Memang tak dinafikan, bila kerajaan mengumumkan yang kita semua dah boleh keluar rumah, ramai Mama Papa yang membawa anak keluar kan. Yelah, mana taknya, dah lama duduk terperap kat rumah berkurung boleh stress tau. Nak bawa anak keluar jalan-jalan tu boleh tapi kena sediakan ekstra perlindungan untuk anak-anak. Almaklumlah COVID-19 ni masih belum hilang. Apatah lagi kes di negara kita sekejap naik, sekejap turun. Jadi kita sebagai Mama Papa kenalah berjaga-jaga.
Mama Siti puji lah langkah keselamatan yang diambil oleh Mama Papa semua, bagi anak-anak pakai mask dan jaga jarak sosial semua tu. Tapi, ada lagi satu tips berguna untuk Mama Papa protect anak dalam stroller selain penggunaan mask ni.
Pasti ada yang dah sedia maklum, si comel yang berumur dua tahun kebawah; mereka ni tak digalakkan memakai topeng muka tau.
“Kenapa pulak Mama Siti? Habis tu macam mana saya nak lindungi anak saya?”
Perkara ini dijelaskan oleh Dr Lim dalam satu Facebook pagenya yang mana kanak-kanak bawah dua tahun mempunyai risiko untuk lemas kalau mereka dipakaikan mask. Sebabnya, saluran pernafasan mereka masih kecil dan sempit. Kita yang dah besar ni pun, kadang-kadang rimas kan. Tapi takpelah, kita boleh buka, tahu nak tanggalkan bila kita rasa sesak nafas. Kalau anak kecil kita? Mereka bukannya tahu, akhirnya ….
Jadi apa yang boleh mama papa buat untuk lindungi anak-anak kalau topeng muka boleh memberi risiko kepada mereka? Jom Mama Siti kongsikan!
Ikut Kaedah Ini Untuk Protect Anak Dalam Stroller
Bagi Mama Papa yang mempunyai anak kecil; bawah dua tahun, lebih baik untuk letakkan mereka dalam stroller berbanding mendukung. Kenapa? Sebabnya lebih selamat dan lagi senang kita nak protect anak dalam stroller kalau nak banding jika kita mendukung.
Tips yang dikongsikan oleh Dr Lim ini susulan daripada satu pendekatan yang dibuat oleh ibu bapa yang datang ke kliniknya. ‘Best parenting ever’, kata Dr Lim.
Puan Riena dan suaminya gigih mencari pelindung stroller online, sebab senang nak bawa Baby Diana keluar ke tempat awam. Mama Siti respectlah Mama Papa Diana, memang terbaik!
Selain itu, Dr Lim juga ada mengongsikan beberapa tips lain juga, antaranya:
- Menggunakan baby carrier car seat dan menutup dengan kain breathable (boleh dapatkan online atau di baby shop).
- Gunakan baby carrier dan arahkan bayi untuk memandang ke arah anda dan dekatkan pada diri anda.
- Sekiranya tiada plastic cover pada stroller, tutup dengan penutup stroller atau awning.
- Ibu bapa perlu menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain dan jaga kebersihan diri.
Penggunaan Mask Adalah Digalakkan
Pihak WHO telah mengeluarkan kenyataan yang setiap orang perlu memakai mask jika berada di tempat awam di mana social distance susah untuk dilakukan, termasuk kanak-kanak. Walaupun kita tidak bergejala juga tau!
Bagi kanak-kanak, Mama Papa janganlah bagi mereka pakai mask orang dewasa pulak tau. Gunakan saiz mask yang sesuai, bukannya saiz orang dewasa. Kalau besar sangat, tak efektif la mask tu, ada ruang-ruang yang terdedah; berisiko terkena jangkitan.
Mama Siti harap tips ini dapat membantu Mama Papa semua. Tak ada lah nak risau sangat lepas ni kan. Dah tahu tips nak protect anak dalam stroller yang lebih berkesan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Lim Baby and Child Specialist
BACA LAGI IMUNISASI MURID SEKOLAH DI KLINIK KESIHATAN
Pesan Mama Siti
Jadinya lepas ni Mama Papa semua tahu lah kan apa yang kita boleh buat untuk protect anak daripada jangkitan. Bukan je dalam tempoh wabak pandemik ni je, lepas-lepas ni pun ye. Teruskan amalan yang baik ini.