Mama Papa mesti selalu dengar kes keracunan makanan melibatkan anak-anak di sekolah kan? Selalunya ia terjadi disebabkan kebersihan makanan di kantin sekolah yang tak memuaskan sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan berlaku. Jadi, Mama Papa perlulah mengambil inisiatif lain dengan menyediakan sendiri resepi lunch box untuk anak-anak kita supaya dapat mengelakkan dari keracunan makanan.
Bagi suri rumah pasti tak menjadi masalah tapi bagi Mama Papa yang bekerja pula macam mana? Mana nak siapkan anak-anak, mana nak masak lagi. Pasti terkejar-kejar, sudahnya lambat sampai ke pejabat.
Jangan runsing, jangan risau sebab Mama Siti akan kongsikan 5 resepi lunch box yang mudah untuk bekalan anak-anak. Resepi-resepi ini mudah dibuat dan tak perlukan masa yang lama pun untuk siapkan. Selamat mencuba!
5 Idea Resepi Lunch Box Yang Senang dan Cepat
1. Sandwich
Sandwich boleh dikatakan antara resepi lunch box yang popular dan paling mudah mama papa sediakan untuk anak-anak. Pelbagai jenis sandwich yang mama papa boleh sediakan seperti sandwich telur, sandwich tuna, sandwich sardin dan juga sandwich peanut butter. Dengan kepelbagaian ini, anak-anak pasti tak jemu untuk bawa bekal setiap hari.
2. Kuih-muih frozen
Industri makanan frozen kini dah semakin berkembang dengan harga yang sangat mampu milik. Antara kuih-muih frozen yang boleh dijadikan sebagai bekal adalah karipap, sardin roll, roti goreng dan juga popiah. Kuih-kuih ini sesuai untuk anak-anak yang tak gemar makan makanan berat tapi masih tetap mampu untuk memberi tenaga yang secukupnya.
3. Sosej/Nuget
Selain daripada kuih muih frozen, mama papa juga boleh sediakan makanan yang dah diproses seperti sosej, nuget, fishball dan juga fries untuk anak-anak. Makanan-makanan ini selalunya mampu untuk membangkit selera anak-anak yang susah untuk makan. Cuma janganlah bagi selalu ye!
4. Pasta
Kalau nak bekalkan lunch box yang lebih berat untuk anak-anak, mama papa bolehlah sediakan pasta seperti spaghetti bolognese atau carbonara untuk mereka. Kebiasaannya anak-anak juga lebih menggemari pasta daripada nasi.
5. Makanan bergoreng
Selain dari makanan yang diatas Mama juga boleh sediakan makanan yang bergoreng seperti nasi goreng, mee goreng dan juga bihun goreng. Dengan memasak sendiri, kita boleh letakkan lauk dan sayur yang lebih banyak untuk keseimbangan pemakanan anak-anak kita.
Untuk memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi, kita boleh menambah buah-buahan yang segar di dalam set lunch box mereka seperti buah oren, epal, pisang, tembikai dan juga strawberi.
Mama papa juga boleh menghias lunch box anak-anak agar ia kelihatan comel dan menarik. Seperti dalam satu akaun tiktok @sulheejessica di mana dia berkongsi cara-cara dia menyediakan resepi lunch box untuk anak-anaknya dengan cara yang sangat kreatif. Sebab tu anak-anaknya teruja untuk bawa bekal ke sekolah setiap hari!
Mungkin Mama Papa juga boleh adaptasikan idea resepi lunch box Jessica ini untuk anak-anak Mama Papa. Selain dari menyediakan pelbagai menu yang berkhasiat untuk anak-anak, Mama Papa juga dapat membangkitkan selera anak-anak. Air tangan kita kan mampu ikat kasih sayang keluarga. Tak gitu?
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA RESEPI PERAPAN AYAM UNTUK STOK 7 HARI
Pesan Mama Siti
Bagi Mama Siti biarpun kita seorang yang bekerja mahupun bekerjaya adalah lebih baik jika kita sendiri yang menyediakan lunch box anak-anak. Lebih bersih dan selamat untuk dimakan. Tak adalah anak-anak kita terdedah dengan keracunan makanan.