita sudah memastikan bilik berhawa dingin dan bertutup rapat, Mama juga digalakkan menggunakan jaring atau kelambu penghalang nyamuk bagi memberi bayi tidur dengan selesa dan selamat tanpa gigitan nyamuk.
#3 Nyamuk Menggigit Bayi Yang ‘Berdarah Manis’
Ada di antara kita yang beranggapan bayi kerap menjadi mangsa gigitan nyamuk kerana dia ‘berdarah manis’. Mama Siti tak berapa jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan darah manis. Tetapi, mengikut pakar kesihatan, Dr Baumann-Blackmore ada menerangkan yang jenis darah bukanlah penyebab utama yang mendorong nyamuk menggigit mangsanya.
Sebaliknya, mereka yang mempunyai suhu badan yang tinggi disebabkan demam, faktor genetik atau hanya seorang yang aktif lebih cenderung menjadi mangsa gigitan nyamuk.
Memakai pakaian gelap seperti warna hitam dan biru tua juga menjadi faktor nyamuk hinggap.
Sebenarnya, ada beberapa petua dan cara untuk mengurangkan kecenderungan nyamuk untuk hinggap dan menggigit bayi. Antara petua yang Mama Siti dapati agak berkesan ialah dengan penggunaan serai wangi.
Petua & Cara Untuk Melindungi Bayi Daripada Digigit Nyamuk
> Serai Wangi Sebagai Penghindar Gigitan Nyamuk
Kita sudah terbiasa menggunakan semburan aerosol untuk menghalau nyamuk daripada mengganggu dan menggigit bayi tersayang. Tetapi, ini agak berbahaya kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan, secara amnya.
Antara alternatif semulajadi yang boleh Mama cuba ialah dengan menggunakan serai wangi.
Serai bukan sahaja digunakan di dalam masakan atau minuman. Malah bau yang dihasilkannya secara semulajadi dapat menghalau nyamuk untuk mendekati mangsanya. Sebab itu lah minyak atau krim penghalang nyamuk kebanyakkannya berasaskan serai.
Namun begitu, menggunakan krim penghalang nyamuk atau mosquito repellent tidah digalakkan digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang berumur 36 bulan ke bawah.
Kalau begitu, bagaimana dengan bayi kecil yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk?
Ha! Hari ni, Mama Siti nak kongsi satu idea inovatif daripada MamyPoko bagi menyelesaikan kerisauan mama di luar sana.
Pasukan R&D MamyPoko aktif menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan penyelesaian pada permasalahan ini. Hasilnya ialah terciptanya lampin anti-nyamuk yang pertama dikenalkan di dunia, MamyPoko Extra Dry Protect.
Keunikan Lampin MamyPoko Extra Dry Protect
Lampin berteknologi tinggi ini sangat unik dan membantu menghalang gigitan nyamuk pada si bayi tercinta. Ia mengandungi ekstrak serai wangi dalam bentuk kapsul mikro yang menghindarkan nyamuk untuk datang hinggap. Jadi, kuranglah kebarangkalian untuk bayi digigit nyamuk, tak kira siang atau malam.
Cara Penggunaan Lampin MamyPoko Extra Dry Protect
Bagaimana Mama hendak menggunakan lampin ini? Mudah saja. Mama cuma perlu tampal dan gosok pada permukaan pita pelekat yang tersedia untuk mengaktifkan fungsi Antimos. Ianya selamat untuk bayi kerana tidak menggunakan alkohol atau bahan kimia DEET yang banyak terdapat di dalam campuran mosquito repellent yang ada di pasaran. Ia juga direka untuk tidak bersentuh dengan kulit bayi yang sensitif.
Mama Siti cukup puas hati apabila menggunakan lampin MamyPoko Extra Dry Protect ni. Anak dapat tidur lena dan berkualiti sepanjang malam dan bila jemput dia dari rumah babysitter pun sentiasa ceria tanpa sebarang gigitan nyamuk.
Tahu tak lampin MamyPoko Extra Dry Protect ini mempunyai semua faedah yang sama dengan MamyPoko Extra Dry, tetapi ditambah dengan fungsi Antimos! Dengan kuasa serapan yang tinggi dan bertahan lama sehingga 12 jam, Bersama dengan teknologi Speed Airwave dan 360’ Air Flow yang memberikan pengaliran udara yang membuatkan bayi berasa sentiasa kering dan selesa, si manja bolehlah menikmati tidur lena sepanjang malam!
Jadi, mama tunggu apa lagi? Dapatkan maklumat lanjut tentang lampin MamyPoko Extra Dry Protect di laman rasmi MamyPoko hari ini.