Mama perasan tak ada tanda gatal merah-merah pada anak mama? Kalau ada, itu ialah Ekzema bayi! Ekzema bayi ialah radang pada kulit bayi yang menunjukkan kesan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.
Kenapa Bayi Mama Ada Ekzema?
- Keturunan
- Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
- Infeksi virus
- Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi
- Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan
Apa Yang Perlu Mama Perlu Lakukan?
Pertama sekali, Mama perlu bawa anak ke klinik atau hospital berjumpa dengan doktor untuk diagnos anak mama serta rawatan. Kemudian, doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk anak Mama.
- Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
- Losyen pelembap, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan
- Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Ubat-ubat ni ialah untuk kawal kegatalan ekzema dan bukan menghilangkan. Take note tau Mama!
Tak Bahaya Ke Kalau Anak Mama Gunakan Steroid?
Untuk pengetahuan Mama, Steroid selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika kalau digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. Paling penting, gunakan krim steroid pada dos yang betul dengan nasihat doktor tau! Jangan main guna je ikut suka hati kita tau Mama. Bahaya nanti!
Perkara Yang Harus Dilakukan Jika Anak Mama Mempunyai Ekzema!
- Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
- Pastikan kuku bayi sentiasa dipotong pendek untuk elak menggaru
- Elakkan mandi air panas/suam
- Elakkan memakai baju berlapis-lapis
- Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis
- Elakkan dari fabrik yang kasar
- Jangan gunakan sabun apabila mandi
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor
Pelembap Mana Sesuai Untuk Bayi Ekzema?
Pelembap yang sesuai dapat menghindari ekzema berulang semula. Oleh itu, sapuan pelembap mestilah menjadi satu rutin.
Ada banyak jenis pelembap di pasaran dan pemilihan pelembap bergantung kepada tahap kekeringan kulit, cuaca dan kesesuaian bayi dengan isi kandungan pelembap itu.
Secara amnya kulit ekzema adalah kering dan perlu pelembap yang berminyak untuk ‘cover’ seluruh kawasan berekzema. Sapuan pelembap perlu diulang dengan kerap apabila kulit menjadi kering semula.
Pilih jenis pelembap mengikut kesesuaian cuaca. Contohnya pelembap yang kurang berminyak berbentuk krim, sesuai digunakan di waktu panas. Pelembap yang jenis berminyak sesuai disapu pada waktu malam atau udara kering contohnya jika pasang penghawa dingin.
Produk yang tinggi kandungan minyaknya seperti 100% petroleum jelly melembapkan kulit dengan lebih lama dan sesuai digunakan untuk kulit yang sangat kering.
Kulit bayi boleh mendapat alahan kepada produk yang mempunyai kandungan pewangi, pewarna dan pengawet oleh itu sebaiknya pilih pelembap yang khas untuk kulit bayi sensitif.
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA ANAK ADA ALAHAN TELUR. APA MAMA BOLEH LAKUKAN?
Pesan Mama Siti
Jangan risau, Mama. Ekzema boleh dirawat dan tak berjangkit. Pesanan Mama Siti yang terakhir ialah untuk sentiasa rujuk pakar dan bukannya pandai-pandai diagnos anak sendiri tau! Pastikan ubat yang diambil juga ialah daripada nasihat doktor.