Anda perasan tak yang kebelakangan ini terdapat banyak buah epal yang ‘berbuah’ di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Malah, terdapat sebuah billboard gergasi yang mengarahkan semua orang menangkapnya!
WAJIB TANGKAP!
Tapi, apa salah epal tu…?
Selain di billboard besar di tepi lebuh raya, anda juga bakal menjumpai epal-epal ini ‘berkeliaran’ di dalam pusat beli-belah – ketika anda membeli barang dapur, menonton wayang, dan juga ketika mendengar radio.
Sebenarnya, epal-epal comel ini merupakan satu kempen kesihatan yang semakin viral sejak akhir-akhir ini. Dengan menggunakan hashtag #TheAppleHunt, kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai gaya hidup kita, samada sihat atau tidak. #TheAppleHunt membantu kita dalam mengukur tahap gaya hidup sihat melalui restoran yang menjadi pilihan, di mana kita membeli barang dapur harian, dan juga tempat yang bagaimana kita sering meluangkan masa. Melalui kempen #TheAppleHunt ini, anda berpeluang untuk menerima beberapa ganjaran eksklusif jika anda memilih gaya hidup yang lebih sihat!
Senang je nak dapat ganjaran dan menang!
Apa yang harus anda lakukan ialah dengan mengimbas kod QR #TheAppleHunt menggunakan aplikasi pengimbas kod QR di telefon pintar anda, dan anda bakal disajikan dengan tips-tips kesihatan dan hadiah-hadiah yang eksklusif!
-
Baucer Jaya Grocer bernilai RM35,000.
-
280,000 AirAsia Big Points.
-
Baucer tunai Guardian bernilai RM35,000.
-
Pas masuk ke Fitness First bernilai melebihi RM70,000.
-
Baucer tunai bernilai sehingga RM7,000 daripada Boost Juice.
-
RM17,500 nilai kredit Dahmakan.
-
600 TIKET WAYANG PERCUMA oleh TGV Cinemas!
Bukan itu sahaja tau! Apa yang lagi best dengan kempen #TheAppleHunt ini, lagi banyak anda imbas kod QR #TheAppleHunt, lagi besar peluang anda untuk memenangi hadiah-hadiah yang lumayan tersebut!
Untuk maklumat lanjut, layari #TheAppleHunt hari ini!
Artikel ini disponsor oleh AIA.