Menjadi seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi buat wanita yang bakal menjadi ibu buat pertama kalinya. Masih terngiang-ngiang diingatan sewaktu pertama kali mendapat berita yang Mama Siti bakal menjadi mama. Bersyukur sangat!
Pelbagai persoalan yang Mama Siti fikirkan. Mampukah Mama Siti menjadi ibu terbaik buat bayi dalam kandungan? Apa yang harus dilakukan apabila bayi meragam? Bagaimana reaksi bayi ketika sakit? Mama Siti ingat lagi betapa tak senang duduknya Mama Siti ketika itu.
Antara perkara yang merungsingkan Mama Siti ialah memilih produk penjagaan kulit yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan.
Melihatkan keadaan bayi jiran yang sering mendapat ruam dan kemerahan kerana tidak sesuai dengan produk yang digunakan, bertambah panik Mama Siti dibuatnya. Mama cuba mendapatkan pendapat kawan-kawan yang berpengalaman. Tetapi, lain pula halnya apabila Mama Siti berkongsi pendapat dengan ibu mertua. Mak tak berapa setuju dengan produk yang dicadangkan. Kata Mak, cucu saudaranya di kampung mendapat alahan apabila menggunakan produk itu.
Mama Siti jadi bertambah keliru. Mama Siti cuba mendapatkan nasihat dari pakar kanak-kanak. Daripada maklumat yang diberi, Mama Siti terus membuat rujukan tambahan hinggalah Mama Siti jelas dan faham produk yang terbaik untuk bayi dalam kandungan.
Mama Siti sangat faham dengan dilema yang Mama semua hadapi. Risau, rungsing, dan sebagainya. Janagn risau, anda tidak keseorangan. Kita semua bermula di tahap yang sama.
Masalah Kulit Bayi & Tips Penjagaan Yang Baik
Setiap bayi semuanya comel-comel belaka. Namun mengendalikannya tidaklah semudah yang kita sangka. Kulit adalah organ terbesar pada manusia dan memainkan peranan penting. Kulit bayi yang gebu dan lembut lebih mudah mendapat jangkitan dan masalah kulit.
Antara masalah kulit yang sering diambil mudah tetapi kerap dihadapi bayi termasuklah ruam panas, ruam lampin, cradle cap dan dermatitis (atopic eczema).
Kebiasaannya, simptom-simptom bayi yang menghadapi masalah kulit semuanya sama. Adanya bintik dan ruam merah dileher, lengan, sendi-sendi mahupun dibahagian lampin. Kondisi craddle cap pula ialah kondisi kulit kepala yang berkerak atau bersisik.
Sebenarnya, masalah kulit bayi ini boleh dielakkan dengan cara penjagaan kulit bayi yang betul. Tiga perkara penting yang harus dititikberatkan dalam penjagaan kulit bayi ialah pengunaan lampin yang betul, pemakaian baju yang bersesuaian dan penjagaan peralatan bayi yang selamat.
#1 Amalan pengunaan lampin yang betul.
Tukar lampin sekerap mungkin, bersihkan dan keringkan dengan betul. Sapukan krim dan biarkan ia meresap ke dalam kulit sebelum memakaikan lampin. Pastikan lampin tersebut juga merupakan saiz yang tepat buat bayi anda.
#2 Pemakaian yang bersesuaian
Pakaian yang sesuai dengan suhu sekeliling mempengaruhi kesihatan kulit bayi. Pilihlah fabrik seperti kapas yang tidak memerangkap haba seperti fabrik poliyester atau nilon.
Pilih pakaian yang longgar. Sentiasa pastikan badan bayi dalam keadaan sejuk dan letakkan bayi di dalam bilik yang berangin atau yang ada pengudaraan yang baik.
#3 Peralatan penjagaan bayi yang selamat
Ha! Inilah yang selalu menghantui benak fikiran Mama, kan? Terlalu banyak bahan di internet hingga buntu mana hendak dipilih. Terlalu banyak terma yang digunakan hingga keliru jadinya. Memilih produk penjagaan kulit bayi yang selamat dan bagus bukanlah satu kehendak, tapi keperluan yang wajib.
Jadi produk bagaimanakah yang sesuai dan selamat untuk bayi tercinta Mama?
Tips Memilih Produk Penjagaan Kulit Bayi
Untuk panduan Mama, di bawah merupakan perkara-perkara yang Mama perlu ambil perhatian dalam memilih produk penjagaan yang baik untuk kulit bayi. Antaranya:
- Pilih produk yang memang direka khas untuk kulit bayi.
Kulit bayi dan orang dewasa memerlukan bahan kandungan berbeza dan tidak boleh dicampuraduk.
- Produk tanpa paraben.
Paraben adalah bahan pengawet yang terdapat di dalam kebanyakan bahan kosmetik dan penjagaan kulit. Kulit bayi lebih cenderung untuk menyerap paraben dan ini berisiko menyebabkan jangkitan kuman dan bakteria kepada bayi anda.
- Berhati-hati dengan produk ‘semulajadi’ tiruan.
Kini, kita terlalu asyik dengan strategi pemasaran untuk membeli produk asli semulajadi tanpa mengambil peduli bahan-bahan sebenar sesuatu produk. Pastikan produk yang Mama beli diyakini ketulenan sumbernya.
- Guna produk hypoallergenic.
Produk hypoalergenic bermaksud produk yang telah diuji dan disahkan tidak memberi kesan iritasi dan alahan kepada kulit bayi. Pastikan ianya produk yang mendapat pengesahan dari pakar.
Cetaphil, Produk Penjagaan Bayi Yang Selamat dan Sesuai
Sebenarnya, terdapat banyak produk barangan bayi yang berada di pasaran. Tetapi, daripada pengalaman Mama Siti sendiri, Mama Siti lebih senang dan selesa menggunakan produk Cetaphil untuk melidungi si manja tercinta. Alhamdulillah, Cetaphil tidak pernah mengecewakan dan tidak pernah merisaukan apabila Mama Siti mula menggunakannya. Si intan payung Mama Siti pun gembira dan tenang apabila lengkap dirapi dan didandankan dengan produk Cetaphil.
Produk Bayi Cetaphil diformulasikan khas untuk bayi seawal sehari kelahiran. Ya! Ianya khusus merawat dan merapi kulit bayi yang sensitif dan lembut itu. Kesemua produk Bayi Cetaphil memang hypoallergenic, tiada paraben dan mengandungi ekstrak mineral yang diperlukan kulit. Tidak mustahillah jika produk ini mendapat pengiktrafan dan sokongan dari pakar kesihatan kanak-kanak dan menjadi produk no 1 pilihan ibu bapa di Malaysia.
Cetaphil sentiasa mengambil inisatif untuk menyelidik dan membangunkan produk barangan mereka supaya memberi manfaat buat masyarakat. Baru-baru ini, Cetaphil sudah pun mengeluarkan produk baru yang WAJIB ada dalam koleksi untuk bayi Mama semua. Produk yang dimaksudkan ialah Cetaphil Baby Advanced Protection Cream.
Krim Cetaphil Baby Advanced Protection ini melindungi kulit si manja daripada kering, kerengsaan dan alahan yang membuatkan bayi tidak selesa dan mudah meragam. Istimewanya krim Cetaphil Baby Advanced Protection ini bukan sahaja mampu melindungi, malah merawat dan menyuburkan kulit bayi yang gebu itu.
Terdiri daripada bahan Organic Calendula tulen yang disahkan, Allantolin dan Shea Butter, krim istimewa ini sangat lembut pada kulit dan boleh digunakan di seluruh badan. Mama sendiri akan rasa perbezaannya ketika menyapukan krim ini di atas kulit bayi. Kegunaannya yang pelbagai boleh menghilangkan ketidakselesaan kulit bayi yang kering, bersisik dan naik ruam. Ia tidak mempunyai sebarang pengawet tambahan dan paraben dan kesannya boleh dirasai sehingga 8 jam.
Selain daripada itu, Mama juga bolehlah melengkapi koleksi barangan Cetaphil seperti:
- Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo yang sangat lembut untuk kulit badan dan kepala bayi serta memberi bau yang segar dan harum. Keberkesanan mandian dan syampu Cetaphil ini diuji dan disahkan secara klinikal dan diiktiraf oleh pakar. Ianya tidak memedihkan mata, serta membersihkan kulit kepala tanpa meninggalkan kesan kering pada kulit bayi.
- Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash diperkaya dengan aloe vera yang menghasilkan buih yang selamat dan pastinya membuatkan pengalaman waktu mandi satu pengalaman yang menyenangkan. Ia membersihkan kulit sensitif bayi tanpa membuat kulit menjadi kering selepas menggunakannya. Kulit bayi pula menjadi bertambah segar dan bayi menjadi ceria setiap kali selepas mandian.
- Cetaphil Baby Shampoo diformulasikan daripada bunga camomile yang menghasilkan bau yang harum. Syampu ini juga mengandungi bahan-bahan yang sesuai untuk kulit kepala bayi yang sensitif serta merapikannya. Ternyata, setelah menggunakan syampu bayi Cetaphil ini, pasti Mama asyik menyisir rambut dan mencium kepala bayi yang tenang dan segar itu.
- Cetaphil Baby Daily Lotion pula merupakan losyen pelembab yang menyuburkan dan merawat kulit sensitif bayi serta diuji oleh pakar kulit. Ianya mampu membuatkan kulit bayi sentiasa segar sehingga 24 jam.
Mama Siti suka sangat dengan produk Cetaphil. Selain daripada terjamin akan keselamatannya, diikitiraf oleh pakar dermatologi dan disokong oleh pakar kesihatan kanak-kanak serta duji secara klinikal, ternyata produk Cetaphil amat berkesan dan tidak mengecewakan. Ia juga dipek dengan berhati-hati dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Jadi Mama tak pelu risau untuk menggunakannya dimana-mana dan pada bila-bila masa.
Kalau Mama perlukan maklumat lanjut mengenai produk barangan Cetaphil, boleh layari laman rasmi Cetaphil, Facebook Cetaphil, Instagram Cetaphil, dan YouTube.
Jadi, Mama tunggu apa lagi? Jom miliki Cetaphil Baby Advanced Protection Cream hari ni juga!